Archive | Berita

5 Komputer Riba Pelbagai Guna Paling Popular

Adakah anda sedang memikirkan membeli sebuah komputer riba baru pelbagai guna bagi menggantikan komputer riba yang sedia ada? Tentu anda menimbangkan pelbagai faktor sebelum membuat keputusan akhir. Untuk membantu anda, kami senaraikan 5 komputer riba yang paling popular mengikut Darren Gladstone dari PC World.

Berikut adalah senarainya;

1. Acer Travelmate 6293-688

acer-travelmate-6293-6899

CPU: 2.26-GHz Core 2 Duo P8400, Display Size (inches): 12.1″ Display, Wide Screen: Yes, Total HD Size (GB): 160GB Hard Drive, Min. Weight (lbs.): 4.6Lbs.,

2. Lenovo Thinkpad SL400

lenovo-thinkpand-sl400

CPU: 2.26-GHz Core 2 Duo P8400, Display Size (inches): 14.1″ Display, Wide Screen: Yes, Total HD Size (GB): 160GB Hard Drive, Min. Weight (lbs.): 6.1Lbs.,

3. Tosihba Satallite U405

toshiba-satellite-u405

CPU: 2-GHz Core 2 Duo T5750, Display Size (inches): 13.3″ Display, Wide Screen: Yes, Total HD Size (GB): 320GB Hard Drive, Min. Weight (lbs.): 4.6Lbs.,

4. Sony Viao VGN-NR485 E/L

sony-vaio-vgn-nr485el

CPU: 2-GHz Core 2 Duo T5750, Display Size (inches): 15.4″ Display, Wide Screen: Yes, Total HD Size (GB): 200GB Hard Drive, Min. Weight (lbs.): 6.2Lbs.

5. Samsung X460-44P

samsung-x460-44p

CPU: 2.26-GHz Core 2 Duo P8400, Display Size (inches): 14.1″ Display, Wide Screen: Yes, Total HD Size (GB): 320GB Hard Drive, Min. Weight (lbs.): 4.2Lbs.,

Possibly Related Posts:


Posted in ProductComments (0)

Google Voice - Gmail Peti Pesanan Suara

googleplex

Google akhirnya berjaya melancarkan Google Voice setelah 2 tahun lewat dari jadual asalnya. Usaha ini bermula semenjak tahun 2007 apabila Google mengambil alih Grandcentarl,  sekarang dikenali sebagai Google Voice.  Ia telah sedia untuk di pratonton oleh pelanggan Grandcentral dan sebilangan kecil mereka yang dipelawa menyertai pratonton ini.

Perkhidmatan ini banyak persamaan dengan Gmail. Ia  boleh dikatakan sebagai Gmail bersuara.  Anda tidak perlu menjadi pelanggan Gmail untuk menggunakannya. Anda boleh mencari semula transkrip pesanan suara anda, archive dan mencari semua SMS yang anda hantar atau terima. Anda juga boleh membuat panggilan menggunakan antara muka Google Voice. Kos panggilan adalah percuma di US dan caj yang kecil untuk panggilan antarabangsa.

Transkrip automatik merupakan ciri yang paling menarik pada Google Voice ini. Google telah melabur bergitu banyak untuk menghasilkan suara-ke-teks dan teks-ke-suara. Jika mahu, anda boleh setkan Google Voice menghantar transkrip melalui email atau SMS.

Google Voice membolehkan anda memilih satu nombor, dan menghantar pesanan suara, SMS dan membuat panggilan dari nombor yang lain. Teknologi ini dilihat sebagai satu ancaman besar kepada perkhidmatan pelanggan VoIP seperti Skype dan Spinvox.

Jika anda ingin dijemput oleh Google Voice, klik di sini.

https://services.google.com/fb/forms/googlevoiceinvite/

Juga lihatlah video ini.

Possibly Related Posts:


Posted in ProductComments (0)

50 Kerjaya ICT yang Paling Popular di Dunia

graduation

50 Kerjaya ICT yang Paling Popular di Dunia (Bahagian 3 - Akhir)

Ini adalah 20 lagi jawatan ICT yang paling popular di dunia sambungan dari bahagian 1 dan 2.  Seperti biasa, ia disusun mengikut abjad dan bukan mengikut popularitinya.

