Archive | Blog

KELAB ICT MALAYSIA: Rahsia USAHAWAN 2.0 – Bagaimana Menggunakan Media Baru; Blog, Facebook, Youtube…Mencapai Objektif Perniagaan Anda (Siri.3)

ANALISA PERBEZAAN ANTARA GENERASI

Untuk memudahkan kajian, pakar pemasaran mengklasifikasikan generasi kepada 4 katogeri
• Baby Boomer,
• Generasi X
• Generasi Y
• Genarasi Z (Terbaharu)

Baby Boomer

Kumpulan ini terdiri dari mereka yang lahir selepas dari Perang Dunia ke II. Mereka lahir antara tahun 1946 – 1955 (kumpulan pertama) dan 1956 – 1964 (Kumpulan kedua)
Mereka banyak mencipta nilai baru kehidupan berbeza dengan generasi sebelumnya. Di Erpoah dan Amarika Utara, mereka sering dikaitkan dengan kekayaan dan hidup di zaman mewah. Genarasi ini lebih sihat dan menguasi kekayaan berbanding dengan generasi sebelumnya. Mereka juga beranggapan generasi mereka adalah lebih istemewa.
Di Amerika, terdapat 76 juta bayi yang lahir di antara tahun 1946 – 1964. Mereka mempunyai pendidikan yang lebih tinggi berbanding generasi sebelumnya dan lebih berjaya dalam kehidupan.

Generasi X atau Gen x

Generasi ini lahir sepelas generasi baby boomer. Lahir antara pertengahan tahun 1960an hingga ahkir tahun 1970an. Usia mereka sekarang antara 30an dan 40an.
Genarasi ini mula menyaksikan kehadiran komputer di rumah, videogames dan internet. Meraka faham ini adalah alat untuk tujuan komersial dan social. Generasi ini memiliki kelulusan akademik yang paling tinggi berbanding dengan generasi sebelumnya.
Kajian pada tahun2004, menunjukan, pendapatan sebenar mereka lebih rendah (kurang 12%) berbanding dengan pendapatan bapa mereka pada usia yang sama.pada tahun 1974.

Generasi Y atau Gen Y

Juga dikenali sebagai generasi milinium. Mereka lahir pada lewat tahun 1970an hingga akhir tahun 1990an.
Generasi ini sangat familiar dengan media komunikasi dan teknologi digital. Komunikasi pantas dan segera seperti email, text, dan IM. Mereka juga menggunakan media baru dengan meluas. Media tersebut seperti laman web social; Facebook, MySpace dan Twitter. Mereka juga berkongsi video dan photo.
Antara ciri utama genersi ini; Mereka kerap berhubung dengan ibu bapa melalui teknologi yang di sebutkan di atas. Mereka memiliki komputer, telefon bimbit dan MP3/MP4. Mereka juga menggunakan pesanan segera (IM), multi tasking, suka muat turun muzik dan berkongsi fail bersama rakan sebaya.

Generasi Z atau Gen Z

Generasi yang lahir pada penghujung 1996 hingga ke penghujung tahun 2000. Oleh kerana, generasi masih lagi dalam proses kelahiran dan masih muda, agak sukar untuk menilai dan menentukan karekter mereka.

Bagaimana Perbezaan Generasi Memberi Kesan Kepada Perniagaan Anda?

Saya percaya anda tentu bertanya mengapa perlu kita mengkaji tentang perbezaan generasi, dan apa pula kaitan dengan pelan pemasaran produk atau perkhidmatan? Saya pasti jika anda seorang ahli pemasaran, anda nampak dengan jelas, bagaimana setiap generasi memberi impak berbeza kepada perniagaan anda. Biarlah saya sertakan satu kajian yang telah dijalankan di US seperti berikut;

•Leadpile.com menjangka jualan atas talian akan mencecah sehingga $144 Billion pada tahun 2010 (Laman web Leadpile.com dimiliki oleh Jupiter Research)

•Pada tahun 2012 – 91% dari semua hasil jualan adalah kerana“ world of mouth”

Apakah signifikasinya perangkaan di atas? Pertama hasil jualan sangat besar di atas talian, dan nilai ini meningkat setiap tahun. Kedua, sebahagian besar jualan disumbangkan oleh Gen X & Y yang membuat keputusan berdasarkan interaksi dengan rakan di media baru – web teknologi

Possibly Related Posts:


Posted in BlogComments (0)

Rahsia USAHAWAN 2.0 – Bagaimana Menggunakan Media Baru; Blog, Facebook, Youtube…Mencapai Objektif Perniagaan Anda (Siri.2)

PELANGGAN GENERASI BARU (Siri 2)

Dalam siri 1, kita telah bincang berhubung Revolusi Usahawan Baru. Dalam siri ini kita lihat pula siapa Pelanggan Generasi Baru?

Perkara pertama yang anda perlu fikirkan sebagai usahawan ialah bagaimana anda mahu memasarkan produk atau perkhidmatan. Perlu diingatkan, peluang anda untuk berjaya sangat kurang jika anda tidak mulakan kajian pemasaran sebelum menjalankan perniagaan.

Tidak boleh dinafikan bahawa pamasaran merupakan perkara yang paling asas dalam perniagaan. Tidak salah jika saya katakan ia umpama oksigen kepada hidup anda. Senang bukan? Anda tentu tahu apa akan berlaku, walaupun beberapa saat anda tidak mendapat bekalan oksigen.

Menurut pakar pemasaran, kajian yang tepat mesti bermula dengan mengenal pasti sasaran pasaran. Secara amnya mereka bersetuju membahagikan sasaran pasaran mengikut empat (4) katogeri;
1. Geographic – Lokasi
2. Demographics – Jantina, Umur, Pendapatan
3. Psychographics – Psaikolosi pembeli
4. Technographic – Cara pembeli menggunakan teknologi

Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary Usahawan Melayu paling kaya di Malaysia. Memiliki kekayaan USD 2.0 billion menjadikan beliau orang ke 7 terkaya di Malaysia

Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary Usahawan Melayu paling kaya di Malaysia. Memiliki kekayaan USD 2.0 billion menjadikan beliau orang ke 7 terkaya di Malaysia

Semua maklumat pemasaran seperti di atas adalah sangat penting. Ia membantu anda menyusun strategi dan membuat keputusan dalam perniagaan. Peraturan ini juga diguna pakai dalam berurus niaga dengan pelanggan generasi baru.

Saya tidak berhasrat untuk mengulas panjang lebar berhubung katogeri di atas. Jika anda mahu makulmat tambahan atau teori mendalam dalam subjek tersebut, saya sarankan anda mendapatkannya dari buku teks. Terdapat banyak judul buku pemasaran yang menghuraikan subjek berkenaan di pasaran.

Walau bagaimana pun, saya ingin memberi penekanan kepada beberapa perkara asas berhubung pelanggan genarasi baru. Mari kita mulakan dengan mencari jawapan, siapakah pelanggan genarasi baru?

