ANALISA PERBEZAAN ANTARA GENERASI
Untuk memudahkan kajian, pakar pemasaran mengklasifikasikan generasi kepada 4 katogeri
• Baby Boomer,
• Generasi X
• Generasi Y
• Genarasi Z (Terbaharu)
Baby Boomer
Kumpulan ini terdiri dari mereka yang lahir selepas dari Perang Dunia ke II. Mereka lahir antara tahun 1946 – 1955 (kumpulan pertama) dan 1956 – 1964 (Kumpulan kedua)
Mereka banyak mencipta nilai baru kehidupan berbeza dengan generasi sebelumnya. Di Erpoah dan Amarika Utara, mereka sering dikaitkan dengan kekayaan dan hidup di zaman mewah. Genarasi ini lebih sihat dan menguasi kekayaan berbanding dengan generasi sebelumnya. Mereka juga beranggapan generasi mereka adalah lebih istemewa.
Di Amerika, terdapat 76 juta bayi yang lahir di antara tahun 1946 – 1964. Mereka mempunyai pendidikan yang lebih tinggi berbanding generasi sebelumnya dan lebih berjaya dalam kehidupan.
Generasi X atau Gen x
Generasi ini lahir sepelas generasi baby boomer. Lahir antara pertengahan tahun 1960an hingga ahkir tahun 1970an. Usia mereka sekarang antara 30an dan 40an.
Genarasi ini mula menyaksikan kehadiran komputer di rumah, videogames dan internet. Meraka faham ini adalah alat untuk tujuan komersial dan social. Generasi ini memiliki kelulusan akademik yang paling tinggi berbanding dengan generasi sebelumnya.
Kajian pada tahun2004, menunjukan, pendapatan sebenar mereka lebih rendah (kurang 12%) berbanding dengan pendapatan bapa mereka pada usia yang sama.pada tahun 1974.
Generasi Y atau Gen Y
Juga dikenali sebagai generasi milinium. Mereka lahir pada lewat tahun 1970an hingga akhir tahun 1990an.
Generasi ini sangat familiar dengan media komunikasi dan teknologi digital. Komunikasi pantas dan segera seperti email, text, dan IM. Mereka juga menggunakan media baru dengan meluas. Media tersebut seperti laman web social; Facebook, MySpace dan Twitter. Mereka juga berkongsi video dan photo.
Antara ciri utama genersi ini; Mereka kerap berhubung dengan ibu bapa melalui teknologi yang di sebutkan di atas. Mereka memiliki komputer, telefon bimbit dan MP3/MP4. Mereka juga menggunakan pesanan segera (IM), multi tasking, suka muat turun muzik dan berkongsi fail bersama rakan sebaya.
Generasi Z atau Gen Z
Generasi yang lahir pada penghujung 1996 hingga ke penghujung tahun 2000. Oleh kerana, generasi masih lagi dalam proses kelahiran dan masih muda, agak sukar untuk menilai dan menentukan karekter mereka.
Bagaimana Perbezaan Generasi Memberi Kesan Kepada Perniagaan Anda?
Saya percaya anda tentu bertanya mengapa perlu kita mengkaji tentang perbezaan generasi, dan apa pula kaitan dengan pelan pemasaran produk atau perkhidmatan? Saya pasti jika anda seorang ahli pemasaran, anda nampak dengan jelas, bagaimana setiap generasi memberi impak berbeza kepada perniagaan anda. Biarlah saya sertakan satu kajian yang telah dijalankan di US seperti berikut;
•Leadpile.com menjangka jualan atas talian akan mencecah sehingga $144 Billion pada tahun 2010 (Laman web Leadpile.com dimiliki oleh Jupiter Research)
•Pada tahun 2012 – 91% dari semua hasil jualan adalah kerana“ world of mouth”
Apakah signifikasinya perangkaan di atas? Pertama hasil jualan sangat besar di atas talian, dan nilai ini meningkat setiap tahun. Kedua, sebahagian besar jualan disumbangkan oleh Gen X & Y yang membuat keputusan berdasarkan interaksi dengan rakan di media baru – web teknologi
Possibly Related Posts:
- Rahsia USAHAWAN 2.0 - Bagaimana Menggunakan Media Baru; Blog, Facebook, Youtube…Mencapai Objektif Perniagaan Anda (Siri.2)
- USAHAWAN BARU - Bagaimana Menggunakan Web 2.0 seperti Laman Social Networking (FB), Blog, Video sharing,Podcasting dll (Bhg.1)
- Facebook Marketing!!!
- Kursus Adobe Illustrator CS4 - SUK Terengganu
- Blogger Komp & IT; Berapa Banyak Anda Sudah Jana Pendapatan dari Blog?



















































Komen Terbaru