Bagaimana Mendapat Pensijilan Cisco (Cisco Certification Program)

Program Pensijilan Cisco mengiktiraf anda di seluruh dunia tentang kemampuan anda dalam reka- bentuk, pemasangan, konfigurasi, mengendalikan dan menyelesaikan masalah dalam rangkaian Cisco (Cisco Networking). Dengan pensijilan ini, anda berada di laluan yang betul ke arah  mencapai kejayaan dalam kerjaya rangkaian dan IT.

cisco-certification-steps

Lima Peringkat Pensijilan Cisco
Ada lima peringkat pensijilan: Entry, Associate, Profesional, Expert dan Architect, tahap tertinggi akreditasi dalam program Kerjaya Pensjilan Cisco.

Lapan Laluan Pensijilan
Berbagai trek-seperti Routing dan Switching, Network Security, dan Service Provider-yang sedia, sehingga anda dapat memadankan pusat pensijilan untuk peranan kerja anda atau industri.

Secara am, anda boleh memulakan perjalanan anda dengan mengikuti 3 langkah; peringkat demi peringkat di 7 tahap yang berbeza

Langkah Pertama (Entry & Associate Level)
Langkah pertama secara umum Pensijilan Cisco Kerjaya bermula baik dengan CCENT sebagai langkah sementara untuk tahap Associate, atau terus dengan CCNA untuk operasi rangkaian atau CCDA untuk reka-bentuk rangkaian.
Ini adalah peringkat asas dalam sertifikasi rangkaian.

Langkah Kedua (Profesional Level)
Tahap Profesional adalah tahap lanjutan dalam  pensijilan Cisco. Pensijilan seperti CCNP, CCDP, CCSP, CCIP dan CCVP.

Langkah terakhir (Expert Level)
Ini adalah tahap tertinggi pencapaian pensijilan Cisco. CCIE (Cisco Certified internetwork Expert) adalah sertifikasi tingkat tinggi yang paling dihormati, diiktiraf di seluruh dunia sebagai doktor “dari rangkaian dan sertifikasi individu sebagai seorang ahli.

Possibly Related Posts:


Posted in How toComments (0)

Blogger Komp & IT; Berapa Banyak Anda Sudah Jana Pendapatan dari Blog?

2889973860_41d2800727_m031
“Dah berapa banyak engko buat duit melalui blog?” Itulah soalan yang buat saya terkedu untuk menjawab.  Anda bagaimana?

Begini, pada petang Jumaat lepas saya dan beberapa rakan berbual sambil menikmati teh tarik di sebuah kedai mamak di Prinsint 8, Putrajaya. Menjadi kebiasaan, saya berkumpul  dengan rakan sepejuangan bercerita pelbagai isu dari perniagaan, politik hinggalah beborak kosong bila ada kelapangan. Dalam banyak perkara,  dari perbualan kasual & kosong menjadi idea yang bernas & produktif.  Sebab itulah saya terus kekalkan tradisi ini.

Saya telah cerita kepada salah seorang kawan saya tentang bagaimana menjalankan aktiviti di internet dan menjana pendapatan. Saya ceritakan bagaimana web dan blog boleh membantu perniagaan.  Walaupun saya cuba terangkan sebaik mungkin, tetapi saya dapat agak beliau tidak yakin dengan idea itu. Sebagai seorang kontraktor kelas C, beliau tidak mempunyai web  apatah lagi blog? Emel pun masih jarang-jarang guna.

Keterujaan saya bercerita terhenti bila rakan saya mengemukan soalan, “Dah berapa banyak engko buat duit melalui blog?” Dalam nada  Sinis!.  Saya tahu, beliau merujuk kepada Blog Mindasys. Saya tidak menjawab secara spontan kerana tidak mempunyai sebarang angka dan tidak pernah menghitung sebelum ini.  Saya pasti blog Mindasys telah menjana pendapatan walaupun bukan secara langsung tetapi cara tidak langsung.

15719056_ac8e3358d1_m05

Lantas perkara pertama apabila saya tiba di pejabat ialah memeriksa akaun pesanan pelanggan berpunca dari aktiviti online.  Setelah semak, saya mendapati dalam bulan Mei 2009, Mindasys mendapat pesanan untuk latihan subjek IT lebih dari RM30,000.00.  Satu pencapaian besar hasil aktiviti blog dan online dalam tempoh kurang dari 6 bulan. Saya katakan ini hasil aktiviti online kerana, kami di Mindasys tidak pernah berjumpa bakal pelanggan secara fizikal. Proses jualan melaui web, blog, email dan telefon sahaja.