Pelanggan generasi baru ini saling berkait antara demographics dan technographic. Kenapa dua ketogeri ini berkait rapat? Kita lebih mudah memahami tentang ini apabila melihat kaitan antara umur dan siapa pengguna teknologi.

Untuk memudahkan lagi, cuba lihat orang di sekitar anda. Siapa yang lebih ramai menggunakan Facebook? Siapa lebih paling ramai memiliki blog? Siapa yang lebih ramai membuat posting video di Youtube? Siapa yang lebih ramai memiliki iPod dan memuat turun muzik?

Sekarang, anda tentu nampak kaitan yang jelas antara usia dan siapa pengguna teknologi. Anda tentu boleh membuat kesimpulannya, generasi muda lebih ramai dan mudah menerima pakai teknologi terkini. Ini boleh diperjelaskan lagi dengan menganalisa jurang antara generasi.

Kita akan melihat analisa jurang perbezaan generasi pada siri yang akan datang. Seperti biasa, jika anda ada sebarang idea tambahan, sila kemukakan untuk kebaikan semua.

Possibly Related Posts:


Posted in BlogComments (0)

USAHAWAN BARU – Bagaimana Menggunakan Web 2.0 seperti Laman Social Networking (FB), Blog, Video sharing,Podcasting dll (Bhg.1)

entrepreneur

ICT dan internet telah merubah secara besar-besaran cara kita berkomunikasi dan berinteraksi diantara satu sama lain. Ia juga telah mengubah cara usahawan berkomunikasi dengan pelanggan dan bakal pelanggan mereka.

Dalam siri ini, kita akan membincangkan bagaimana usahawan boleh mendapat hasil berganda dari potensi komunikasi berasaskan Teknologi Web 2.0. Kami juga mahu menunjukan bagaimana teknologi ini boleh memberi faedah besar kepada organisasi Politik, NGO, Konsultant, Pendakwah, Pemuzik dan lain-lain.

Teknologi Web 2.0 membolehkan anda bercakap terus kepada pelanggan dan pembeli. Merekalah yang akan menyokong terus perniagaan anda. Dengan teknologi ini, anda boleh menyampaikan mesej perniagaan terus kepada kumpulan sasaran pasaran anda tanpa perlu peruntukan besar melalui keadah pengiklanan konvensional.

Adalah lebih baik menyampaikan mesej perniagaan anda terus kepada bakal pelanggan daripada melakukan kempen pengiklanan besar-besaran kepada umum. Kaedah tradisi pengiklanan ini berkemungkinan besar tidak diberikan perhatian oleh bakal pembeli produk atau perkhidmatan syarikat anda. Dengan kata lain, lebih baik fokuskan usaha menyampaikan mesej anda tepat kepada mereka yang anda mahu dan pada masa yang betul.

Apabila orang melawat laman web anda, mereka bukan lagi mahu mendengar slogan ataupun melihat logo syarikat anda – mereka mahukan maklumat, interaksi dan pilihan. Adakah anda sudah memenuhinya?

Siri ini akan mencungkil rahsia atau kaedah keusahawan terkini. Kita mahu membincangkan bagaimana berkuasanya internet, mengenal pasti pelanggan, mencipta mesej berkesan di atas talian, menghantar mesej kepada orang yang betul dan akhirnya memandu arah pelanggan ke proses membeli.

Siri ini ditujukan kepada usahawan pintar yang mahu berkomunikasi secara langsung dengan pembeli barangan dan perkhidmatan mereka. Yang mahu menyerlahkan kehadiran mereka di atas talian dan akhirnya meningkatkan jualan.

Kami percaya, Usahawan Baru yang menguasi Teknologi Web 2.0 mampu mengembangkan perniagaan dan berada di hadapan pesaing mereka. Jadi, jika anda mahu menjadi Usahawan Baru, berjaya dan bergaya, mulakan usaha anda mengusai teknologi web 2.0 sekarang.
phrenology-of-the-entrepreneur
Kami sentiasa mengalu-alukan maklum balas kepada kandungan artikel ini. Kami percaya, proses pembelajaran dua hala adalah kaedah terbaik pada masa ini. Marilah kita berkongsi pengalaman dan pengetahuan untuk melahirkan Usahawan Baru.

Jumpa lagi di artikel akan datang, salam.

Possibly Related Posts:


Posted in BlogComments (0)

Facebook Marketing!!!

Hanya beberapa bulan yang lalu, orang bercakap bagaimana blog bergitu berkesan dalam membina rangkaian perniagaan dan menjana pendapatan.
Braian Clark
Brian Clark

Meraka tidak menggunakan blog sebagai mencari pendapatan tambahan tetapi mereka berkeja sepenuh masa dan memperolehi pendapatan lumaya.

Hari ini, senario sudah berubah. Ianya bergitu pantas. Ramai yang sudah mengatakan era kegemilangan blog sudah mula hilang sinar. Pudar dek kerana kehadiran laman social networking seperti Facebook dan ratusan lain yang sama dengannya. Ini ditambah lagi dengan kehadiran twitter yang menjadikan komunikasi semakin mudah dan berkesan.

Ramai percaya, komunikasi adalah alat yang sangat berkuasa untuk mencipta kejayaan. Dalam dunia apa sekalipun; Politik, Perniagaan, Keusahawanan, Agama dan lain-lain, kunci kepada segala kejayaan ialah komunikasi yang berkesan.

Darren Rowse

Darren Rowse

Jika dahulu hanya satu pihak sahaja yang boleh bercakap kepada kita tetapi hari kita juga mahu bercakap kepada mereka. Sekarang orang mahukan perhubungan dua hala – berdailog.

Menurut laporan, dianggarkan pada hari ini terdapat 250,000,000 pengguna Facebook. Satu potensi market yang sangat besar. Tools yang dibangunkan bersama Facebook sangat menyokong pelbagai bentuk komunikasi. Inilah yang mendorong pelbagai pihak untuk membuat marketing di Facebook, mencipta satu revolusi baru dalam marketing – Facebook Marketing.

Possibly Related Posts:


Posted in BlogComments (3)

Kursus Adobe Illustrator CS4 – SUK Terengganu

Objektif Kursus

Matlamat serta objektif kursus adalah untuk mendedahkan para peserta kepada keupayaan perisian Adobe Illustrator CS4. Setelah tamat kursus, para peserta akan dapat menggunakan keupayaan perisian tersebut dalam membina serta mereka bentuk hasil kerja grafik.  Selain daripada itu, ciri-ciri mutakhir yang disediakan pada perisian Adobe Illustrator CS4 juga akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

uthm-130a

Tajuk 1: Mengenal Ruang Kerja

Mukadimah Pengenalan

Memahami Ruang Kerja Dan Antaramuka

Mengendalikan Paparan Artboards

Membuat Pencarian Sumber

uthm-147a

Tajuk 2: Kaedah membuat Pilihan Dan Penjajaran

Kaedah Memilih Objek

Mengendalikan Keupayaan Penjajaran

uthm-129a

Tajuk 3: Mencipta Bentuk Dan Objek

Mengendalikan pelbagai Artboard.