31.      Pengurus Aplikasi

  • Menyelian dan mengetui sektor pembangunan aplikasi

32.      Pengurus Aset ICT

  • Bertanggungjawab terhadap semua aset ICT dalam organisasi
  • Merancang, memantau, dan pengekodan semua lesen perkakasan dan perisian
  • Membangun dan melaksanakan sistem menjejak kesemua aset ICT ornagisas

33.       Pengurus GIS (Pengurus Sistem Maklumat Geografi)

  • Bertanggungjawab dalam kordinasi, melaksana dan mengurus inisiatif GIS orgnisasi.

34.       Pengurus ICT

  • Sama seperti pengarah ICT yang bertanggungjawab terhadap nahagian ICT dan organisasi yang menumpukan kepada sumber ICT, sumber manusia dan sumber kewangan

35.       Pengurus Infrastruktur

  • Merancang, melaksana dan mengurus keseluruhan operasi infrastruktur ICT organisasi
  • Membangun, menyelenggara, menyokong dan mengoptimumkan fungsi infrastruktur seperti rangkaian, keselamatan, pusat data, dan server

36.       Pengurus Jaminan Mutu

  • Bertanggungjawab dalam merancang, merangka dan melaksanakan polisi kawalan mutu dalam organisasi. Ia meliputi jaminan mutu dan kawalan mutu

37.       Pengurus Meja Bantahan

  • Mengetuai unit meja bantuan bagi memberi bantuan tahap pertama dan tahap kedua kepada pengguna ICT

38.       Pengurus Operasi

  • Bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pengoperasian sistem ICT organisasi.

39.       Pengurus Pembangunan Aplikasi

  • Mengetuai pasukan pembangunan aplikasi yang berperanan dalam mer ancang dan menyelia semua aktiviti berkaitan dengan sistem aplikasi

40.       Pengurus Perolehan

  • Menentukan, menguatkuasa dan sentiasa meningkatkan kaedah dan proses yang berkesan bagi sistem perolehan organisasi.
  • Perolehan barangan dan perkhidmatan, pembayaran, kontrak dan prestasi pembekal adalah di bawah tanggungjawab beliau

41.       Pengurus Projek

  • Memastikan projek ICT berjalan lancar, menepati masa yang dijadualkan, tidak melebihi kos yang telah ditetapkan dan dengan kualiti yang telah dipersetujui.
  • Bertanggungjawab merancang, merangka dan melaksanakan agihan sumber projek dengan cekap dan berkesan.

42. Pengurus Rangkaian

  • Bertanggungjawab terhadap kemantapan rangkaian komunikasi organisasi
  • Memastikan keselamatan rangkaian
  • Mengurus kakitangan teknikal dalam rangkaian
  • Mengawal najet dan membuat analisa kos
  • Menguji pelan pemulihan bencana rangkaian

43.       Pentadbir Keselamatan ICT

  • Bertanggungjawab dalam semua aspek keselamatan ICT dalam operasi harian

44.       Pentadbir PACS (Sistem Komputer Arkib Bergambar)

  • Biasanya digunakan di hospital bagi menyimpan gambar x-ray
  • Berhubung dengan pakar radiologi dan pengguna-pengguna PACS

45.       Pentadbir Pengkalan Data

  • Mereka bentuk, mengurus pangkalan data, membuat penilian dan pemilihan sistm pengurusan pangkalan data (DBMS)
  • Back-up, Integriti data, Keselamatan data, kesedia data dan prestasi capaian data

46.       Pentadbir Rangkaian

  • Bertanggungjawab dalam pemasangan, membuat konfigurasi, penyelenggaran dan pemantauan terhadap rangkaian di organisasi

47.       Pentadbir Server

  • Mereka bentuk, memasang, mengurus dan mengoptimumkan server bagi keseluruhan organisasi

48.       Penulis Teknikal

  • Membangun, menyelenggara dan mengemaskini dokumen teknikal seperti dokumtasi sistem, bantuan dalam talian, panduan pengguna, spesifikasi rekebentuk dan kertas-kertas teknikal

49. Webmaster

  • Bertanggungjawab dalam semua aspek laman web ataupun portal organisasi.

