Kursus MS Access 2003 (Advance) - Universiti Malaysia Pahang

2259599818_09cd5fca4c1

Satu kurus MS Access 2003 untuk peringkat lanjutan telah diadakan pada Sabtu, 13/12/2008 untuk kakitangan Universiti Malaysia Pahang (UMP). Seramai 4 peserta terdiri daripada pensyarah dan jurutera hadir.

Kursus satu hari ini digunakan sepenuhnya bagi menambah pengetahuan peserta yang telah mempunyai latar-belakang dan pengalaman dalam persekitaran MS Access 2003.

Pensyarah kami, MS Sharon Robert telah mengubah suai modul (tailored module) kursus ini mengikut keperluan peserta. Ini di bahagikan kepada 4 module.

Module 1: Advanced Tables

§ Relationship and Join

§ Table Design and Design Properties

o Validation Rules

o Formats

o Input Mask

§ Combo box

Module 2: Advanced Queries

§ Action Queries

o Make Table Query

o Delete Query

o Append Query

o Update Query

§ Parameter Query

§ Calculation Query

§ Cross tab Query

Module 3: Advanced Forms and Report

§ Designing Forms

o List Box

o Combo Box

o Option Button

§ Forms and Sub forms

§ Reports

o Report Calculation

o Mailing Labels

Module 4: Macros

§ Open Form Macro

§ Open Form in different views

§ Open Blank Form Macro

§ Open Form and go to specific Field

§ Message Box Macro

§ Message Box with Condition

§ Output to Excel Macro

§ Apply Filter Macro

Di akhir kursus, para peserta gembira kerana mendapat faedah sepenuhnya dari kursus hari itu.

Testimonial

Diantara testimonial diberikan oleh peserta

1. I learn a few lessons that I never learn before - Mahdhir B. Mohd. Yusof

2. Hands on - Mohammad Khalid Wahid

3. Perfect - Mohd Sazali B. Salleh

Possibly Related Posts:


Posted in KursusComments (0)

Serangan Baru ke atas Kecacatan Internet Explorer

3199884878_856345ec2e4

Minggu lepas, Microsoft telah memberi amaran browser Internet Explorer mereka terdedah kepada ancaman serangan bugs baru; sekarang ia telah berlaku.

Selasa 17 Februari 2009, vendor keselamatan ternama, Trend Micro berkata mereka telah melihat serangan pertama terhadap dua kecacatan Internet Explorer tersebut pada minggu lepas. Ini sebagaimana yang dinyatakan Microsoft, kecacatan ini terdedah kepada bahaya serangan atas talian.

Penyelidik di Trend Micro telah mendapati serangan ini bersekala kecil, menyasarkan kepada kecacatan dalam pemasangan spy software, kata Paul Ferguson, penyelidik anti-virus. “Ia dilakukan melalui port 443 dan berlaku kepada beberapa laman web di China”.

Sehingga kini, Microsoft belum memberi respons segera terhadap laporan Trend Micro tersebut.

Ferguson sendiri tidak dapat memastikan siapa penulis kod serangan ini. Menurutnya ia kelihatan seperti perisian yang pernah dihantar kepada pro-Tibetan pada tahun lepas. Tujuannya mengumpul maklumat intelek.

Serangan ini tercetus bila pengguna membuka dokumen Word. Dokumen ini mengandungi objek Active X yang menghubungkan IE ke laman web palsu - menyerang dan kemudian memasang spy software.

Sebenarnya, penjenayah siber ini tidak memerlukan Word sahaja untuk mengeksploitasi kecacatan ini. Serangan juga boleh berlaku jika mangsa di pedanya untuk melawat laman web palsu ini. Sama ada serangan ini boleh merebak kepada siri serangan lain dalam Internet Explorer belum dapat dipastikan lagi, kata Ferguson.