Jadi berbalik kepada soalan sahabat tadi, jawapan saya ialah, kami telah menjana jualan lebih dari RM50,000.00 melalui aktiviti online semenjak pertengahan bulan Feb 2009.

Saya juga ingin terus belajar dari rakan blogger Komputer & IT.  Oleh itu, saya tinggalkan dua soalan untuk anda. Pertama, bagaimanakah anda menjana pendapatan di online? Berapa banyak anda sudah jana pendapatan dari blog?

Possibly Related Posts:


Posted in BlogComments (15)

Mengapa Saya Membeli Buku Sabri SaifulSham & Syazwan SaifuSham

ss05

Dalam artikel yang lepas saya ada membincangkan Mengapa anda Perlu Memilik Blog dan  Menulis dan Menjana Pendapatan di atas Talian.

Di sini saya ingin menceritakan bagaimana Sabri dan Syazwan SaifulSham mencipta pendapatan mereka dari saya melalui Blog dan tulisan mereka.

Begini, petang tadi saya telah ke Komplek Warta di Bandar Baru Bangi. Tujuannya ialah untuk membeli buah kurma. Siapa yang pernah kesini tentu tahu, ini adalah satu-satunya pasaraya di mana anda boleh membeli kurma sepanjang tahun.

Sebaik sahaja saya tiba di komplek tersebut, isteri telah menelefon mengatakan yang beliau akan tiba dari pejabatnya  dalam tempoh 30 minit lagi.  Oh! berlegar-legar dalam shopping complex bukanlah minat saya dan tentu akan membosankan.

Seperti biasa, ubat yang paling baik untuk saya menghilangkan bosan ialah dengan membaca. Saya tahu, dengan membaca masa 30 minit menunggu  tidak langsung menjadi masalah.  Jadi saya mula mengorak langkah mencari bahan untuk dibaca. Saya tahu, di ground floor,  bahagian ruang bawah eskalator terdapat  satu kedai buku kecil.

Sepanjang hampir 10 tahun saya menjadi pelawat ke komplek ini, saya tidak pernah membeli sebuah buku pun dari kedai tersebut. Mengapa? Dari dulu sehingga kini kedai ini hanya menjual buku Bahasa Melayu sahaja.  Maaf, saya bukanya tidak menyukai buku bahasa Melayu tetapi saya cuma lebih berminat membaca buku Bahasa Inggeris. Pada saya buku Bahasa Inggris lebih banyak judul  pilihan dan juga kandungan lebih baik.

Semenjak kebelakangan ini saya perhatikan semakin banyak buku Bahasa Melayu dalam pasaran. Judulnya juga bertambah. Saya sayangkan Bahasa Melayu dan bahasa pertuturan di rumah juga masih Bahasa Melayu.  Oleh itu saya tidak pernah melepaskan peluang untuk mencari buku Bahasa Melayu yang boleh menepati keperluan semasa saya.

“Mungkin ada yang menarik”  kata saya kepada diri sendiri lantas berjalan menuju ke kedai tersebut. Di tengah-tengah susunan buku di atas meja bersaiz  8′ x 8′ saya terlihat sebuah buku bertajuk “Sistem Kedai Online dengan ZenCart”. Judul buku berkaitan dengan perniagaan atas talian adalah menjadi minat utama saya pada masa kini.

Perkara utama yang dengan sekelip mata menarik perhatian saya ialah www.saifulsham.com. Saya tahu proses jualan diantara saya dengan Sabri/Syazwan SaifulSham telah bermula.  Dalam masa beberapa saat, otak separuh sedar saya telah membuat keputusan (80% ) untuk membeli buku tersebut.  Setelah membelek beberapa muka surat, saya telah membayar RM15.50 untuk sebuah buku tersebut.

Inilah yang dikatakan sebagai psikologi jualan. Proses menjual yang dilakukan oleh Sabri dan Syazwan sebenarnya telah bermula jauh lebih awal. Bukannya semasa saya melihat dan membelek buku tersebut.  Ia bermula sebaik sahaja saya menjadi pelawat ke blog beliau. Perasan atau emosi yang kagum dengan hasil kerja  mereka berdua telah mendorong saya membuat keputusan membeli buku mereka.