Kandungan ini di catat semula dari buku berjudul Kerjaya Dalam Bidang ICT, di tulis oleh Muhamad Ali, dengan izin penerbit PTS profesional.

Possibly Related Posts:


Posted in Press releaseComments (6)

Menulis dan Menjana Pendapatan di Atas Talian.

Di era dunia Internet, menjana pendapatan jauh lebih mudah dari yang pernah kita lihat dalam apa cara tradisi sebelum ini. Pelbagai cara, barang atau perkhidmatan boleh di jual bagi menjana pendapatan. Dan yang lebih menarik lagi, semua orang berpeluang melakukannya.

Bagaimana mereka yang berjaya di dunia atas talian ini melakukannya? YA, mereka melakukan melalui laman web dan blog.  Tetapi tentu anda juga tahu, terdapat puluhan juta web dan blog!  Soalannya, apa yang membezakan di antara mereka yang berjaya dan gagal dalam dunia Internet ini?

# No. 1 Blogger in the World, Darren Rowse of Problogger

# No. 1 Blogger in the World, Darren Rowse of Problogger

Percaya  atau tidak,  kunci kepada segala-galanya ialah bagaimana mereka menyampaikan mesej melalui PENULISAN. Lihatlah beberapa personaliti besar dalam dunia atas talian sekarang ini seperti John Clayton, Dan Lok, Yanik Silver, Darren Rowse, Brian Clark dan ramai lagi yang telah berjaya mencapai impian hidup mereka melalui penulisan. Lihat dan kajilah bagaimana cara mereka menulis.

Brian Clark of Coppyblogger

Brian Clark of Coppyblogger

Melalui penulisan, mereka berjaya mempengaruhi ramai orang bertindak ke arah apa yang mereka mahu.  Melalui penulisan di web atau blog mereka berjaya memenuhi impian hidup mereka. Mereka boleh menjual idea, barangan dan perkhidmatan atau apa sahaja melalui penulisan yang berkesan.

Pengalaman sebenar kami di Mindasys dan sahabat di sekeliling, menujukan semakin hari semakin meningkat  perniagaan yang dijalankan berpunca dari aktiviti atas talian. Mendapat pelanggan baru dan membuat jualan melalui hasil penulisan.

Kami juga menjadi pelanggan kepada perniagaan di atas talian. Di antara perkhidmatan yang kami dapatkan ialah  freelance. Kami berurusan dengan ramai freelance. Soalannya bagaimana kami memilih seorang freelance?

Semestinya kerana kami mengenali dan menilai freelance melalui tulisan di laman web ataupun blog mereka.

FarisNasir Crystalline Logo

FarisNasir Crystalline Logo

Berikut adalah beberapa laman web dan blog terbaru yang kami kunjungi sebelum melantik mereka sebagai Freelance.

  1. IW-Studio
  2. Faris Nasir
  3. Firdaus harun
  4. Deez Harman

Bak kata David Meerrman Scott dalam bukunya The New Rules of Marketing & PR - “You are what you write” Kami mendapat mutu perkhidmatan yang memuaskan sebagaimana kualiti yang ditunjukkan dalam penulisan  web atau blog mereka

Akhir kata, untuk menjana wang dalam dunia Internet anda mestilah mula MENULIS SEKARANG. Tingkat kebolehan menulis dari masa ke semasa. Carilah platform yang sesuai untuk mempamerkan hasil tulisan anda, contohnya dengan mula menghantar artikel anda ke Blog Mindasys.

Lihat dan kaji setiap respons pembaca kepada tulisan anda. Tunjukkan kepada bakal pelanggan,  kualiti anda melalui hasil tulisan.

Ingat, semakin tinggi nilai hasil penulisan anda, semakin  besarlah keupayaan anda menjana pendapatan di atas talian.  Semoga berjaya

Possibly Related Posts:


Posted in Berita, UmumComments (1)

Awas, Selamatkan Data Anda!

black-device

Hati-hati anda dengan satu alat ini. Alat ini dinamakan “black device” mempunyai satu memori atau storage yang boleh menyimpan data-data yang telah ditekan pada keyboard.

Disambungkan ke belakang pc dari komputer ke keyboard yang berjenis PS/2.