Bagi Verisign iDefense pula, kemungkinan besar lebih banyak serangan akan berlaku. “Walaupun serangan ini dalam skop terhad dan menyasarkan kepada beberapa organisasi sahaja, tetapi dalam masa yang singkat kod ini juga akan ditemui oleh ramai orang lain. dan seterusnya boleh meningkatkan serangan yang dapat disaksikan dalam beberapa minggu ini”.

Possibly Related Posts:


Posted in Press releaseComments (0)

Kursus Adobe Photoshop CS3 di Institut Perguruan Perlis

dsc020842-smallPeserta dari Institut Perguruan Perlis telah mengikuti kursus Adobe Photoshop CS3 pada 4, 5 dan 6hb Disember 2008. Seramai 13 peserta terdiri dari pensyarah dan kaki-tangan sokongan telah bersama kami di Hotel Emerald Puteri, Sungai Petani, Kedah

Kurus ini di sampaikan oleh En. Isaac, seorang yang pakar dan berkelayakan serta telah lebih dari 15 tahun melibatkan diri dalam industri penerbitan dan pengiklanan.

Modul kursus telah disesuaikan bagi memenuhi keperluan dalam menyediakan bahan berkaitan dengan persediaan mengajar.

Dalam program ini, pihak syarikat telah memperkenalkan Blog Mindasys kepada peserta dan melancarkan secara resmi kepada umum. Antara objektif blog ialah memberi peluang kepada peserta terus berinteraksi dan belajar dengan jurulatih walaupun selepas tamat latihan.

Ribuan terima kasih kepada Institut Perguruan Perlis kerana memberi kami peluang berkhidmat. Kami juga merakamkan setinggi penghargaan kepada En Rizam sebagai penyelaras yang telah mengendalikan kursus ini dengan jayanya.

Testimonials

“Instructor - very friendly & helpful. Very good and interesting and enjoyable” - Masita Saab

“Getting a lot of exposure. I just wish it last for more than 3 days” - Rizam Zamri

“Very good instruction. Thank you so much” - Siti Hawa Muhamed

Possibly Related Posts:


Posted in KursusComments (0)

Kursus Adobe Photoshop CS2 - di UPM

mindasystraining-01717s

Pada 20 & 21hb Nov 2008, seramai tujuh (7) peserta daripada Unit Sukan UPM telah menghadiri kursus Adobe Photoshop CS2.

Peserta kursus terdiri daripada kakitangan bahagian penerbitan dan pentadbiran. Mereka adalah Cik Maizatul Akmam binti Abas@Abdul Hamid, Norhafiszah binti Baba, Zarina binti Muhamed, Nurfadhilah binti. Md Khalid, Chong Ling Cheik, Abd. Karim bin Ismail dan Mohamad Izuan bin Ab Razak.

mindasystraining-0181

Seperti biasa, Cikgu Zack menyampaikan ilmu Adobe Photoshop dengan cara tersendiri dan penuh informatif. Pendekatan itu berjaya kerana peserta dengan mudah menguasai Adobe Photoshop CS2 terutamanya untuk digunakan dalam tugas harian. Gaya bahas dan jenakanya juga membuatkan peserta tidak kering gusi sepanjang 2 hari kursus tersebut.

mindasystraining-025

Terima kasih kepada UPM dan Cik Maizatul sebagai pengelola kerana melantik kami sebagai pembekal latihan anda.

Testimonial

“All are interesting” - Maizatul Akmam

“Great instructor! Saya mudah dan cepat faham perkara yang cikgu ajar tentang Adobe Photoshop CS2″ - Nurfadhilah Md. Khalid

“Learning new tools controls and shortcut key” - Ching Lin Cheik

“Enjoy” - Zarina Muhamed

Possibly Related Posts:


Posted in KursusComments (0)

50 Kerjaya ICT yang Paling Popular di Dunia (Bahagian 1)

graduation02

Sudahkah anda memilih kerjaya yang anda ingin setelah menamatkan pengajian dalam jurusan ICT dari kolej atau universiti nanti? Bidang kerjaya dalam ICT sangat luas dan ini kadang kala menyebabkan sukar bagi anda merancang kerjaya dari awal lagi.

Dari pengamatan kami, maklumat kerjaya berkaitan bidang ICT agak terhad. Walau bagaimanapun buku tulisan Muhamad Ali – Kerjaya Dalam Bidang ICT, terbitan PTS Profesional adalah salah satu buku lengkap bagi memberi jawapan tentang jawatan yang anda boleh sandang dalam kerjaya ICT.

Ikutilah 50 jenis jawatan serta bidang tugasan dalam kerjaya ICT yang paling popular di dunia masa kini. Ia disusun mengikut abjad dan bukan mengikut popularitinya.

1. Arkitek ICT

  • · Menentukan penyelesaian strategik dan operasi keseluruhan infrastruktur ICT organisasi.
  • · Skop tanggung jawab termasuk Server, LAN, WAN, dan telekomunikasi
  • · Menentukan dan menganalisis keperluan serta bekerjasama dengan seksyen operasi
  • · Memberi khidmat perunding kepada organisasi terhadap projek organisasi yang diperlukan.
  • · Terlibat aktif dalam perolehan perkakasan dan perisian organisasi

2. Arkitek Sistem

  • Merangka dan melaksana sistem secara strategik dan membuat pelaksanaan dalaman bagi sistem maklumat dan rangkaian perisian.
  • Menyediakan kepimpinan teknikal keseluruhan organisasi bagi keputusan perancangan strategik.

3. Juru analisa Sistem

  • Mengkaji, mereka bentuk, membangun dan melaksanakan sistem ICT
  • Menyelesaikan masalah secara analitis bagi mengenal pasti masalah pengguna dan mencadangkan sistem ICT yang berkesan bagi meningkatkan produktiviti organisasi

4. Juru analisa Sistem Pangkalan Data

  • · Mengkaji, menilai dan mengurus sumber-sumber pangkalan data secara perkhidmatannya bagi keseluruhan organisasi dan memastikan kualiti data yang tinggi
  • · Bertanggung jawab membangun, melaksana dan menilai polisi dan tatacara pangkalan data bagi memastikan integriti dan kebersediaan perkhidmatan maklumat organisasi
  • · Memasang, memantau dan menyelenggarakan prestasi sistem pangkalan data.

5. Juruanalisis Jaminan Mutu

  • · Membangun dan menubuhkan piawaian jaminan mutu dan pengukuhannya bagi ICT bagi kegunaan organisasi
  • · Menganalisis data bagi menyokong kes bisnes dan keperluan sistem bagi cadangan projek organisasi
  • · Menulis pelan ujian dan skrip ujian bagi menilai mutu pembangunan sistem aplikasi

6. Juruteknik Audio Visual

  • ·Mengelenggarakan dan mengoperasi peralatan dan perisian audio visual seperti projektor, mikrofon dan alat pandang dengar.

7. Juruteknik Desktop

  • · Menyediakan perkhidmatan setempat bagi pengguna mengadu masalah komputer mereka dan mendapat sokongan serta penyelenggaraan bagi organisasi
  • · Memasang, menilai, mengkaji, membaiki, menyelenggarakan dan menaik taraf semua PC dan perkakasan lain yang berkaitan

8. Juruteknik Meja Bantuan

  • · Memberi bantuan teknikal terhadap perkhidmatan meja bantuan seperti konfigurasi, memantau dan menyenggara PC, pencetak, perisian dan sebagainya yang dilaporkan ke meja bantuan

9. Juruteknik PC

  • · Menyokong dan menyenggara sistem komputer dalaman, desktop dan perantinya
  • · Memasang, membaiki kerosakan kecil, dan menaik taraf kesemua perkakas dan peralatan bagi memastikan prestasinya memuaskan

10. Juruteknik Perkakasan

  • · Bertanggung jawab dalam penyenggaraan dan operasi terhadap semua perkakasan di organisasi
  • · Mengenal pasti masalah yang di hadapi dan memberi penyelesaian dalam masa yang munasabah
  • · Latihan dan bantuan penggunaan komputer juga adalah perlu diberikan kepada pengguna apabila diperlukan.

Tunggu, 40 lagi kerjaya akan kami kemukakan dalam bahagian seterusnya nanti….

Possibly Related Posts:


Posted in Press releaseComments (0)


advert

Our Flickr Photos - See all photos

Katogeri

Pelawat Terkini

Kalender

September 2010
M T W T F S S
« Nov    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  
PHVsPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19hZHNfcm90YXRlPC9zdHJvbmc+IC0gdHJ1ZTwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX2FkX2ltYWdlXzE8L3N0cm9uZz4gLSBodHRwOi8vYmxvZy5taW5kYXN5cy5jb20ubXkvd3AtY29udGVudC91cGxvYWRzLzIwMDkvMjAwOS8wNi9kZWV6YmFubmVyLmpwZzwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX2FkX2ltYWdlXzI8L3N0cm9uZz4gLSBodHRwOi8vYmxvZy5taW5kYXN5cy5jb20ubXkvd3AtY29udGVudC91cGxvYWRzLzIwMDkvMjAwOS8wNy90ZWFtYnVpbGRpbmd2MjEuanBnPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fYWRfaW1hZ2VfMzwvc3Ryb25nPiAtIGh0dHA6Ly9ibG9nLm1pbmRhc3lzLmNvbS5teS93cC1jb250ZW50L3VwbG9hZHMvMjAwOS8yMDA5LzA4L2tlbGFiX2ljdF9teS0xLnBuZzwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX2FkX2ltYWdlXzQ8L3N0cm9uZz4gLSBodHRwOi8vYmxvZy5taW5kYXN5cy5jb20ubXkvd3AtY29udGVudC91cGxvYWRzLzIwMDkvMjAwOS8wOC90bW5uZWdhcmFfZmFjZWJvb2suanBnPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fYWRfbXB1X2Fkc2Vuc2U8L3N0cm9uZz4gLSA8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19hZF9tcHVfZGlzYWJsZTwvc3Ryb25nPiAtIGZhbHNlPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fYWRfbXB1X2ltYWdlPC9zdHJvbmc+IC0gaHR0cDovL2Jsb2cubWluZGFzeXMuY29tLm15L3dwLWNvbnRlbnQvdXBsb2Fkcy8yMDA5LzIwMDkvMDcvYmFubmVyYm13LTEyLmpwZzwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX2FkX21wdV91cmw8L3N0cm9uZz4gLSBodHRwOi8vd3d3LmJtdy5jb20ubXkvY29tL2VuL2luZGV4Lmh0bWw8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19hZF9wYWdlPC9zdHJvbmc+IC0gU2VsZWN0IGEgcGFnZTo8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19hZF90b3BfYWRzZW5zZTwvc3Ryb25nPiAtIDwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX2FkX3RvcF9kaXNhYmxlPC9zdHJvbmc+IC0gZmFsc2U8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19hZF90b3BfaW1hZ2U8L3N0cm9uZz4gLSBodHRwOi8vYmxvZy5taW5kYXN5cy5jb20ubXkvd3AtY29udGVudC91cGxvYWRzLzIwMDkvMjAwOS8wMy9taW5kYXN5c2Fkcy5qcGc8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19hZF90b3BfdXJsPC9zdHJvbmc+IC0gaHR0cDovL3d3dy5taW5kYXN5cy5jb20ubXk8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19hZF91cmxfMTwvc3Ryb25nPiAtIGh0dHA6Ly9kZWV6aGFybWFuLmNvbTwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX2FkX3VybF8yPC9zdHJvbmc+IC0gaHR0cDovL3d3dy5qdXN0ZXhwbG9yZS5jb20ubXkvdGVhbWJ1aWxkaW5nLmh0bWw8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19hZF91cmxfMzwvc3Ryb25nPiAtIGh0dHA6Ly93d3cuZmFjZWJvb2suY29tL2hvbWUucGhwPyMvZ3JvdXAucGhwP2dpZD0xMTIwOTI2MTI4NzQmcmVmPXRzPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fYWRfdXJsXzQ8L3N0cm9uZz4gLSBodHRwOi8vd3d3LmZhY2Vib29rLmNvbS9ob21lLnBocD8jL2dyb3VwLnBocD9naWQ9MTA4NjYyNDY2MzgzJnJlZj10czwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX2FsdF9zdHlsZXNoZWV0PC9zdHJvbmc+IC0gZGVmYXVsdC5jc3M8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19hcmNoaXZlczwvc3Ryb25nPiAtIFNlbGVjdCBhIHBhZ2U6PC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fYXNpZGVzX2NhdGVnb3J5PC9zdHJvbmc+IC0gU2VsZWN0IGEgY2F0ZWdvcnk6PC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fYXNpZGVzX2VudHJpZXM8L3N0cm9uZz4gLSBTZWxlY3QgYSBudW1iZXI6PC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fYXV0aG9yPC9zdHJvbmc+IC0gZmFsc2U8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19hdXRvX2ltZzwvc3Ryb25nPiAtIGZhbHNlPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fYmFubmVyX2ltYWdlPC9zdHJvbmc+IC0gaHR0cDovL2Jsb2cubWluZGFzeXMuY29tLm15L3dwLWNvbnRlbnQvdXBsb2Fkcy8yMDA5LzIwMDkvMDMvbWluZGFzeXNhZHMuanBnPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fYmFubmVyX3VybDwvc3Ryb25nPiAtIGh0dHA6Ly93d3cubWluZGFzeXMuY29tLm15PC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fYmdyPC9zdHJvbmc+IC0gbGlnaHRibHVlLmNzczwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX2Jsb2NrX2ltYWdlPC9zdHJvbmc+IC0gaHR0cDovL2Jsb2cubWluZGFzeXMuY29tLm15L3dwLWNvbnRlbnQvdXBsb2Fkcy8yMDA5LzIwMDkvMDcvYmFubmVyYm13LTEyLmpwZzwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX2Jsb2NrX3VybDwvc3Ryb25nPiAtIGh0dHA6Ly93d3cuYm13LmNvbS5teTwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX2N1c3RvbV9jc3M8L3N0cm9uZz4gLSA8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19jdXN0b21fZmF2aWNvbjwvc3Ryb25nPiAtIGh0dHA6Ly9ibG9nLm1pbmRhc3lzLmNvbS5teS93cC1jb250ZW50L3VwbG9hZHMvMS1mYXZpY29uLmdpZjwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX2ZlYXR1cmVkX2NhdGVnb3J5PC9zdHJvbmc+IC0gU2VsZWN0IGEgY2F0ZWdvcnk6PC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fZmVhdHVyZWRfZW50cmllczwvc3Ryb25nPiAtIFNlbGVjdCBhIG51bWJlcjo8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19mZWF0X2VudHJpZXM8L3N0cm9uZz4gLSAxMjwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX2ZlZWRidXJuZXJfaWQ8L3N0cm9uZz4gLSAyODIyNjY0PC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fZmVlZGJ1cm5lcl91cmw8L3N0cm9uZz4gLSBodHRwOi8vZmVlZHMuZmVlZGJ1cm5lci5jb20vQmxvZ01pbmRhc3lzPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fZmxpY2tyX2VudHJpZXM8L3N0cm9uZz4gLSA5PC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fZmxpY2tyX2lkPC9zdHJvbmc+IC0gMzM5OTM0MzFATjA3PC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fZmxpY2tyX3VybDwvc3Ryb25nPiAtIGh0dHA6Ly93d3cuZmxpY2tyLmNvbS9waG90b3MvbWluZGFzeXMvPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fZ29vZ2xlX2FuYWx5dGljczwvc3Ryb25nPiAtIDxzY3JpcHQgdHlwZT0idGV4dC9qYXZhc2NyaXB0Ij4NCnZhciBnYUpzSG9zdCA9ICgoImh0dHBzOiIgPT0gZG9jdW1lbnQubG9jYXRpb24ucHJvdG9jb2wpID8gImh0dHBzOi8vc3NsLiIgOiAiaHR0cDovL3d3dy4iKTsNCmRvY3VtZW50LndyaXRlKHVuZXNjYXBlKCIlM0NzY3JpcHQgc3JjPSciICsgZ2FKc0hvc3QgKyAiZ29vZ2xlLWFuYWx5dGljcy5jb20vZ2EuanMnIHR5cGU9J3RleHQvamF2YXNjcmlwdCclM0UlM0Mvc2NyaXB0JTNFIikpOw0KPC9zY3JpcHQ+DQo8c2NyaXB0IHR5cGU9InRleHQvamF2YXNjcmlwdCI+DQp0cnkgew0KdmFyIHBhZ2VUcmFja2VyID0gX2dhdC5fZ2V0VHJhY2tlcigiVUEtMTgwNjQzNC01Iik7DQpwYWdlVHJhY2tlci5fdHJhY2tQYWdldmlldygpOw0KfSBjYXRjaChlcnIpIHt9PC9zY3JpcHQ+PC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29faG9tZTwvc3Ryb25nPiAtIGZhbHNlPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29faG9tZV90aHVtYl9oZWlnaHQ8L3N0cm9uZz4gLSA1NzwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX2hvbWVfdGh1bWJfd2lkdGg8L3N0cm9uZz4gLSAxMDA8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19pbWFnZV9zaW5nbGU8L3N0cm9uZz4gLSBmYWxzZTwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX2xheW91dDwvc3Ryb25nPiAtIGRlZmF1bHQucGhwPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fbG9nbzwvc3Ryb25nPiAtIGh0dHA6Ly9ibG9nLm1pbmRhc3lzLmNvbS5teS93cC1jb250ZW50L3VwbG9hZHMvMjAwOS8yMDA5LzAzL2Jsb2doZWFkZXIuanBnPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fbWFudWFsPC9zdHJvbmc+IC0gaHR0cDovL3d3dy53b290aGVtZXMuY29tL3N1cHBvcnQvdGhlbWUtZG9jdW1lbnRhdGlvbi9nYXpldHRlLWVkaXRpb24vPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fb3RoZXJfZW50cmllczwvc3Ryb25nPiAtIDEyPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fb3RoZXJfaGVhZGxpbmVzPC9zdHJvbmc+IC0gNTwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX3Jlc2l6ZTwvc3Ryb25nPiAtIHRydWU8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19zaG9ydG5hbWU8L3N0cm9uZz4gLSB3b288L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19zaG93X2Fkc190b3A8L3N0cm9uZz4gLSB0cnVlPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fc2hvd19jYXJvdXNlbDwvc3Ryb25nPiAtIHRydWU8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19zaG93X3ZpZGVvPC9zdHJvbmc+IC0gdHJ1ZTwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX3NpbmdsZV9oZWlnaHQ8L3N0cm9uZz4gLSAxODA8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19zaW5nbGVfd2lkdGg8L3N0cm9uZz4gLSAyNTA8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb190YWJzPC9zdHJvbmc+IC0gZmFsc2U8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb190aGVtZW5hbWU8L3N0cm9uZz4gLSBHYXpldHRlPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fdXBsb2Fkczwvc3Ryb25nPiAtIGE6Mjp7aTowO3M6NjA6Imh0dHA6Ly9ibG9nLm1pbmRhc3lzLmNvbS5teS93cC1jb250ZW50L3VwbG9hZHMvMS1mYXZpY29uLmdpZiI7aToxO3M6NjA6Imh0dHA6Ly9ibG9nLm1pbmRhc3lzLmNvbS5teS93cC1jb250ZW50L3VwbG9hZHMvMS1mYXZpY29uLmljbyI7fTwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX3ZpZGVvX2NhdGVnb3J5PC9zdHJvbmc+IC0gVmlkZW88L2xpPjwvdWw+