Sebagai kesimpulan; kes ini membuktikan kepada diri saya sendiri dan anda bagaimana Blog boleh menjadi alat yang berkesan untuk anda mencapai apa juga objektif.  Dalam kes ini, menjual buku.  Lantas, ini menjelaskan lagi mengapa kita perlu memiliki blog dan menulis dengan baik.  Ini adalah syarat utama jika kita ingin menjana pendapatan melalui aktiviti atas talian – Pendapatan secara langsung dan tidak langsung.

Kini saya menjadi pelawat tetap blog mereka. Sebagai menghargai, saya juga telah link URL mereka di blog saya.

Possibly Related Posts:


Posted in BlogComments (0)

Menulis Satu “Elevator Pitch” (Siri 1/ 31 DBBB)

elevator-woman1

Menulis Satu “Elevator Pitch”  (Siri 1/ 31 DBBB)

Saya ditanya mengapa perlu membincangkan tajuk berkisarkan kepada  ”31 Days to Build A Better Blog”?  Jawapannya, kerana ramai di antara kita yang sentiasa ingin membina blog yang lebih baik dari masa ke masa dan saya bagi pihak Mindasys juga tidak terkecuali.  Saya mengambil peluang dari projek baru Problogger untuk mengkaji dan mencuba bagaimana tips dari Daren Rowse in boleh membantu menjadikan Blog Mindasys lebih baik dan berkongsi pengalaman bersama.

Soalan seterusnya, kenapa Problogger? Selain meminati hasil kerja Darren Rowse, saya juga melihat pencapaiannya – Sehingga artikel ini di tulis Problogger mempunyai 56,975 pembaca (Feedburner)  dan Technorati pula menyenaraikan Problogger di tempat kedua sebagai blog yang paling popular.

Mungkin anda juga berminat untuk membincangkan bersama kami – dipersilakan.

Darren akan membantu  anda dengan 2 cara;

1.      Menagajar Secara Teori

2.      Memberi Latihan

Agak sukar untuk menterjemahkan semula tajuk tersebut dalam Bahasa Melayu dengan tepat.  Tidak mengapa, kerana yang lebih penting ialah mengetahui  mengapa maksud idea tersebut.

Secara ringkas ia boleh dikatakan sebagai “Idea anda katakan secara pendek & tepat mengenai diri anda apabila berpeluang melakukannya. Bukanya panjang lebar tentang anda dan perniagaan anda”

Matlamatnya, memberitahu siapa anda. Seterusnya membuatkan pembaca ingin tahu lebih banyak tentang anda. Bermula dari sinilah anda boleh merancang dan memulakan projek blog dengan mengambil kira pelbagai perkara seperti berikut.

  • Menulis kandung blog
  • Promosi dan Mendapat Pembaca
  • Search Engine Optimisation
  • Membina Jaringan dengan Blogger lain
  • Membina Jenama (Brand)
  • Mereka cipta dan banyak lagi

Dalam 31 siri ini, Darren akan memberi fokus dan tugasan ke arah objektif di atas.

Berikut perkara yang perlu di beri perhatian segara dalam blog anda

  • Tag Line Blog Anda – Mestilah pendek, tepat dan ringkas. Ini adalah teknik yang berkesan untuk berkomunikasi dengan pembaca dengan cepat terutamanya kepada pembaca baru. Pembaca yang tidak mengetahui mengapa mereka perlu membaca blog anda akan  terus meninggalkan anda secepat mungkin.
  • Mengenai Diri Anda – Masih ramai yang belum mengambil berat tentang bahagian ini.  Ini adalah bahagian yang paling banyak di baca oleh pelawat yang pertama kali singgah di blog anda. Tempat yang paling ideal untuk memberitahu siapa anda dan “menjual” idea mengapa mereka perlu melanggan dan terus melawat anda kemudian
  • Perbualan Tentang Kehidupan Sebenar – Berkisar kepada perbualan kehidupan tidak kira interaksi perniagaan atau topik perbualan harian.
  • Busienss Cards – Tambahkan “elevator pitch” kepada kad anda supaya lebih mudah diingati siapa dan apa yang anda buat oleh pembaca kad tersebut
  • Tandatangan Email – Ramai orang memberikan link blog mereka dalam email. Selalunya ianya tidak berkesan dalam banyak keadaan.  Cara lain ialah dengan menambah “elevator pitch” . Ini juga boleh dilakukan di dalam forum.
  • Profil Media Sosial - Dalam Facebook, Myspace dll, galakan orang ramai melawat blog anda dan terangkan mengapa mereka perlu melawat anda melalui “elevator pitch”

Tugasan Hari Ini

Tuliskan satu “Elevetor Pitch” untuk blog anda.