Kebiasaan dipasang di tempat umum seperti cyber cafe,hotel, tempat promosi atau pameran,lapangan terbang dan juga di restoran-restoran terbuka serta di pasaraya.

Oleh yang demikian anda perlu berhati-hati terutamanya ketika mengakses akaun bank online seperti maybank2u atau web-web yang penting dan lain-lain kerana ia mampu untuk menyimpan username atau password anda didalam alat ini.

Hendaklah anda sentiasa check dibelakang komputer terlebih dahulu sebelum menggunakan komputer tersebut.

“Jagalah keselamatan diri anda dan harta anda”

Sumbangan :

Muhamad Fairus b Abd Halim

Possibly Related Posts:


Posted in Press releaseComments (2)

50 Kerjaya ICT yang Paling Popular di Dunia (Bahagian 2)

people

Berikut adalah 20 kerjaya sebahagian daripada 50 kerjaya yang paling popular di dunia pada masa kini. Seperti artikel terdahulu, ini disusun mengikut abjad dan bukan popularitinya.

11. Juruteknik Rangkaian

  • Bertanggungjawab menyelenggarakan semua perkakasan rangkaian seperti modem, hub, router, kabel dan pengkabelan

12. Jurutera Perisian

  • Membangun, mereka bentuk, menyelenggarakan dan melaksanakan perisian.
  • Konfigurasi pengekodan, pembangunan dan mendokumenkan perisian melalui kitaran projek.
  • Mengurus pelaksanaan sistem dalam masa yang di perlukan dengan tepat

13. Jurutera Rangkaian

  • Memastikan rangkaian komunikasi sentiasa dalam keadaan baik, terancang, dan sempurna.
  • Merancang reka bentuk, dan pembangunan LAN,WAN bagi keseluruhan organisasi
  • Terlibat dalam pemasangan, pemantauan, penyelenggara, sokongan dan mengoptimumkan seluruh peralatan rangkaian

14. Jurutera Sistem

  • Merancang, membangun dan melaksanakan sistem aplikasi di organisasi
  • Memastikan keberkesanan,m kestabilan, dan integriti operasi sistem terjamin dan boleh menyokong fungsi utama organisasi

15. Ketua Pegawai Maklumat (CIO)

  • Jawatan tertinggi dalam bidang ICT dalam sesebuah organisasi
  • Bertanggungjawab kepada keseluruhan perancangan strategik ICT organisasi
  • Memastikan organisasi sentiasa kompetitif dalam busines berbentuk ICT

16. Ketua Pegawai Teknologi (CTO)

  • Bertanggungjawab secara keseluruhan bagi teknologi ICT organisasi
  • Memastikan visi teknologi adalah selaras dengan visi busines dengan memberi nasihat kepada organisasi supaya mengguna pakai teknologi tertentu

17. Naib Presiden ICT

  • Pengurusan atasan syarikat yang bertanggungjawab dalam soal-soal ICT. Lebih kurang jawatan seorang CIO.

18. Operator CAD

  • Menyediakan lukisan lukisan, rajah, dan domumen CAD yang kompleks menggunakan perkakasan dan perisian CAD

19. Pakar Integrasi Aplikasi

  • Bertanggungjawab dalam soal integrasi di antara sistem aplikasi dalam organisasi ataupun antara organisasi
  • Merancang, mengkoordinasi dan menyelia kerja berkaitan integrasi

20. Pembangun Laman Web

  • Mereka bentuk dan membangunkan laman web organisasi.
  • Melakukan integrasi dengan aplikasi lain
  • Memindah data dari sistem legasi dan melaksanakan operasi harian laman web dan portal

21. Pembangun Pangkalan Data

  • Mereka bentuk dan melaksana pangkalan data bagi keseluruhan organisasi
  • Memastikan kesediaan data bagi semua aplikasi
  • Menentukan piawaian dan model serta seni bina pangkalan data
  • Memberi khidmat nasihat dalam menilai dan memilih komponen teknologi serta perisian, perkakasan, rangkaian yang berkaitan dengan pangkalan data

22. Penganalisis Antara Muka Pengguna

  • Mendapatkan keperluan pengguna
  • Membangun dan melaksana sistem antara muka
  • Menghasilkan sistem prototaip antara muka grafik (GUI), borang-borang dan aplikasi

23. Penganalisis Keperluan Busines

  • Penganalisis keperluan bisnes, menyokong reka bentuk dan pelaksanaan kemajuan pembangunan aplikasi.

