Fenomena penghijrahan pengguna dari komputer riba ke Netbook semakin ketara pada masa kini. Menurut Wikipedia, sehingga hujung tahun 2008, dengan jelas menunjukan netbook mula mengambil alih pasaran daripada komputer riba. Dilaporkan pada tahun 2008, sebanyak 11.4 juta unit netbook telah dijual berbanding dengan 400,000 unit pada tahun 2007. Tahun 2009 unjuran jualannya dijangka mencecah kepada 21.5 juta dan terus meningkat kepada 50 juta pada tahun 2010.
Mungkin anda adalah salah seorang yang akan membeli netbook dalam masa terdekat ini. Disini disertakan beberapa perkara yang mungkin anda perlu tahu sebelum membeli sebuah netbook.
Apakah Membuat Netbook Berbeza
Pada peringkat awal netbook dikeluarkan adalah agak mudah untuk membezakan netbook dengan sebuah komputer riba. Walau bagaimanapun semakin hari semakin sukar mencari perbezaan. Netbook biasanya mempunyai lebar skrin diantara 8 hingga 10 inci dan kurangnya pemacu optik. Di samping itu, tidak satu pun netbook mempunyai papan kekunci sama saiznya dengan papan kekunci komputer riba - hanya 89% hingga 93% dari saiz biasa, oleh itu kekuncinya agak padat.
Jadi pastikan anda cuba papan kekunci sebelum membeli. Pada netbook juga terdapat USB port, webcam, pembaca kad, dan Wi-Fi siap pasang. Anda diantaranya dipasang dengan slot ExpressCard, Bluetooh dan pilihan untuk modem cellular. Kebanyakan netbook menggunakan platform Intel Atom, terdiri dari pemproses Atom, berintegrasi grafik dan 512MB ke 1GB RAM
Apa Netbook boleh lakukan?
Selain dari boleh melayari laman web, memproses word dan spreadsheet, anda boleh memuat turun foto dari digital kamera dan mengedit dengan menggunakan perisian Adobe Photoshop Elements 7. Anda juga boleh menukar kod video dari menggunakan Windows Media Encoder 9 atau edit video dengan menggunakan Adobe Primier Elemet 7. Anda juga boleh memain muzik dengan program seperti Apple iTune. Netbook juga boleh mainkan video dari laman seperti YouTube atau tayangan dari pemacu USB luaran. Anda boleh menguruskan email pelanggan anda, masukkan dalam rangkaian, memasang VPN. Untuk keselamatan, anda boleh memasang antivirus dan antispyware.
Konfigurasi Netbook anda
Sistem operasi. Linux adalah murah dan sangat mesra pengguna. Walau bagaimanapun kebanyakan pengguna sudah biasa dan selesa dengan menggunakan Windows.
Seperti biasa, Windows menawarkan pelbagai pilihan dalam perkakasan dan perisian. Jika anda mahu menggunakan Linux, anda perlu belajar menggunakan antara muka, memasang program dan menyetahui bagaimana memastikan peralatan boleh berfungsi pada sesuatu pemacu nanti. Oleh kerana itu, adalah dijangkakan, apabila Windows 7 berada dipasaran, peluang untuk Linux menyaingi Windows 7 dalam pasaran netbook semakin sukar.
Anda dapati netbook dipasang dengan cakra liut: solid-state (SSDs) dan cakra liut berputar. Antara kelebihan SSDs ini, ia lebih pantas, lebih tahan dan mempunyai jangka hayat lebih panjang. Walau bagaimanapun harganya lebih mahal. Pemproses Intel Atom adalah yang paling pantas dan paling menjimatkan tenaga yang anda boleh dapati didalam netbook pada masa kini. Anda juga mungkin menjumpai Intel Celeron M atau processor VIA seperti dalam model generasi pertana ASUS EeePC 4G dan HP 2133 Mini-Note, tetapi cuba anda elakkan membuat pilihan ini. Kebanyakan netbook juga berfungsi sempurna dengan memori 1GB dan hampir semua boleh di tambah baik kepada 2GB.
Bateri netbook pula biasanya meumpunyai tiga cell (kurang dari 30 wh). Netbook seperti ASUS EeePC 1000HE, Acer Aspire One (10-inch) dan Samsung NC 10 14GB telah meningkatkan bateri kepada enam unit cell. Biasanya bateri bersaiz kecil tahan antara 2 hingga 3 jam selepas di caj manakala yang bersaiz besar antara 6 hingga 8 jam. Oleh itu, jika anda banyak melakukan lawatan kerja luar, tentu bateri enam unit cell lebih sesuai buat anda.
Possibly Related Posts:
- Bagaimana Membeli Sebuah Komputer Riba
- Kumpulan Penggodam Komputer “Hacker” Menyerang Syarikat Keselamatan
- Bagaimana Menggunakan Jalan-Pintas Pada Papan Kekunci dalam Windows













Komen Terbaru