  • Selesaikan Satu Masalah atau Keperluan - Berkomunikasilah dalam “elevator pitch” dengan pendek dan tepat bagaimana anda boleh membantu pembaca anda.
  • Kenal pasti Pembaca Anda – Kepada siapakah blog tujukan.  Siapakah yang anda ingin tarik perhatian.
  • Jelas – Jangan biarkan pembaca meneka apakah maksud anda atau dengan mentafsirkan jargon. Pastikan “elevator pitch” anda jelas.
  • Pendek -  Kebanyakan orang mempunyai keupayaan terhad untuk menerima maklumat. Terus kepada isi utama, buangkan perkataan yang tidak perlu dan buatkan ianya umh!
  • Terdapat  beberapa perkara lagi yang perlu anda perhatikan. Walau bagaimanapun, saya rasakan ia kurang penting untuk diberikan perhatian pada kali ini.

Elevator Pitch Kami

Kami cuba menyampaikan mesej dengan pendek dan tepat  – “Human Capital Improvement Center” Kami gunakan perkataan ini kerana ianya pendek dan mudah difahami.

Mesej kami ialah untuk meningkatkan nilai Modal Insan dengan cara menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran terutamanya berkaitan dengan ICT. Harapan kami, kepada pembaca yang ingin menambah nilai diri sendiri atau organisasi bolehlah bersama kami.

Banyak lagi perkara yang akan kita bincangkan bersama Darren.  Ikutilah dalam siaran selanjutnya.

Possibly Related Posts:


Posted in BlogComments (0)

Mengapa Anda Perlu Memiliki Blog?

David Meerman Scott - My Mentor

David Meerman Scott - My Mentor

Tentu anda tidak mahu ketinggalan dalam dunia blog!  Ia semakin hangat diperkatakan.  Ini tidak menghairankan kerana blog telah mengubah banyak perkara dalam cara hidup harian kita. Contohnya di Malaysia, ramai orang membincangkan bagaimana blog telah mengubah senario politik.  PRU 12 jelas menunjukan kuasa blog masa kini.  Satu masa dahulu, perkara yang  dilihat mustahil kini telah berlaku.

Pengaruh blog ini bukan sahaja berlaku didalam dunia politik. Ia semakin ketara di dalam dunia perniagaan dan semua bidang kehidupan.  Hasilnya, banyak perniagaan telah dilaksanakan di alam maya dan melalui blog.  Semakin ramai usahawan Internet/Online dilahirkan. Tidak menghairankan, bagaimana aktiviti keusahawanan di online telah melahirkan ramai jutawan di seluruh dunia. Di Malaysia tidak terkecuali. Oleh kerana itu, jika anda tidak mahu ketinggalan atau terlepas pelbagai peluang, anda perlu memilik blog.

Mengakui pentingnya blog dalam kehidupan kita hari ini, Blog Mindasys  telah membuka katogeri baru (Blog) untuk membicarakan khusus mengenainya.  Sebagai permulaan, saya akan  menyumbangkan kandungannya. Saya sendiri belum pasti sejauh manakah ruang ini akan berkembang, tetapi saya PASTI, blog sangat penting kepada kita semua. Oleh itu, harapan kami, ruangan ini, akan menjadi salah satu platform bagi kita berkongi pengetahuan dan pengalaman.

Memberi Inspirasi BaruTentang Blog

Memberi Inspirasi BaruTentang Blog

Saya mula mengenali blog semenjak tahun 2003.  Walau bagaimana pun penglibatan saya secara serious bermula sebaik sahaja saya mendapat masej jelas daripada David Meerman Scott malaui bukunya bertajuk “The New Rules of Marketing & PR” Buku tersebut benar-benar mengubah cara saya melihat  blog dan memberi semangat untuk saya memulakannya. Boleh di katakan, beliau adalah mentor saya.

