Publish Movie
Apabila anda membuat satu movie Flash, anda sebenarnya bekerja dengan dua dokumen, iaitu
Fail flash (.fla)
Fail yang anda publish (.swf)
Anda boleh publish dokumen Flash dengan klik pada menu File > Publish.
Tetapi, sebelum anda publish dokumen anda, adalah lebih baik dahulu anda menyemak panduan Setting dengan klik pada menu File > Publish Settings.

Menukar Setting Publish
Buka dokumen Flash.
Klik menu File, kemudian Publish Settings.
Pilih kotak kecil pada sebelah kiri untuk membuat pilihan samada untuk menggunakan atau tidak menggunakan Publish Setting.
Masukkan nama fail dalam ruang kosong atau klik pada ‘Use Default Names’ untuk menukar nama semula ke setting asal.
Klik OK untuk simpan setting.
Menukar Spesifikasi Flash
Klik menu File > Publish Settings.
Klik pada tab Flash.
Player menyenaraikan jenis ‘Flash Player’ dari yang pertama hingga yang paling terkini. Flash Player merupakan platform untuk memainkan Flash movie.
ActionScript menyenaraikan jenis-jenis action script dari yang pertama hingga yang paling terkini.

Menukar Spesifikasi HTML
Klik menu File > Publish Settings.
Klik pada tab HTML.
Tab HTML pada Flash juga membenarkan anda untuk membuat satu dokumen untuk memegang Flash movie.

Membuat Windows atau Macintosh Projector
Klik menu File > Publish Settings.
Pilih kotak Windows Projector atau Macintosh Projector.
Klik Publish.

Possibly Related Posts:







