Fungsi “Step and Repeat”

Tutorial ini akan memperkenalkan cara pintas untuk membuat salinan objek tanpa menggunakan Copy dan Paste. Dengan adanya pengawalan penggunaan butang pada papan kekunci (Keyboard) dengan kombinasi tetikus (mouse)yang kemas, anda dapat membuat salinan dalam masa yang singkat dan senang.

Contoh lukisan yang akan ditunjukkan adalah di bawah.

pic9

Langkah 1

Lukis satu Bulatan merah pada skrin anda dan pastikan ianya aktif

Langkah 2

Tekan Butang “Shift” dan “ALT” ( “OPTION”-Mac) dan jangan lepaskan. Sambil itu, guna Tetikus untuk Mengalihkan Objek Bulatan itu ke kanan supaya ia mempunyai jarak yang lebih kurang 1/3 objek bulat itu. Sila rujuk ke gambarajah di bawah.

pic10

Nota : Butang Shift akan menentukan pergerakan objek itu berada di satu garisan yang lurus yakni dari kiri ke kanan  dan Butang ALT (OPTION-mac) adalah untuk menbuat salinan objek asal ke posisi yang baru

Langkah 3

Pada Papan Kekunci, Tekan butang CTRL (Command-Mac) dan jangan lepaskannya + D (huruf D) sekali (untuk menbuat satu salinan. Ulangi proses ini untuk mendapatkan satu lagi salinan.

pic11

Langkah 4

Aktifkan keempat-empat bulatan merah ini. (CTRL A)

Tekan Butang “Shift” dan “ALT” ( “OPTION”-Mac) dan jangan lepaskan. Sambil itu, guna Tetikus untuk Mengalihkan Objek Bulatan itu ke bawah supaya ia mempunyai jarak yang lebih kurang 1/3 objek bulat itu. Sila rujuk ke gambarajah di bawah.

pic12

Langkah 5

Pada Papan Kekunci, Tekan butang CTRL (Command-Mac) dan jangan lepaskannya + D (huruf D) sekali (untuk menbuat satu salinan. Ulangi proses ini untuk mendapatkan satu lagi salinan

Selamat Mencuba.

Possibly Related Posts:


Posted in Adobe, Illustrator, TutorialComments (0)

Fungsi “Text Wrap”

Tutorial ini akan memperkenalkan fungsi “Text Wrap”. Dengan menggunakan fungsi ini, anda tidak perlu bimbang yang teks pada dokumen anda akan di tutup oleh objek yang dilukis atas teks tersebut. Susunan teks akan secara otomatik mengelakkan objek daripada menutup sebahagian daripada teks dibawahnya.

Andaian: Anda telah mengetahui cara memasukkan teks.

Langkah 1

Masukkan teks anda dan lukis sebuah bulatan berwarna merah seperti di bawah.

pic6

Langkah 2

Aktifkan bulatan merah ini. Klik pada menu Object — Text Wrap –> Make

pic7

Langkah 3

Alihkan Bulatan merah ini supaya ianya bertindih diatas teks seperti di bawah

pic8

Nota: Anda akan nampak bahawa teks yang sedia ada akan secara otomatik mengelak daripada di tutup objek merah itu.

Selamat mencuba

Possibly Related Posts:


Posted in Adobe, Illustrator, TutorialComments (0)

Jalan Pintas membentuk sesuatu objek

Tujuan tutorial ini adalah memberi sedikit tips cara menggunakan berbagai bentuk objek untuk menghasilkan sesuatu bentuk objek.  Contoh ringkas yang akan ditunjukkan adalah diantara satu bentuk segiempat tepat dengan satu bulatan bujur.

pic1

Andaian : Anda telah tahu cara menggunakan Toolbox untuk melukis bentuk yang diperlukan.

Langkah 1

Lukiskan dua bentuk seperti yang di tunjukkan di atas.

Langkah 2

Alihkan bentuk bulatan bujur supaya ia bertindih di atas bentuk segiempat tepat seperti di bawah.

pic2

Langkah 3

Anda perlu mendapatkan panel “PathFinder” dari menu Windows –> Pathfinder

pic4

Langkah 4

Pastikan anda telah mengaktifkan kedua-dua bentuk diatas dan klik pada Merge pada Panel Pathfinder seperti di bawah

pic3

Apabila anda menggunakan “Merge” pada Pathfinder, anda telah menyatukan dua bentuk yang di lukis berasingan menjadi satu bentuk khas seperti yang dikehendaki. Lihat bentuk akhir yang dibentuk melalui tutorial di atas.

pic5

Selamat mencuba

Possibly Related Posts:


Posted in Adobe, Illustrator, TutorialComments (0)

Illusi Butang 3D

Tujuan tutorial ini adalah untuk membentuk sesuatu butang 3D melalui penggunaan warna (gradient)

Langkah 1

Disebelah kiri skrin, klik dan jangan lepaskan Tetikus pada “Rectangle tool” dan pilih Elipse Tool picture-21

Langkah 2

Dengan Elipse tool, klik sekali pada mana-mana tempat kosong pada skrin. Anda akan memasukkan nilai dan memilih opsyen seperti di bawah dan klik OK

picture-15

Langkah 3

Anda akan mendapat satu bentuk Bulat berukuran 3″ diameternya. Seterusnya, anda akan melukis satu lagi Bulatan yang saiznya 75% daripada bulatan pertama tadi.

Disebelah kiri skrin, klik sekali pada”Scale tool” picture-31 . Posisikan “Scale Tool” pada titik tengah bulatan. Tekan butang ALT atau Option (Mac) dan jangan lepas, dan klik pada tetikus sekali untuk mendapat panel seperti di bawah.

picture-41

Masukkan nilai-nilai seperti diatas, klik pada “COPY” untuk mendapatkan bulatan yang kedua (75% lebih kecil) diatas bulatan pertama.

Langkah 4

Anda akan mendapat dua bentuk bulat seperti di bawah

picture-81

Klik pada bulatan yang besar sekali untuk mengaktifkannya. Kemudian, alihkan perhatian di sebelah kanan skrin dan pilih Panel Gradient seperti di bawah.

picture-51

Tekan pada Jalur Gradient (hitam putih) sekali dan bulatan tersebut akan bertukar stail warna seperti jalur gradient.

Langkah 5

Sekarang anda akan menukar warna hitam pada jalur itu kepada warna merah. Dwi-Klik pada ikon picture-91 dan tukar kepada warna merah.

Langkah 6

Ulangi langkah 4 pada bulatan kecil tersebut. Apabila siap mewarnakan Gradient tersebut, sekarang kita akan songsangkan arah gradient tersebut.

Pada Toolbox di sebelah kiri, klik Gradient Tool picture-101 sekali. Dengan bulatan kecil masih aktif, tekan dan heretkan Gradient Tool dari Kanan bulatan ke sebelah Kiri bulatan kecil itu.

Langkah 7

Aktifkan kedua-dua bulatan itu dan hilangkan Outline bulatan tersebut.

Klik pada butangpicture-111 pada picture-61

Anda akan mendapat ilusi butang 3D seperti di bawah

picture-71

Selamat mencuba

Possibly Related Posts:


Posted in Photoshop, TutorialComments (0)

Gambar Air Kolam Menggunakan Filter

Tujuan tutorial ini adalah untuk mengguna efek daripada filter untuk membentuk air di sebuah kolam tanpa menggunakan kamera.

Langkah 1

Dapatkan satu fail yang saiznya 5 “  X 5 ” yang mempunyai latar belakang yang berwarna putih.

Langkah 2

Tekan huruf “D” sekali dan pilih warna biru tua untuk “Foreground Color”

picture-6

Langkah 3Add an Image

Tekan pada Menu Filter –> Render –> Cloud

picture-5

Anda akan mendapat efek seperti di bawah

picture-7

Langkah 4

Pada “ToolBox” di sebelah kiri skrin anda, Tekan pada Brush tool picture-8 dan songsangkan kedudukan warna picture-9 dimana warna putih berada di “Foreground Color” dengan menekan butang picture-10

Langkah 5

Masih menggunakan Brush Tool, set saiz berus ke saiz seperti dibawah.

picture-11

Langkah 6

Lukis garisan berselang seli di atas gambar anda seperti di bawah

picture-12

Langkah 7

Tekan pada menu Filter –> Distort –> Ripple dan set nilai”amount” ke 999 dan size => Large dan klik OK

picture-13

Anda akan mendapat contoh efek seperti di bawah.

picture-14

Selamat mencuba

Possibly Related Posts:


Posted in Adobe, Photoshop, TutorialComments (0)

Membentuk Idea Logo Menggunakan Abjab

Tujuan Tutorial ini adalah menunjukkan cara mengubahsuai bentuk-bentuk abjab untuk tujuan mereka sebuah logo yang mempunyai bentuk asal sesuatu abjab.

Langkah 1.

Pastikan anda mempunyai satu fail yang baru dan perhatikan Tool Palette di sebelah kiri skrin anda. Tekan pada “Type Tool” sekali untuk memililhnya.

typetool

Langkah 2.

Sebelum anda menaip sebarang perkataan di atas dokumn, anda perlu memilih jenis fonts, saiz font dan  warna kegemaran anda pada panel yang terletak di bawah Bar Menu skrin anda.property-panel

Langkah 3.

Posisikan type tool pada dokumen anda dan klik sekali dan taip perkataan LOGO

logo1skrin

Langkah 4.

Pastikan perkataan LOGO ini masih aktif. Tekan pada menu Type –> Create Outline

createoutline

Anda akan mendapat

picture-2

Langkah 5

Sekarang, anda boleh mengubah bentuk asal perkataan LOGO kepada bentuk yang anda kehendaki. Mulakan dengan memilih “Direct Selection tool”  picture-1 yang berada di sebelah kiri skrin anda. Ia terletak bersebelahan dengan Selection tool.

Mula-mula, kilk pada kawasan putih di luar perkataan LOGO untuk menyahpilihkan (deselect) perkataan itu. Selepas itu, Klik pada mana-mana tepi perkataan LOGO dan anda akan dapat melihat “Node” (titik segiempat yang berwarna putih) pada perkataan LOGO seperti di bawah

picture-3 Sekarang, dengan menggunakan Direct Selection Tool, anda boleh mengalihkan kedudukan asal salah satu Node untuk menbentuk suatu bentuk yang baru. sila rujuk ke gambarajah dibawah sebagai contoh.

picture-4

Selamat mencuba.

Possibly Related Posts:


Posted in Adobe, Illustrator, TutorialComments (0)

Melembutkan Muka Anda yang Kasar.

Tujuan tutorial ini adalah menggunakan kebijaksanaan layer, eraser dan filter untuk mengubahsuai gambar model yang asalnya mempunyai paras muka yang kasar. contohnya gambar dibawah.

rough-face

Langkah 1:

Buka gambar portret sesiapa yang mempunyai paras muka yang kasar.

Langkah 2:

Perhatikan Panel Layer anda. Klik dan heretkan layer background ke ikon “New Layer” di sebelah bawah kanan panel Layer seperti gambar rajah di bawah.
layer

Langkah 3:

Tekan pada menu Filter –> Blur –> Gaussian Blur…
blur-filter

Tukarkan nilai Radius kepada 3 pixels ataupun ke tahap yang anda suka; asalkan paras muka kulit gambar itu menjadi lembut.

Langkah 4:

Pada Tool Palette, klik pada Eraser tool, dan ubahkan saiz berus dan tukarkan nilai hardness ke 0 (kosong)

Anda perlu melakukan langkah seterusnya secara berhati-hati dan penuh kesabaran.

Langkah 5:

Dengan menggunakan Eraser too yang biasa, padamkan kawasan seperti rambut, Mata, bulu kening, hidung, telinga, baju, rantai perhiasan(jika ada), mulut dan sebagainya. Anda tidak perlu padamkan muka atau paras kulit pada gambar tersebut.

Jika anda melakukan secara betul, anda akan mendapat hasil seperti di bawah:
rough-face2

Perhatikan bahawa segala pixel asal gambar ini masih Sharp dan cuma pada paras muka  model dalam gambar ini yang menjadi lembut dan licin. Bandingkan sebelum dan selepas proses-proses facial diatas.

Sebelum:

rough-face

Selepas:
rough-face2

Possibly Related Posts:


Posted in Adobe, Photoshop, TutorialComments (0)

Rahsia di Sebalik Eraser Tool

Tujuan tutorial ini adalah memperkenalkan MAGIC ERASER yang mampu mengembalikan warna gambar yang telah ditukarkan menjadi hitam putih.

flowers1

Langkah 1:

Buka Gambar kegemaran anda seperti gambar di atas.

Langkah 2:

Tekan pada menu Image–> Adjustment –> Desaturate
(Gambar anda akan bertukar menjadi hitam dan putih)

Langkah 3:

Pada Toolbox di sebelah kiri skrin anda, klik sekali pada Eraser Tool

eraser1

Langkah 4:

Pastikan anda memilih saiz berus yang sesuai dan jenis berus yang “hardness”nya pada tahap yang sesuai(bukan 100%)

Langkah 5

Tekan Butang “ALT” atau “OPTION” (untuk Mac) pada Keyboard anda dan jangan lepaskan ; kemudian posisikan penunjuk tetikus anda pada tempat yang anda hendak warnakan semula ke warna asal gambar tersebut. Apabila siap mewarnakan kawasan tersebut, anda boleh lepaskan butang “ALT”.

Hasil daripada langkah-langkah diatas, anda akan mendapat hasil seperti dibawah.

Gambar asal:
flowers1

Selepas:
flowers21

Possibly Related Posts:


Posted in Adobe, Photoshop, TutorialComments (0)

Cara Membetulkan Gambar yang Gelap

Tujuan tutorial ini ialah membetulkan ataupun memperseimbangkan shadow dan highlight pada gambar yang di tangkap oleh kamera kita. Adakalanya gambar itu terlalu terang ataupun terlalu gelap. Setiap gambar yang over-expose atau under-expose boleh dibetulkan dengan menggunakan salah satu keadah di dalam Adobe Photoshop

island-girl

Langkah 1

Buka gambar dalam koleksi anda yang anda rasa gelap atau terlalu terang.

Langkah 2

Tekan pada Menu –> Adjustment –> Shadow and Highlights

picture-3

Langkah 3

Tukarkan amaun peratusan shadow atau highlight di dalam panel “Shadow/highlights” sehingga mendapat keseimbangan yang anda paling suka.

Selamat mencuba

Possibly Related Posts:


Posted in Adobe, Photoshop, TutorialComments (1)

Cara Membersihkan Gambar yang Calar

Tujuan tutorial ini adalah untuk membersihkan bintik-bintik dan calar-calar yang terdapat pada gambar dibawah.

old-image

1. Buka gambar yang lama anda yang mempunyai bintik-bintik dan calar-calar yang terdapat pada gambar

picture-1

2. Klik “Clone Stamp” di Tools Palette yang berada di sebelah kira screen Photoshop anda

3. Posisikan “Clone Stamp” di sebelah kesan calar (bukan pada kesan calar)

4. Tekan “ALT” atau “Option”(untuk pengguna Mac) dan jangan lepaskan sehingga anda Klik Tetikus sekali

5. Lepaskan semua butang (ALT, mahupun Tetikus)

6. Posisikan “Clone Stamp” di atas kesan calar dan Klik Tetikus sekali

(perhatikan kesan-kesan calar tersebut; pixels di sebelah kesan calar-calar itu telah menutup kesan-kesan calar tersebut)

7. Ulangi langkah-langkah 4 hingga 6 sehingga semua kesan-kesan calar hilang.

Selamat Mencuba

Possibly Related Posts:


Posted in Adobe, Photoshop, TutorialComments (0)


advert

Our Flickr Photos - See all photos

Katogeri

Pelawat Terkini

Kalender

September 2010
M T W T F S S
« Nov    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  
PHVsPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19hZHNfcm90YXRlPC9zdHJvbmc+IC0gdHJ1ZTwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX2FkX2ltYWdlXzE8L3N0cm9uZz4gLSBodHRwOi8vYmxvZy5taW5kYXN5cy5jb20ubXkvd3AtY29udGVudC91cGxvYWRzLzIwMDkvMjAwOS8wNi9kZWV6YmFubmVyLmpwZzwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX2FkX2ltYWdlXzI8L3N0cm9uZz4gLSBodHRwOi8vYmxvZy5taW5kYXN5cy5jb20ubXkvd3AtY29udGVudC91cGxvYWRzLzIwMDkvMjAwOS8wNy90ZWFtYnVpbGRpbmd2MjEuanBnPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fYWRfaW1hZ2VfMzwvc3Ryb25nPiAtIGh0dHA6Ly9ibG9nLm1pbmRhc3lzLmNvbS5teS93cC1jb250ZW50L3VwbG9hZHMvMjAwOS8yMDA5LzA4L2tlbGFiX2ljdF9teS0xLnBuZzwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX2FkX2ltYWdlXzQ8L3N0cm9uZz4gLSBodHRwOi8vYmxvZy5taW5kYXN5cy5jb20ubXkvd3AtY29udGVudC91cGxvYWRzLzIwMDkvMjAwOS8wOC90bW5uZWdhcmFfZmFjZWJvb2suanBnPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fYWRfbXB1X2Fkc2Vuc2U8L3N0cm9uZz4gLSA8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19hZF9tcHVfZGlzYWJsZTwvc3Ryb25nPiAtIGZhbHNlPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fYWRfbXB1X2ltYWdlPC9zdHJvbmc+IC0gaHR0cDovL2Jsb2cubWluZGFzeXMuY29tLm15L3dwLWNvbnRlbnQvdXBsb2Fkcy8yMDA5LzIwMDkvMDcvYmFubmVyYm13LTEyLmpwZzwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX2FkX21wdV91cmw8L3N0cm9uZz4gLSBodHRwOi8vd3d3LmJtdy5jb20ubXkvY29tL2VuL2luZGV4Lmh0bWw8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19hZF9wYWdlPC9zdHJvbmc+IC0gU2VsZWN0IGEgcGFnZTo8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19hZF90b3BfYWRzZW5zZTwvc3Ryb25nPiAtIDwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX2FkX3RvcF9kaXNhYmxlPC9zdHJvbmc+IC0gZmFsc2U8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19hZF90b3BfaW1hZ2U8L3N0cm9uZz4gLSBodHRwOi8vYmxvZy5taW5kYXN5cy5jb20ubXkvd3AtY29udGVudC91cGxvYWRzLzIwMDkvMjAwOS8wMy9taW5kYXN5c2Fkcy5qcGc8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19hZF90b3BfdXJsPC9zdHJvbmc+IC0gaHR0cDovL3d3dy5taW5kYXN5cy5jb20ubXk8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19hZF91cmxfMTwvc3Ryb25nPiAtIGh0dHA6Ly9kZWV6aGFybWFuLmNvbTwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX2FkX3VybF8yPC9zdHJvbmc+IC0gaHR0cDovL3d3dy5qdXN0ZXhwbG9yZS5jb20ubXkvdGVhbWJ1aWxkaW5nLmh0bWw8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19hZF91cmxfMzwvc3Ryb25nPiAtIGh0dHA6Ly93d3cuZmFjZWJvb2suY29tL2hvbWUucGhwPyMvZ3JvdXAucGhwP2dpZD0xMTIwOTI2MTI4NzQmcmVmPXRzPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fYWRfdXJsXzQ8L3N0cm9uZz4gLSBodHRwOi8vd3d3LmZhY2Vib29rLmNvbS9ob21lLnBocD8jL2dyb3VwLnBocD9naWQ9MTA4NjYyNDY2MzgzJnJlZj10czwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX2FsdF9zdHlsZXNoZWV0PC9zdHJvbmc+IC0gZGVmYXVsdC5jc3M8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19hcmNoaXZlczwvc3Ryb25nPiAtIFNlbGVjdCBhIHBhZ2U6PC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fYXNpZGVzX2NhdGVnb3J5PC9zdHJvbmc+IC0gU2VsZWN0IGEgY2F0ZWdvcnk6PC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fYXNpZGVzX2VudHJpZXM8L3N0cm9uZz4gLSBTZWxlY3QgYSBudW1iZXI6PC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fYXV0aG9yPC9zdHJvbmc+IC0gZmFsc2U8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19hdXRvX2ltZzwvc3Ryb25nPiAtIGZhbHNlPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fYmFubmVyX2ltYWdlPC9zdHJvbmc+IC0gaHR0cDovL2Jsb2cubWluZGFzeXMuY29tLm15L3dwLWNvbnRlbnQvdXBsb2Fkcy8yMDA5LzIwMDkvMDMvbWluZGFzeXNhZHMuanBnPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fYmFubmVyX3VybDwvc3Ryb25nPiAtIGh0dHA6Ly93d3cubWluZGFzeXMuY29tLm15PC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fYmdyPC9zdHJvbmc+IC0gbGlnaHRibHVlLmNzczwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX2Jsb2NrX2ltYWdlPC9zdHJvbmc+IC0gaHR0cDovL2Jsb2cubWluZGFzeXMuY29tLm15L3dwLWNvbnRlbnQvdXBsb2Fkcy8yMDA5LzIwMDkvMDcvYmFubmVyYm13LTEyLmpwZzwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX2Jsb2NrX3VybDwvc3Ryb25nPiAtIGh0dHA6Ly93d3cuYm13LmNvbS5teTwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX2N1c3RvbV9jc3M8L3N0cm9uZz4gLSA8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19jdXN0b21fZmF2aWNvbjwvc3Ryb25nPiAtIGh0dHA6Ly9ibG9nLm1pbmRhc3lzLmNvbS5teS93cC1jb250ZW50L3VwbG9hZHMvMS1mYXZpY29uLmdpZjwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX2ZlYXR1cmVkX2NhdGVnb3J5PC9zdHJvbmc+IC0gU2VsZWN0IGEgY2F0ZWdvcnk6PC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fZmVhdHVyZWRfZW50cmllczwvc3Ryb25nPiAtIFNlbGVjdCBhIG51bWJlcjo8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19mZWF0X2VudHJpZXM8L3N0cm9uZz4gLSAxMjwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX2ZlZWRidXJuZXJfaWQ8L3N0cm9uZz4gLSAyODIyNjY0PC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fZmVlZGJ1cm5lcl91cmw8L3N0cm9uZz4gLSBodHRwOi8vZmVlZHMuZmVlZGJ1cm5lci5jb20vQmxvZ01pbmRhc3lzPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fZmxpY2tyX2VudHJpZXM8L3N0cm9uZz4gLSA5PC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fZmxpY2tyX2lkPC9zdHJvbmc+IC0gMzM5OTM0MzFATjA3PC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fZmxpY2tyX3VybDwvc3Ryb25nPiAtIGh0dHA6Ly93d3cuZmxpY2tyLmNvbS9waG90b3MvbWluZGFzeXMvPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fZ29vZ2xlX2FuYWx5dGljczwvc3Ryb25nPiAtIDxzY3JpcHQgdHlwZT0idGV4dC9qYXZhc2NyaXB0Ij4NCnZhciBnYUpzSG9zdCA9ICgoImh0dHBzOiIgPT0gZG9jdW1lbnQubG9jYXRpb24ucHJvdG9jb2wpID8gImh0dHBzOi8vc3NsLiIgOiAiaHR0cDovL3d3dy4iKTsNCmRvY3VtZW50LndyaXRlKHVuZXNjYXBlKCIlM0NzY3JpcHQgc3JjPSciICsgZ2FKc0hvc3QgKyAiZ29vZ2xlLWFuYWx5dGljcy5jb20vZ2EuanMnIHR5cGU9J3RleHQvamF2YXNjcmlwdCclM0UlM0Mvc2NyaXB0JTNFIikpOw0KPC9zY3JpcHQ+DQo8c2NyaXB0IHR5cGU9InRleHQvamF2YXNjcmlwdCI+DQp0cnkgew0KdmFyIHBhZ2VUcmFja2VyID0gX2dhdC5fZ2V0VHJhY2tlcigiVUEtMTgwNjQzNC01Iik7DQpwYWdlVHJhY2tlci5fdHJhY2tQYWdldmlldygpOw0KfSBjYXRjaChlcnIpIHt9PC9zY3JpcHQ+PC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29faG9tZTwvc3Ryb25nPiAtIGZhbHNlPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29faG9tZV90aHVtYl9oZWlnaHQ8L3N0cm9uZz4gLSA1NzwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX2hvbWVfdGh1bWJfd2lkdGg8L3N0cm9uZz4gLSAxMDA8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19pbWFnZV9zaW5nbGU8L3N0cm9uZz4gLSBmYWxzZTwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX2xheW91dDwvc3Ryb25nPiAtIGRlZmF1bHQucGhwPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fbG9nbzwvc3Ryb25nPiAtIGh0dHA6Ly9ibG9nLm1pbmRhc3lzLmNvbS5teS93cC1jb250ZW50L3VwbG9hZHMvMjAwOS8yMDA5LzAzL2Jsb2doZWFkZXIuanBnPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fbWFudWFsPC9zdHJvbmc+IC0gaHR0cDovL3d3dy53b290aGVtZXMuY29tL3N1cHBvcnQvdGhlbWUtZG9jdW1lbnRhdGlvbi9nYXpldHRlLWVkaXRpb24vPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fb3RoZXJfZW50cmllczwvc3Ryb25nPiAtIDEyPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fb3RoZXJfaGVhZGxpbmVzPC9zdHJvbmc+IC0gNTwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX3Jlc2l6ZTwvc3Ryb25nPiAtIHRydWU8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19zaG9ydG5hbWU8L3N0cm9uZz4gLSB3b288L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19zaG93X2Fkc190b3A8L3N0cm9uZz4gLSB0cnVlPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fc2hvd19jYXJvdXNlbDwvc3Ryb25nPiAtIHRydWU8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19zaG93X3ZpZGVvPC9zdHJvbmc+IC0gdHJ1ZTwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX3NpbmdsZV9oZWlnaHQ8L3N0cm9uZz4gLSAxODA8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19zaW5nbGVfd2lkdGg8L3N0cm9uZz4gLSAyNTA8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb190YWJzPC9zdHJvbmc+IC0gZmFsc2U8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb190aGVtZW5hbWU8L3N0cm9uZz4gLSBHYXpldHRlPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fdXBsb2Fkczwvc3Ryb25nPiAtIGE6Mjp7aTowO3M6NjA6Imh0dHA6Ly9ibG9nLm1pbmRhc3lzLmNvbS5teS93cC1jb250ZW50L3VwbG9hZHMvMS1mYXZpY29uLmdpZiI7aToxO3M6NjA6Imh0dHA6Ly9ibG9nLm1pbmRhc3lzLmNvbS5teS93cC1jb250ZW50L3VwbG9hZHMvMS1mYXZpY29uLmljbyI7fTwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX3ZpZGVvX2NhdGVnb3J5PC9zdHJvbmc+IC0gVmlkZW88L2xpPjwvdWw+