Semenjak itu saya mula membaca buku berkaitan blog antaranya “Blog Marketing” oleh Jeremy Wright, “Secret of Internet Millionaires “ oleh Stuart Tan dan lain-lain lagi.   Saya juga mula mempelajari dari pelbagai sumber di alam maya.  Antara blog yang menjadi kegemaran saya ialah Problogger dan Coppyblogger.

Saya percaya, ramai  ingin mengetahui bagaiman blog boleh membantu kita mencapai satu matlamat.  Kita semuan bernasib baik kerana dalam dunia era blog ini,  terlalu banyak ilmu yang kita boleh dapati dengan mudah. Kebanyakannya PERCUMA. Yang perlu, hanyalah rajin dan tekun.

Sebagai permulaan, saya ingin membuka ruang  membicarakan apa yang diperkatakan oleh Darren Rowse dari Problogger dalam projek terbarunya bertajuk “31 Days to Build A Better Blog” Insyallah, kita akan menyampaikan semula, membincangkan dan mengulas apa yang beliau katakan nanti di ruangan yang akan datang.

Darren Rowse - My favorite blogger

Darren Rowse - My favorite blogger

Akhir sekali, kami berdoa agar projek mini ini berjalan lancar dan berjaya. Kepada semua warga blogger, kami sangat mengalu-alukan peglibatan anda bersama kami.  Wassalam.

Possibly Related Posts:


Posted in BlogComments (1)