Mencipta Bentuk dan Objek Asas

Mengabungngkan Objek

uthm-128a

Tajuk 4: Transfomasian Objek

Kaedah mentransfomasikan Objek

Mengendalikan Penetapan Kedudukan Objek Dengan Tepat

Mengubahkan Perpektif Objek

uthm-135authm-138a

Tajuk 5: Melakar Dengan Perkakas Pensil Dan Pen

Kaedah Membuat Garis Lurus Dan Melengkung

Mengenali Pelbagai Ciri Penyuntingan Dengan Perkakas Pensil Dan Pen

uthm-142a

Tajuk 6: Warna Serta Keupayaan Mewarna

Memahami Konsep Warna

Mencipta Dan Mereka Warna

Mewarna Serta Keupayaan Mengendalikan Gradien Dan Corak

uthm-144a

Tajuk 7:  Mengendalikan Teks

Mengendalikam Fail Teks

Memahami Aliran Teks

Memformatkan teks

Mengendalikan Serta Menguruskan STYLES

uthm-139authm-141a

Tajuk  8: Mengendalikan LAYERS

Membuat LAYERS Serta pengendalian Keupayaan LAYERS.

Tajuk  9: Mengendalikan  BLENDING dan BRUSH

Mengendalikan BLENDING dan GRADIEN

Menggunakan BRUSH Dan Perkakasan BLOB BRUSH.

Mengubahkan Serta Mempergunakan Pelbagai Atribut BRUSHES

Tajuk 10: Mengenali Dan Menggunakan Keupayaan EFECTS,

Menggunakan Ciri FILTER Dan EFFECTS.

Tajuk 11: Mengendalikan Keupayaan SYMBOLS.

Mengendalikan SYMBOLS.

Possibly Related Posts:


Posted in Blog, KursusComments (3)

Blogger Komp & IT; Berapa Banyak Anda Sudah Jana Pendapatan dari Blog?

2889973860_41d2800727_m031
“Dah berapa banyak engko buat duit melalui blog?” Itulah soalan yang buat saya terkedu untuk menjawab.  Anda bagaimana?

Begini, pada petang Jumaat lepas saya dan beberapa rakan berbual sambil menikmati teh tarik di sebuah kedai mamak di Prinsint 8, Putrajaya. Menjadi kebiasaan, saya berkumpul  dengan rakan sepejuangan bercerita pelbagai isu dari perniagaan, politik hinggalah beborak kosong bila ada kelapangan. Dalam banyak perkara,  dari perbualan kasual & kosong menjadi idea yang bernas & produktif.  Sebab itulah saya terus kekalkan tradisi ini.

Saya telah cerita kepada salah seorang kawan saya tentang bagaimana menjalankan aktiviti di internet dan menjana pendapatan. Saya ceritakan bagaimana web dan blog boleh membantu perniagaan.  Walaupun saya cuba terangkan sebaik mungkin, tetapi saya dapat agak beliau tidak yakin dengan idea itu. Sebagai seorang kontraktor kelas C, beliau tidak mempunyai web  apatah lagi blog? Emel pun masih jarang-jarang guna.

Keterujaan saya bercerita terhenti bila rakan saya mengemukan soalan, “Dah berapa banyak engko buat duit melalui blog?” Dalam nada  Sinis!.  Saya tahu, beliau merujuk kepada Blog Mindasys. Saya tidak menjawab secara spontan kerana tidak mempunyai sebarang angka dan tidak pernah menghitung sebelum ini.  Saya pasti blog Mindasys telah menjana pendapatan walaupun bukan secara langsung tetapi cara tidak langsung.

15719056_ac8e3358d1_m05

Lantas perkara pertama apabila saya tiba di pejabat ialah memeriksa akaun pesanan pelanggan berpunca dari aktiviti online.  Setelah semak, saya mendapati dalam bulan Mei 2009, Mindasys mendapat pesanan untuk latihan subjek IT lebih dari RM30,000.00.  Satu pencapaian besar hasil aktiviti blog dan online dalam tempoh kurang dari 6 bulan. Saya katakan ini hasil aktiviti online kerana, kami di Mindasys tidak pernah berjumpa bakal pelanggan secara fizikal. Proses jualan melaui web, blog, email dan telefon sahaja.

Jadi berbalik kepada soalan sahabat tadi, jawapan saya ialah, kami telah menjana jualan lebih dari RM50,000.00 melalui aktiviti online semenjak pertengahan bulan Feb 2009.

Saya juga ingin terus belajar dari rakan blogger Komputer & IT.  Oleh itu, saya tinggalkan dua soalan untuk anda. Pertama, bagaimanakah anda menjana pendapatan di online? Berapa banyak anda sudah jana pendapatan dari blog?

Possibly Related Posts:


Posted in BlogComments (15)

Mengapa Kerjasama Antara Blogger Perlu?

n1361624811_107994_397108

Perkembangan teknologi terkini membuatkan kita semakin perlu berkongsi. Tidak pernah berlaku dalam sejarah hampir semua orang mahu berkongsi sesuatu dengan orang lain. Terutamanya MAKLUMAT.

Kita tahu, orang yang mempunyai maklumat,  berkuasa.  Kuasa ini ujud apabila maklumat yang mereka sebarkan diterima dan dihargai oleh penerima. Semakin ramai penerima maklumat maka semakin besarlah pengaruh dan kuasa pemberi maklumat. Dalam kes ini blogger.

Di Malaysia, siapakah pada fikiran anda telah menjadi blogger yang berkuasa? Tentu sahaja ramai yang anda boleh namakan. Saya ingin mengambil contoh Sdr Irfan Khairi. Seorang anak muda yang telah menjadi Jutawan pada usia 25 tahun. Apakah yang beliau lakukan?

Beliau melakukan dengan cara menyampaikan ilmu pengetahuan mengenai internet. Dengan kata lain menyampaikan maklumat.  Maklumat beliau sangat berharga. Tidak hairan jika pencari maklumat  rela membayar RM890.00 untuk satu hari Workshop Perniagaan Internet anjuran beliau- Wow! lumayan.

Sdr Irfan berjaya menjadi jutawan bukan dalam sekelip mata. Beliau mula berusaha di Internet semenjak usia 20 tahun. Pada usia 25 barulah beliau merasa hasilnya. Usaha!  inilah yang dikatakan USAHAWAN.

Apa kaitannya dengan tajuk Bekerjasama antara Bloggers? Jawapannya mudah.  Kebolehan anda bekerjasama  sesama blogger adalah usaha penting  menentukan anda berjaya atau sebaliknya di online. Bermula dengan bekerjasama, memberikan sokongan akhirnya membentuk  rangkaian.

Semakin banyak  kerja sama, semakin anda percaya dan menghargai  rangkaian anda. Semakin besar rangkaian anda, semakin besarlah peluang anda menyebarkan apa juga maklumat yang anda.  Lantas peluang anda untuk berkuasa  lebih terjamin.

2614830983_99deb2a509_m071

Saya telah melakukan eksperimen kerjasama dengan bloggers baru-baru ini.  Begini, saya menghadapi masalah  mendapatkan trainer bulan Mei dan Jun. Ini telah saya  terangkan dalam artikel terdahulu.

Biasanya apabila saya inginkan sesuatu dari komuniti Internet, saya akan masuk ke dalam beberapa forum popular spt webmastermalaysia, lowyat dsb.  Tetapi kali saya mengambil pendekatan berbeza. Saya cuba minta bantuan bloggers. Saya menghubungi mereka melalui e-mel.

Saya memilih 7 blogger dari katogeri blog Komputer dan IT Bahasa Melayu. Kebanyakan mereka ini baru saya kenal. Dalam tempoh 24 jam saya mendapat 5/7 respons. Kebanyakannya memberikan sokongan dan cadangan membina. Saya lihat kecenderungan berkerjasama di online lebih tinggi berbanding  offline. Lebih mudah membina rangakaian perniagaan atas talian.Contoh terbaik; saya mendapat sokongan sangat baik dari Waida.  Beliau iklas dan cuba membantu.  Beliau telah mengenalkan rakannya – freelance trainer.

Dalam dunia offline agak sukar mencari orang yang tidak kita kenal tetapi ingin membantu. Di online lebih mudah. Waida yang baru saya kenali sangup membantu.  Usaha beliau ini memyebabkan saya berfikir, ya, inilah satu rangkaian baru. Kebanyak orang memilih sahabat dalam rangkain untuk berurusan.  Bagi saya, Waida sudah masuk dalam rangakian perniagaan saya. Saya akan menyokong Waida apabila tiba masanya seperti mendpatkan produk & perkhimatan.  Saya menjadi usahawan (offline) semanjak tahun 1995.  Saya sangat faham peranan rangkaian dalam membantu mencapai objektik. Menjana pendapatan dalam perniagaan.

Kesimpulan;  membantu orang lain tidak pernah merugikan kita bahkan menguntungkan diri  sendiri. Oleh itu kepada semua rakan blogger marilah kita terus bekerjasama dan saling membantu antara satu sama lain. Jumpa lagi

Possibly Related Posts:


Posted in BlogComments (10)

Salam bloggers! Sesiapa yang Mahu Menjadi Freelance – IT Trainer?

Kepada semua rakan bloggers,

Selamat bersantai di Hari Buruh.

uitm06

Saya mengambil kesempatan menulis di suasana santai ini kerana ingin berkongi pengalaman sukarnya mendapat khidmat pakar ICT sebagai tenaga pengajar.  Sekiranya anda seorang trainer atau pernah menjadi trainer ataupun berminat menjadi traininer, kami alu-alukan pandangan dan penglibatan anda.

Bergini, daripada pemerhatian saya, di Malaysia kita mempunyai cukup ramai pakar dalam pelbagai bidang ICT.  Saya melihat bukti yang cukup mudah; bergitu ramai blogger yang menulis pelbagai ilmu ICT dalam ribuan blog termasuk blog berbahasa Melayu.

Sebagai contoh, berikut adalah 19 blog Komputer dan IT dalam Bahasa Melayu yang telah disenaraikan oleh blog JomPhp

Yang menghairankan, pada masa ini masih banyak pihak  menghadapi masalah mendapatkan tenaga pakar  menjadi trainer dalam subjek ICT.

Kami perlukan bantuan anda! Untuk makluman, dalam bulan Mei dan Jun banyak pembekal latihan (training center) menghadapi masalah mendapatkan jurulatih berkelayakan & berpengalaman. Jurulatih Freelance terutamanya . Kami di Mindasys juga tidak terkecuali.

Mengapa dalam bulan Mei dan Jun ini sukar mendapatkan jurulatih? Kerana kebanyakan trainer terlibat dalam projek besar Kementerian Pelajaran dipanggil 3P – Program Pentauliahan Profesional

uitm02

Kementerian Pelajaran telah melantik syarikat pembekal, Prestariang melaksanakan program ini. Program telah bermula pada  2006 dengan 1000 pelajar tahun akhir dari IPTA.  Antara kursus yang dianjurkan ialah MCSE, MCAD, CCNA, Micromedia dan lain-lain.

Bermula tahun 2007 pula, seramai 5000 pelajar tahun akhir dilatih untuk dalam program pentauliahan ini. Melihatkan angka tersebut tentu anda boleh bayangkan berapa orang trainer yang akan terlibat. Itulah sebabnya mengapa pasaran freelance meningkat pada setiap musim program ini dilaksanakan.

Kepada semua rakan blogger yang mempunyai pelbagai kepakaran dan latar belakang, bagaimanakah anda melihat senario ini? Akhir sekali, mungkinkah masa ini sesuai untuk anda pamirkan kehebatan atau mula buat duit dengan berkongsi ilmu -  sebagai ICT freelance trainer?

Salam, enjoy your holidays!

Possibly Related Posts:


Posted in BlogComments (14)

Mengapa Saya Membeli Buku Sabri SaifulSham & Syazwan SaifuSham

ss05

Dalam artikel yang lepas saya ada membincangkan Mengapa anda Perlu Memilik Blog dan  Menulis dan Menjana Pendapatan di atas Talian.

Di sini saya ingin menceritakan bagaimana Sabri dan Syazwan SaifulSham mencipta pendapatan mereka dari saya melalui Blog dan tulisan mereka.

Begini, petang tadi saya telah ke Komplek Warta di Bandar Baru Bangi. Tujuannya ialah untuk membeli buah kurma. Siapa yang pernah kesini tentu tahu, ini adalah satu-satunya pasaraya di mana anda boleh membeli kurma sepanjang tahun.

Sebaik sahaja saya tiba di komplek tersebut, isteri telah menelefon mengatakan yang beliau akan tiba dari pejabatnya  dalam tempoh 30 minit lagi.  Oh! berlegar-legar dalam shopping complex bukanlah minat saya dan tentu akan membosankan.

Seperti biasa, ubat yang paling baik untuk saya menghilangkan bosan ialah dengan membaca. Saya tahu, dengan membaca masa 30 minit menunggu  tidak langsung menjadi masalah.  Jadi saya mula mengorak langkah mencari bahan untuk dibaca. Saya tahu, di ground floor,  bahagian ruang bawah eskalator terdapat  satu kedai buku kecil.

Sepanjang hampir 10 tahun saya menjadi pelawat ke komplek ini, saya tidak pernah membeli sebuah buku pun dari kedai tersebut. Mengapa? Dari dulu sehingga kini kedai ini hanya menjual buku Bahasa Melayu sahaja.  Maaf, saya bukanya tidak menyukai buku bahasa Melayu tetapi saya cuma lebih berminat membaca buku Bahasa Inggeris. Pada saya buku Bahasa Inggris lebih banyak judul  pilihan dan juga kandungan lebih baik.

Semenjak kebelakangan ini saya perhatikan semakin banyak buku Bahasa Melayu dalam pasaran. Judulnya juga bertambah. Saya sayangkan Bahasa Melayu dan bahasa pertuturan di rumah juga masih Bahasa Melayu.  Oleh itu saya tidak pernah melepaskan peluang untuk mencari buku Bahasa Melayu yang boleh menepati keperluan semasa saya.

“Mungkin ada yang menarik”  kata saya kepada diri sendiri lantas berjalan menuju ke kedai tersebut. Di tengah-tengah susunan buku di atas meja bersaiz  8′ x 8′ saya terlihat sebuah buku bertajuk “Sistem Kedai Online dengan ZenCart”. Judul buku berkaitan dengan perniagaan atas talian adalah menjadi minat utama saya pada masa kini.

Perkara utama yang dengan sekelip mata menarik perhatian saya ialah www.saifulsham.com. Saya tahu proses jualan diantara saya dengan Sabri/Syazwan SaifulSham telah bermula.  Dalam masa beberapa saat, otak separuh sedar saya telah membuat keputusan (80% ) untuk membeli buku tersebut.  Setelah membelek beberapa muka surat, saya telah membayar RM15.50 untuk sebuah buku tersebut.

Inilah yang dikatakan sebagai psikologi jualan. Proses menjual yang dilakukan oleh Sabri dan Syazwan sebenarnya telah bermula jauh lebih awal. Bukannya semasa saya melihat dan membelek buku tersebut.  Ia bermula sebaik sahaja saya menjadi pelawat ke blog beliau. Perasan atau emosi yang kagum dengan hasil kerja  mereka berdua telah mendorong saya membuat keputusan membeli buku mereka.

Sebagai kesimpulan; kes ini membuktikan kepada diri saya sendiri dan anda bagaimana Blog boleh menjadi alat yang berkesan untuk anda mencapai apa juga objektif.  Dalam kes ini, menjual buku.  Lantas, ini menjelaskan lagi mengapa kita perlu memiliki blog dan menulis dengan baik.  Ini adalah syarat utama jika kita ingin menjana pendapatan melalui aktiviti atas talian – Pendapatan secara langsung dan tidak langsung.

Kini saya menjadi pelawat tetap blog mereka. Sebagai menghargai, saya juga telah link URL mereka di blog saya.

Possibly Related Posts:


Posted in BlogComments (0)

Membina Blog yang Lebih Baik Dalam 31 Hari (31 DBBB)

analyze-blog

Sehingga hari ini Darren telah menulis sehingga siri ke 7 daripada 31 siri “31 Day Build Better Blog”  Walau bagaimana pun,  sehingga kini, saya baru sahaja mengulas hanya satu topik.

Untuk kali ini saya bercadang untuk membincangkan dari siri ke 2 hingga ke 5. Saya memilih untuk melakukan begitu kerana cuba mengkaji perkara yang benar-benar saya fikirkan berkesan -  untuk blog ini dan blog anda.  Jika anda mahu melihat keseluruhannya, anda boleh melawat sendiri ke blog Problogger dan bacalah artikel penuhnya.

Dalam siri 2 Darren mencadangkan menulis “List Post” Terdapat 8 sebab mengapa “list post” ini sangat berkesan untuk blogger.

1.      Memudahkan pembaca dengan mudah memilih maklumat yang hendak di baca sahaja.

2.      Pendek dan ringkas serta tidak mempunyai sambungan idea dengan kandungan yang sebelumnya.

3.      Kelihatan lebih kemas. Ini boleh menambah minat pembaca untuk terus membaca.

4.      Boleh menjadikan cukup lengkap

5.      Cara penyampaian yang lebih meyakinkan

6.      Lebih mudah untuk ditulis

7.      Mudah untuk mengembangkan idea

8.      Menyampaikan idea lebih mudah.

Pos dan kandungan yang menarik sahaja tidak mencukupi untuk menarik pembaca ke blog anda. Anda mestilah melakukan promosi kepada setiap pos anda. Bagaimana?  Dalam siri 3 pula Darren mencadangkan bagaimana mempromosi blkog anda dengan berkesan. Terdapat 11 cara;

1.      Mempelawa bloger lain untuk linkkan kepada pos anda

2.      Sosial network seperti Twitter dan Facebook

3.      Social Bookmarking seperti dilakukan dalam Digg atau StumbleUpon

4.      Linkkan didalam blog/web anda sendiri

5.      News Letter – emailkan pos anda setiak kali anda membuat posting

6.      Komen didalam blog orang lain dan berikan komen yang bermakna

7.      Email siganature – Link kepada pos terbaru anda

8.      Tulisan Susualan kepada topic yang anda telah tulis sebelum ini

9.      Advertisekan pos anda contohnya menggunakan Adsense atauStumbleUpon

10.  Jika pos anda berkualiti, pelawa media utama untuk mengambil hasil tulisan anda

11.  Promote dan pasarkan pos anda.

Siri 4 pula Darren mencadangkan anda menganalisis blog popular dalam kumpulan anda.

Ada beberapa cara yang dicadangkan;

1.      Mengenal pasti blog yang popular sama kategori blog anda; Contohnya, Blog Mindasys menulis tentang Tutorial dan Informasi ICT. Kami akan melihat perbandingan dengan blog ICT yang paling popular di Malaysia iaitu www.lowyat.net

2.      Buat analisa tentang blog tersebut. Antara perkara yang perlu dikaji seperti

  • Topik yang di bincangkan dan topic yang tidak bincangkan
  • Kekerapan posting
  • Bahan – asas, pertengahan atau lanjutan
  • Topik yang paling menarik paling ramai perbualan
  • Stail penulisan dan penyampaian
  • Komplen oleh pembaca
  • Kaji pengunjug di blog dengan mendapat maklumat di Alexa atau Compete

Walau bagaimana pun perkara yang anda perlu elakan

1.     Jangan terlalu terpengaruh dengan blog tersebut lantas terlalu banyak menghabiskan masa di blog tersebut. Gunakan masa unruk membangunkan blog anda sendiri

2.     Jangan Meniru – Jadikan blog anda unik

Possibly Related Posts:


Posted in BlogComments (5)

Menulis Satu “Elevator Pitch” (Siri 1/ 31 DBBB)

elevator-woman1

Menulis Satu “Elevator Pitch”  (Siri 1/ 31 DBBB)

Saya ditanya mengapa perlu membincangkan tajuk berkisarkan kepada  ”31 Days to Build A Better Blog”?  Jawapannya, kerana ramai di antara kita yang sentiasa ingin membina blog yang lebih baik dari masa ke masa dan saya bagi pihak Mindasys juga tidak terkecuali.  Saya mengambil peluang dari projek baru Problogger untuk mengkaji dan mencuba bagaimana tips dari Daren Rowse in boleh membantu menjadikan Blog Mindasys lebih baik dan berkongsi pengalaman bersama.

Soalan seterusnya, kenapa Problogger? Selain meminati hasil kerja Darren Rowse, saya juga melihat pencapaiannya – Sehingga artikel ini di tulis Problogger mempunyai 56,975 pembaca (Feedburner)  dan Technorati pula menyenaraikan Problogger di tempat kedua sebagai blog yang paling popular.

Mungkin anda juga berminat untuk membincangkan bersama kami – dipersilakan.

Darren akan membantu  anda dengan 2 cara;

1.      Menagajar Secara Teori

2.      Memberi Latihan

Agak sukar untuk menterjemahkan semula tajuk tersebut dalam Bahasa Melayu dengan tepat.  Tidak mengapa, kerana yang lebih penting ialah mengetahui  mengapa maksud idea tersebut.

Secara ringkas ia boleh dikatakan sebagai “Idea anda katakan secara pendek & tepat mengenai diri anda apabila berpeluang melakukannya. Bukanya panjang lebar tentang anda dan perniagaan anda”

Matlamatnya, memberitahu siapa anda. Seterusnya membuatkan pembaca ingin tahu lebih banyak tentang anda. Bermula dari sinilah anda boleh merancang dan memulakan projek blog dengan mengambil kira pelbagai perkara seperti berikut.

  • Menulis kandung blog
  • Promosi dan Mendapat Pembaca
  • Search Engine Optimisation
  • Membina Jaringan dengan Blogger lain
  • Membina Jenama (Brand)
  • Mereka cipta dan banyak lagi

Dalam 31 siri ini, Darren akan memberi fokus dan tugasan ke arah objektif di atas.

Berikut perkara yang perlu di beri perhatian segara dalam blog anda

  • Tag Line Blog Anda – Mestilah pendek, tepat dan ringkas. Ini adalah teknik yang berkesan untuk berkomunikasi dengan pembaca dengan cepat terutamanya kepada pembaca baru. Pembaca yang tidak mengetahui mengapa mereka perlu membaca blog anda akan  terus meninggalkan anda secepat mungkin.
  • Mengenai Diri Anda – Masih ramai yang belum mengambil berat tentang bahagian ini.  Ini adalah bahagian yang paling banyak di baca oleh pelawat yang pertama kali singgah di blog anda. Tempat yang paling ideal untuk memberitahu siapa anda dan “menjual” idea mengapa mereka perlu melanggan dan terus melawat anda kemudian
  • Perbualan Tentang Kehidupan Sebenar – Berkisar kepada perbualan kehidupan tidak kira interaksi perniagaan atau topik perbualan harian.
  • Busienss Cards – Tambahkan “elevator pitch” kepada kad anda supaya lebih mudah diingati siapa dan apa yang anda buat oleh pembaca kad tersebut
  • Tandatangan Email – Ramai orang memberikan link blog mereka dalam email. Selalunya ianya tidak berkesan dalam banyak keadaan.  Cara lain ialah dengan menambah “elevator pitch” . Ini juga boleh dilakukan di dalam forum.
  • Profil Media Sosial - Dalam Facebook, Myspace dll, galakan orang ramai melawat blog anda dan terangkan mengapa mereka perlu melawat anda melalui “elevator pitch”

Tugasan Hari Ini

Tuliskan satu “Elevetor Pitch” untuk blog anda.

  • Selesaikan Satu Masalah atau Keperluan - Berkomunikasilah dalam “elevator pitch” dengan pendek dan tepat bagaimana anda boleh membantu pembaca anda.
  • Kenal pasti Pembaca Anda – Kepada siapakah blog tujukan.  Siapakah yang anda ingin tarik perhatian.
  • Jelas – Jangan biarkan pembaca meneka apakah maksud anda atau dengan mentafsirkan jargon. Pastikan “elevator pitch” anda jelas.
  • Pendek -  Kebanyakan orang mempunyai keupayaan terhad untuk menerima maklumat. Terus kepada isi utama, buangkan perkataan yang tidak perlu dan buatkan ianya umh!
  • Terdapat  beberapa perkara lagi yang perlu anda perhatikan. Walau bagaimanapun, saya rasakan ia kurang penting untuk diberikan perhatian pada kali ini.

Elevator Pitch Kami

Kami cuba menyampaikan mesej dengan pendek dan tepat  – “Human Capital Improvement Center” Kami gunakan perkataan ini kerana ianya pendek dan mudah difahami.

Mesej kami ialah untuk meningkatkan nilai Modal Insan dengan cara menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran terutamanya berkaitan dengan ICT. Harapan kami, kepada pembaca yang ingin menambah nilai diri sendiri atau organisasi bolehlah bersama kami.

Banyak lagi perkara yang akan kita bincangkan bersama Darren.  Ikutilah dalam siaran selanjutnya.

Possibly Related Posts:


Posted in BlogComments (0)

Mengapa Anda Perlu Memiliki Blog?

David Meerman Scott - My Mentor

David Meerman Scott - My Mentor

Tentu anda tidak mahu ketinggalan dalam dunia blog!  Ia semakin hangat diperkatakan.  Ini tidak menghairankan kerana blog telah mengubah banyak perkara dalam cara hidup harian kita. Contohnya di Malaysia, ramai orang membincangkan bagaimana blog telah mengubah senario politik.  PRU 12 jelas menunjukan kuasa blog masa kini.  Satu masa dahulu, perkara yang  dilihat mustahil kini telah berlaku.

Pengaruh blog ini bukan sahaja berlaku didalam dunia politik. Ia semakin ketara di dalam dunia perniagaan dan semua bidang kehidupan.  Hasilnya, banyak perniagaan telah dilaksanakan di alam maya dan melalui blog.  Semakin ramai usahawan Internet/Online dilahirkan. Tidak menghairankan, bagaimana aktiviti keusahawanan di online telah melahirkan ramai jutawan di seluruh dunia. Di Malaysia tidak terkecuali. Oleh kerana itu, jika anda tidak mahu ketinggalan atau terlepas pelbagai peluang, anda perlu memilik blog.

Mengakui pentingnya blog dalam kehidupan kita hari ini, Blog Mindasys  telah membuka katogeri baru (Blog) untuk membicarakan khusus mengenainya.  Sebagai permulaan, saya akan  menyumbangkan kandungannya. Saya sendiri belum pasti sejauh manakah ruang ini akan berkembang, tetapi saya PASTI, blog sangat penting kepada kita semua. Oleh itu, harapan kami, ruangan ini, akan menjadi salah satu platform bagi kita berkongi pengetahuan dan pengalaman.

Memberi Inspirasi BaruTentang Blog

Memberi Inspirasi BaruTentang Blog

Saya mula mengenali blog semenjak tahun 2003.  Walau bagaimana pun penglibatan saya secara serious bermula sebaik sahaja saya mendapat masej jelas daripada David Meerman Scott malaui bukunya bertajuk “The New Rules of Marketing & PR” Buku tersebut benar-benar mengubah cara saya melihat  blog dan memberi semangat untuk saya memulakannya. Boleh di katakan, beliau adalah mentor saya.

Semenjak itu saya mula membaca buku berkaitan blog antaranya “Blog Marketing” oleh Jeremy Wright, “Secret of Internet Millionaires “ oleh Stuart Tan dan lain-lain lagi.   Saya juga mula mempelajari dari pelbagai sumber di alam maya.  Antara blog yang menjadi kegemaran saya ialah Problogger dan Coppyblogger.

Saya percaya, ramai  ingin mengetahui bagaiman blog boleh membantu kita mencapai satu matlamat.  Kita semuan bernasib baik kerana dalam dunia era blog ini,  terlalu banyak ilmu yang kita boleh dapati dengan mudah. Kebanyakannya PERCUMA. Yang perlu, hanyalah rajin dan tekun.

Sebagai permulaan, saya ingin membuka ruang  membicarakan apa yang diperkatakan oleh Darren Rowse dari Problogger dalam projek terbarunya bertajuk “31 Days to Build A Better Blog” Insyallah, kita akan menyampaikan semula, membincangkan dan mengulas apa yang beliau katakan nanti di ruangan yang akan datang.

Darren Rowse - My favorite blogger

Darren Rowse - My favorite blogger

Akhir sekali, kami berdoa agar projek mini ini berjalan lancar dan berjaya. Kepada semua warga blogger, kami sangat mengalu-alukan peglibatan anda bersama kami.  Wassalam.

Possibly Related Posts:


Posted in BlogComments (1)


Sertai mailing list kami


* Emel
* Nama
I'm Interested In
* = Required Field
advert

Our Flickr Photos - See all photos

Katogeri

Pelawat Terkini

Kalender

February 2012
M T W T F S S
« Oct    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
272829  
PHVsPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19hZHNfcm90YXRlPC9zdHJvbmc+IC0gdHJ1ZTwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX2FkX2ltYWdlXzE8L3N0cm9uZz4gLSBodHRwOi8vYmxvZy5taW5kYXN5cy5jb20ubXkvd3AtY29udGVudC91cGxvYWRzLzIwMDkvMjAwOS8wNi9kZWV6YmFubmVyLmpwZzwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX2FkX2ltYWdlXzI8L3N0cm9uZz4gLSBodHRwOi8vYmxvZy5taW5kYXN5cy5jb20ubXkvd3AtY29udGVudC91cGxvYWRzLzIwMDkvMjAwOS8wNy90ZWFtYnVpbGRpbmd2MjEuanBnPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fYWRfaW1hZ2VfMzwvc3Ryb25nPiAtIGh0dHA6Ly9ibG9nLm1pbmRhc3lzLmNvbS5teS93cC1jb250ZW50L3VwbG9hZHMvMjAwOS8yMDA5LzA4L2tlbGFiX2ljdF9teS0xLnBuZzwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX2FkX2ltYWdlXzQ8L3N0cm9uZz4gLSBodHRwOi8vYmxvZy5taW5kYXN5cy5jb20ubXkvd3AtY29udGVudC91cGxvYWRzLzIwMDkvMjAwOS8wOC90bW5uZWdhcmFfZmFjZWJvb2suanBnPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fYWRfbXB1X2Fkc2Vuc2U8L3N0cm9uZz4gLSA8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19hZF9tcHVfZGlzYWJsZTwvc3Ryb25nPiAtIGZhbHNlPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fYWRfbXB1X2ltYWdlPC9zdHJvbmc+IC0gaHR0cDovL2Jsb2cubWluZGFzeXMuY29tLm15L3dwLWNvbnRlbnQvdXBsb2Fkcy8yMDA5LzIwMDkvMDcvYmFubmVyYm13LTEyLmpwZzwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX2FkX21wdV91cmw8L3N0cm9uZz4gLSBodHRwOi8vd3d3LmJtdy5jb20ubXkvY29tL2VuL2luZGV4Lmh0bWw8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19hZF9wYWdlPC9zdHJvbmc+IC0gU2VsZWN0IGEgcGFnZTo8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19hZF90b3BfYWRzZW5zZTwvc3Ryb25nPiAtIDwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX2FkX3RvcF9kaXNhYmxlPC9zdHJvbmc+IC0gZmFsc2U8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19hZF90b3BfaW1hZ2U8L3N0cm9uZz4gLSBodHRwOi8vYmxvZy5taW5kYXN5cy5jb20ubXkvd3AtY29udGVudC91cGxvYWRzLzIwMDkvMjAwOS8wMy9taW5kYXN5c2Fkcy5qcGc8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19hZF90b3BfdXJsPC9zdHJvbmc+IC0gaHR0cDovL3d3dy5taW5kYXN5cy5jb20ubXk8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19hZF91cmxfMTwvc3Ryb25nPiAtIGh0dHA6Ly9kZWV6aGFybWFuLmNvbTwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX2FkX3VybF8yPC9zdHJvbmc+IC0gaHR0cDovL3d3dy5qdXN0ZXhwbG9yZS5jb20ubXkvdGVhbWJ1aWxkaW5nLmh0bWw8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19hZF91cmxfMzwvc3Ryb25nPiAtIGh0dHA6Ly93d3cuZmFjZWJvb2suY29tL2hvbWUucGhwPyMvZ3JvdXAucGhwP2dpZD0xMTIwOTI2MTI4NzQmcmVmPXRzPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fYWRfdXJsXzQ8L3N0cm9uZz4gLSBodHRwOi8vd3d3LmZhY2Vib29rLmNvbS9ob21lLnBocD8jL2dyb3VwLnBocD9naWQ9MTA4NjYyNDY2MzgzJnJlZj10czwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX2FsdF9zdHlsZXNoZWV0PC9zdHJvbmc+IC0gZGVmYXVsdC5jc3M8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19hcmNoaXZlczwvc3Ryb25nPiAtIFNlbGVjdCBhIHBhZ2U6PC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fYXNpZGVzX2NhdGVnb3J5PC9zdHJvbmc+IC0gU2VsZWN0IGEgY2F0ZWdvcnk6PC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fYXNpZGVzX2VudHJpZXM8L3N0cm9uZz4gLSBTZWxlY3QgYSBudW1iZXI6PC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fYXV0aG9yPC9zdHJvbmc+IC0gZmFsc2U8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19hdXRvX2ltZzwvc3Ryb25nPiAtIGZhbHNlPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fYmFubmVyX2ltYWdlPC9zdHJvbmc+IC0gaHR0cDovL2Jsb2cubWluZGFzeXMuY29tLm15L3dwLWNvbnRlbnQvdXBsb2Fkcy8yMDA5LzIwMDkvMDMvbWluZGFzeXNhZHMuanBnPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fYmFubmVyX3VybDwvc3Ryb25nPiAtIGh0dHA6Ly93d3cubWluZGFzeXMuY29tLm15PC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fYmdyPC9zdHJvbmc+IC0gbGlnaHRibHVlLmNzczwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX2Jsb2NrX2ltYWdlPC9zdHJvbmc+IC0gaHR0cDovL2Jsb2cubWluZGFzeXMuY29tLm15L3dwLWNvbnRlbnQvdXBsb2Fkcy8yMDA5LzIwMDkvMDcvYmFubmVyYm13LTEyLmpwZzwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX2Jsb2NrX3VybDwvc3Ryb25nPiAtIGh0dHA6Ly93d3cuYm13LmNvbS5teTwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX2N1c3RvbV9jc3M8L3N0cm9uZz4gLSA8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19jdXN0b21fZmF2aWNvbjwvc3Ryb25nPiAtIGh0dHA6Ly9ibG9nLm1pbmRhc3lzLmNvbS5teS93cC1jb250ZW50L3VwbG9hZHMvMS1mYXZpY29uLmdpZjwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX2ZlYXR1cmVkX2NhdGVnb3J5PC9zdHJvbmc+IC0gU2VsZWN0IGEgY2F0ZWdvcnk6PC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fZmVhdHVyZWRfZW50cmllczwvc3Ryb25nPiAtIFNlbGVjdCBhIG51bWJlcjo8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19mZWF0X2VudHJpZXM8L3N0cm9uZz4gLSAxMjwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX2ZlZWRidXJuZXJfaWQ8L3N0cm9uZz4gLSAyODIyNjY0PC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fZmVlZGJ1cm5lcl91cmw8L3N0cm9uZz4gLSBodHRwOi8vZmVlZHMuZmVlZGJ1cm5lci5jb20vQmxvZ01pbmRhc3lzPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fZmxpY2tyX2VudHJpZXM8L3N0cm9uZz4gLSA5PC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fZmxpY2tyX2lkPC9zdHJvbmc+IC0gMzM5OTM0MzFATjA3PC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fZmxpY2tyX3VybDwvc3Ryb25nPiAtIGh0dHA6Ly93d3cuZmxpY2tyLmNvbS9waG90b3MvbWluZGFzeXMvPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fZ29vZ2xlX2FuYWx5dGljczwvc3Ryb25nPiAtIDxzY3JpcHQgdHlwZT0idGV4dC9qYXZhc2NyaXB0Ij4NCnZhciBnYUpzSG9zdCA9ICgoImh0dHBzOiIgPT0gZG9jdW1lbnQubG9jYXRpb24ucHJvdG9jb2wpID8gImh0dHBzOi8vc3NsLiIgOiAiaHR0cDovL3d3dy4iKTsNCmRvY3VtZW50LndyaXRlKHVuZXNjYXBlKCIlM0NzY3JpcHQgc3JjPSciICsgZ2FKc0hvc3QgKyAiZ29vZ2xlLWFuYWx5dGljcy5jb20vZ2EuanMnIHR5cGU9J3RleHQvamF2YXNjcmlwdCclM0UlM0Mvc2NyaXB0JTNFIikpOw0KPC9zY3JpcHQ+DQo8c2NyaXB0IHR5cGU9InRleHQvamF2YXNjcmlwdCI+DQp0cnkgew0KdmFyIHBhZ2VUcmFja2VyID0gX2dhdC5fZ2V0VHJhY2tlcigiVUEtMTgwNjQzNC01Iik7DQpwYWdlVHJhY2tlci5fdHJhY2tQYWdldmlldygpOw0KfSBjYXRjaChlcnIpIHt9PC9zY3JpcHQ+PC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29faG9tZTwvc3Ryb25nPiAtIGZhbHNlPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29faG9tZV90aHVtYl9oZWlnaHQ8L3N0cm9uZz4gLSA1NzwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX2hvbWVfdGh1bWJfd2lkdGg8L3N0cm9uZz4gLSAxMDA8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19pbWFnZV9zaW5nbGU8L3N0cm9uZz4gLSBmYWxzZTwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX2xheW91dDwvc3Ryb25nPiAtIGRlZmF1bHQucGhwPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fbG9nbzwvc3Ryb25nPiAtIGh0dHA6Ly9ibG9nLm1pbmRhc3lzLmNvbS5teS93cC1jb250ZW50L3VwbG9hZHMvMjAwOS8yMDA5LzAzL2Jsb2doZWFkZXIuanBnPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fbWFudWFsPC9zdHJvbmc+IC0gaHR0cDovL3d3dy53b290aGVtZXMuY29tL3N1cHBvcnQvdGhlbWUtZG9jdW1lbnRhdGlvbi9nYXpldHRlLWVkaXRpb24vPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fb3RoZXJfZW50cmllczwvc3Ryb25nPiAtIDEyPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fb3RoZXJfaGVhZGxpbmVzPC9zdHJvbmc+IC0gNTwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX3Jlc2l6ZTwvc3Ryb25nPiAtIHRydWU8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19zaG9ydG5hbWU8L3N0cm9uZz4gLSB3b288L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19zaG93X2Fkc190b3A8L3N0cm9uZz4gLSB0cnVlPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fc2hvd19jYXJvdXNlbDwvc3Ryb25nPiAtIHRydWU8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19zaG93X3ZpZGVvPC9zdHJvbmc+IC0gdHJ1ZTwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX3NpbmdsZV9oZWlnaHQ8L3N0cm9uZz4gLSAxODA8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19zaW5nbGVfd2lkdGg8L3N0cm9uZz4gLSAyNTA8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb190YWJzPC9zdHJvbmc+IC0gZmFsc2U8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb190aGVtZW5hbWU8L3N0cm9uZz4gLSBHYXpldHRlPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fdXBsb2Fkczwvc3Ryb25nPiAtIGE6Mjp7aTowO3M6NjA6Imh0dHA6Ly9ibG9nLm1pbmRhc3lzLmNvbS5teS93cC1jb250ZW50L3VwbG9hZHMvMS1mYXZpY29uLmdpZiI7aToxO3M6NjA6Imh0dHA6Ly9ibG9nLm1pbmRhc3lzLmNvbS5teS93cC1jb250ZW50L3VwbG9hZHMvMS1mYXZpY29uLmljbyI7fTwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX3ZpZGVvX2NhdGVnb3J5PC9zdHJvbmc+IC0gVmlkZW88L2xpPjwvdWw+