Sertai mailing list kami


* Emel
* Nama
I'm Interested In
* = Required Field
advert

Our Flickr Photos - See all photos

Katogeri

Pelawat Terkini

Kalender

February 2012
M T W T F S S
« Oct    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
272829  
PHVsPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19hZHNfcm90YXRlPC9zdHJvbmc+IC0gdHJ1ZTwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX2FkX2ltYWdlXzE8L3N0cm9uZz4gLSBodHRwOi8vYmxvZy5taW5kYXN5cy5jb20ubXkvd3AtY29udGVudC91cGxvYWRzLzIwMDkvMjAwOS8wNi9kZWV6YmFubmVyLmpwZzwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX2FkX2ltYWdlXzI8L3N0cm9uZz4gLSBodHRwOi8vYmxvZy5taW5kYXN5cy5jb20ubXkvd3AtY29udGVudC91cGxvYWRzLzIwMDkvMjAwOS8wNy90ZWFtYnVpbGRpbmd2MjEuanBnPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fYWRfaW1hZ2VfMzwvc3Ryb25nPiAtIGh0dHA6Ly9ibG9nLm1pbmRhc3lzLmNvbS5teS93cC1jb250ZW50L3VwbG9hZHMvMjAwOS8yMDA5LzA4L2tlbGFiX2ljdF9teS0xLnBuZzwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX2FkX2ltYWdlXzQ8L3N0cm9uZz4gLSBodHRwOi8vYmxvZy5taW5kYXN5cy5jb20ubXkvd3AtY29udGVudC91cGxvYWRzLzIwMDkvMjAwOS8wOC90bW5uZWdhcmFfZmFjZWJvb2suanBnPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fYWRfbXB1X2Fkc2Vuc2U8L3N0cm9uZz4gLSA8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19hZF9tcHVfZGlzYWJsZTwvc3Ryb25nPiAtIGZhbHNlPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fYWRfbXB1X2ltYWdlPC9zdHJvbmc+IC0gaHR0cDovL2Jsb2cubWluZGFzeXMuY29tLm15L3dwLWNvbnRlbnQvdXBsb2Fkcy8yMDA5LzIwMDkvMDcvYmFubmVyYm13LTEyLmpwZzwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX2FkX21wdV91cmw8L3N0cm9uZz4gLSBodHRwOi8vd3d3LmJtdy5jb20ubXkvY29tL2VuL2luZGV4Lmh0bWw8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19hZF9wYWdlPC9zdHJvbmc+IC0gU2VsZWN0IGEgcGFnZTo8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19hZF90b3BfYWRzZW5zZTwvc3Ryb25nPiAtIDwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX2FkX3RvcF9kaXNhYmxlPC9zdHJvbmc+IC0gZmFsc2U8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19hZF90b3BfaW1hZ2U8L3N0cm9uZz4gLSBodHRwOi8vYmxvZy5taW5kYXN5cy5jb20ubXkvd3AtY29udGVudC91cGxvYWRzLzIwMDkvMjAwOS8wMy9taW5kYXN5c2Fkcy5qcGc8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19hZF90b3BfdXJsPC9zdHJvbmc+IC0gaHR0cDovL3d3dy5taW5kYXN5cy5jb20ubXk8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19hZF91cmxfMTwvc3Ryb25nPiAtIGh0dHA6Ly9kZWV6aGFybWFuLmNvbTwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX2FkX3VybF8yPC9zdHJvbmc+IC0gaHR0cDovL3d3dy5qdXN0ZXhwbG9yZS5jb20ubXkvdGVhbWJ1aWxkaW5nLmh0bWw8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19hZF91cmxfMzwvc3Ryb25nPiAtIGh0dHA6Ly93d3cuZmFjZWJvb2suY29tL2hvbWUucGhwPyMvZ3JvdXAucGhwP2dpZD0xMTIwOTI2MTI4NzQmcmVmPXRzPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fYWRfdXJsXzQ8L3N0cm9uZz4gLSBodHRwOi8vd3d3LmZhY2Vib29rLmNvbS9ob21lLnBocD8jL2dyb3VwLnBocD9naWQ9MTA4NjYyNDY2MzgzJnJlZj10czwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX2FsdF9zdHlsZXNoZWV0PC9zdHJvbmc+IC0gZGVmYXVsdC5jc3M8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19hcmNoaXZlczwvc3Ryb25nPiAtIFNlbGVjdCBhIHBhZ2U6PC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fYXNpZGVzX2NhdGVnb3J5PC9zdHJvbmc+IC0gU2VsZWN0IGEgY2F0ZWdvcnk6PC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fYXNpZGVzX2VudHJpZXM8L3N0cm9uZz4gLSBTZWxlY3QgYSBudW1iZXI6PC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fYXV0aG9yPC9zdHJvbmc+IC0gZmFsc2U8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19hdXRvX2ltZzwvc3Ryb25nPiAtIGZhbHNlPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fYmFubmVyX2ltYWdlPC9zdHJvbmc+IC0gaHR0cDovL2Jsb2cubWluZGFzeXMuY29tLm15L3dwLWNvbnRlbnQvdXBsb2Fkcy8yMDA5LzIwMDkvMDMvbWluZGFzeXNhZHMuanBnPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fYmFubmVyX3VybDwvc3Ryb25nPiAtIGh0dHA6Ly93d3cubWluZGFzeXMuY29tLm15PC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fYmdyPC9zdHJvbmc+IC0gbGlnaHRibHVlLmNzczwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX2Jsb2NrX2ltYWdlPC9zdHJvbmc+IC0gaHR0cDovL2Jsb2cubWluZGFzeXMuY29tLm15L3dwLWNvbnRlbnQvdXBsb2Fkcy8yMDA5LzIwMDkvMDcvYmFubmVyYm13LTEyLmpwZzwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX2Jsb2NrX3VybDwvc3Ryb25nPiAtIGh0dHA6Ly93d3cuYm13LmNvbS5teTwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX2N1c3RvbV9jc3M8L3N0cm9uZz4gLSA8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19jdXN0b21fZmF2aWNvbjwvc3Ryb25nPiAtIGh0dHA6Ly9ibG9nLm1pbmRhc3lzLmNvbS5teS93cC1jb250ZW50L3VwbG9hZHMvMS1mYXZpY29uLmdpZjwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX2ZlYXR1cmVkX2NhdGVnb3J5PC9zdHJvbmc+IC0gU2VsZWN0IGEgY2F0ZWdvcnk6PC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fZmVhdHVyZWRfZW50cmllczwvc3Ryb25nPiAtIFNlbGVjdCBhIG51bWJlcjo8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19mZWF0X2VudHJpZXM8L3N0cm9uZz4gLSAxMjwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX2ZlZWRidXJuZXJfaWQ8L3N0cm9uZz4gLSAyODIyNjY0PC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fZmVlZGJ1cm5lcl91cmw8L3N0cm9uZz4gLSBodHRwOi8vZmVlZHMuZmVlZGJ1cm5lci5jb20vQmxvZ01pbmRhc3lzPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fZmxpY2tyX2VudHJpZXM8L3N0cm9uZz4gLSA5PC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fZmxpY2tyX2lkPC9zdHJvbmc+IC0gMzM5OTM0MzFATjA3PC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fZmxpY2tyX3VybDwvc3Ryb25nPiAtIGh0dHA6Ly93d3cuZmxpY2tyLmNvbS9waG90b3MvbWluZGFzeXMvPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fZ29vZ2xlX2FuYWx5dGljczwvc3Ryb25nPiAtIDxzY3JpcHQgdHlwZT0idGV4dC9qYXZhc2NyaXB0Ij4NCnZhciBnYUpzSG9zdCA9ICgoImh0dHBzOiIgPT0gZG9jdW1lbnQubG9jYXRpb24ucHJvdG9jb2wpID8gImh0dHBzOi8vc3NsLiIgOiAiaHR0cDovL3d3dy4iKTsNCmRvY3VtZW50LndyaXRlKHVuZXNjYXBlKCIlM0NzY3JpcHQgc3JjPSciICsgZ2FKc0hvc3QgKyAiZ29vZ2xlLWFuYWx5dGljcy5jb20vZ2EuanMnIHR5cGU9J3RleHQvamF2YXNjcmlwdCclM0UlM0Mvc2NyaXB0JTNFIikpOw0KPC9zY3JpcHQ+DQo8c2NyaXB0IHR5cGU9InRleHQvamF2YXNjcmlwdCI+DQp0cnkgew0KdmFyIHBhZ2VUcmFja2VyID0gX2dhdC5fZ2V0VHJhY2tlcigiVUEtMTgwNjQzNC01Iik7DQpwYWdlVHJhY2tlci5fdHJhY2tQYWdldmlldygpOw0KfSBjYXRjaChlcnIpIHt9PC9zY3JpcHQ+PC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29faG9tZTwvc3Ryb25nPiAtIGZhbHNlPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29faG9tZV90aHVtYl9oZWlnaHQ8L3N0cm9uZz4gLSA1NzwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX2hvbWVfdGh1bWJfd2lkdGg8L3N0cm9uZz4gLSAxMDA8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19pbWFnZV9zaW5nbGU8L3N0cm9uZz4gLSBmYWxzZTwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX2xheW91dDwvc3Ryb25nPiAtIGRlZmF1bHQucGhwPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fbG9nbzwvc3Ryb25nPiAtIGh0dHA6Ly9ibG9nLm1pbmRhc3lzLmNvbS5teS93cC1jb250ZW50L3VwbG9hZHMvMjAwOS8yMDA5LzAzL2Jsb2doZWFkZXIuanBnPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fbWFudWFsPC9zdHJvbmc+IC0gaHR0cDovL3d3dy53b290aGVtZXMuY29tL3N1cHBvcnQvdGhlbWUtZG9jdW1lbnRhdGlvbi9nYXpldHRlLWVkaXRpb24vPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fb3RoZXJfZW50cmllczwvc3Ryb25nPiAtIDEyPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fb3RoZXJfaGVhZGxpbmVzPC9zdHJvbmc+IC0gNTwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX3Jlc2l6ZTwvc3Ryb25nPiAtIHRydWU8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19zaG9ydG5hbWU8L3N0cm9uZz4gLSB3b288L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19zaG93X2Fkc190b3A8L3N0cm9uZz4gLSB0cnVlPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fc2hvd19jYXJvdXNlbDwvc3Ryb25nPiAtIHRydWU8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19zaG93X3ZpZGVvPC9zdHJvbmc+IC0gdHJ1ZTwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX3NpbmdsZV9oZWlnaHQ8L3N0cm9uZz4gLSAxODA8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19zaW5nbGVfd2lkdGg8L3N0cm9uZz4gLSAyNTA8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb190YWJzPC9zdHJvbmc+IC0gZmFsc2U8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb190aGVtZW5hbWU8L3N0cm9uZz4gLSBHYXpldHRlPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fdXBsb2Fkczwvc3Ryb25nPiAtIGE6Mjp7aTowO3M6NjA6Imh0dHA6Ly9ibG9nLm1pbmRhc3lzLmNvbS5teS93cC1jb250ZW50L3VwbG9hZHMvMS1mYXZpY29uLmdpZiI7aToxO3M6NjA6Imh0dHA6Ly9ibG9nLm1pbmRhc3lzLmNvbS5teS93cC1jb250ZW50L3VwbG9hZHMvMS1mYXZpY29uLmljbyI7fTwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX3ZpZGVvX2NhdGVnb3J5PC9zdHJvbmc+IC0gVmlkZW88L2xpPjwvdWw+