24. Penganalisis Proses Bisnes

  • Bertanggungjawab menilai dan merancang aspek operasi terhadap bisines. Ini termasuklah proses, struktur dan budaya organisasi dan sumber-sumber

25. Penganalisis Sistem Bisnes

  • Menjalankan kajian, membangun dan melaksana pelan pembangunan, polisi dan tatacara dan memberi nasihat mengenai isu-isu tertentu

26. Penganalisis Sokongan Aplikasi

  • Memberi sokongan kepada pengguna berkaitan denagn cara penggunaan pelbagai perisian dan aplikasi bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan organasasi.
  • Bertanggungjawab dalam membantu mereka bentuk, menyelia dan melaksana aplikasi dalaman organisasi

27. Pengarah ICT

  • Ketua bahagian ICT dalam sebuah organisasi
  • Bertanggungjawab membawa bahagian ataupun jabatan ICT setaraf dengan lain-lain jabatan atau bahagian. Ini termasuk pengurusan sumber manusia, perkakasan, perisian dan juga bajet kewangan

28. Pengatur Program Komputer

  • Menulis program komputer bagi kegunaan pelbagai aplikasi dalam organisasi

29. Pengatur Program Komputer/ Juruanalisis

  • Menulis program dan membuat kajian keseluruhan.
  • Jawatan kanan pengatur program komputer

30. Penguji Aplikasi Perisian Sistem

  • Membuat ujian terhadap sistem aplikasi yang sedang dibangunkan
  • Menyediakan data ujian, menyemak pelan ujian dan melaksanakan ujian sistem

20 lagi kerjaya popular di dunia, akan di nyatakan dalam siri akhir yang akan datang. Anda juga boleh mendapat maklumat lanjut dari buku berjudul Kerjaya dalam Bidang ICT, tulisan Muhammad Ali, terbitan PTS profesional - www.pts.com.my atau terus beli atas talian di www.bookcafe.com.my

Possibly Related Posts:


Posted in Berita, Press releaseComments (1)

MySpace Tandatangan Perjanjian dengan Palm dan Nokia

2842465154_03803a90941

MySpece telah mendedahkan perjanjian yang baru sahaja di laksanakan semalam, Khamis 19/02/2209 dengan Palm dan Nokia. Dengan perjanjian ini, mereka menyatakan, MySpace kini menjadi rangkaian sosial pertama yang boleh menyokong semua smartphone.

MySpace menjangkakan tidak berapa lama lagi, separuh dari trafiknya akan datang dari telefon bimbit. berbanding hanya 15 peratus sahaja sekarang. Ini di tambah dengan usaha mereka mengubah suai laman WAP supaya boleh memuat naik foto serta memberi wajah baru.

“Secara amnya Myspace telah menjadi alat perhubungan penting untuk generasi masa kini, maka tidak hairan jika pengguna mahu keupayaan mudah alih dipertingkatkan” kata John Faith, Naib Presiden dan Pengurus Besar MySpace Mobile. Tambahnya lagi “Sosial berlaku apabila anda berada bersama rakan taulan anda”

Dalam tempoh 18 bulan yang lepas, Facebook dan MySpace.bertindak agrasif dengan melibatkan diri bersama iPhone, BlackBerry dan pelbagai mobil aplikasi lain. Sehingga kini persaingan tersebut berterusan.

Possibly Related Posts:


Posted in Berita, Press releaseComments (0)

Bila komputer riba ganti buku teks

pelajar-t11


Oleh: Mohd Fuad Razali |

Pada 12 Januari lalu, Bernama Online melaporkan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom sebagai berkata Kementerian Pelajaran akan mengkaji terlebih dahulu keberkesanan pelaksanaan program e-Buku (e-Book) yang dilancarkan di Terengganu, pada hari berkenaan, sebelum diperluas dalam sistem pendidikan negara. Mengikut laporan itu, Terengganu menjadi negeri perintis program e-Buku yang menyediakan komputer riba kepada pelajar bagi menggantikan buku sekolah.

Ada beberapa fakta dalam laporan berita itu yang menarik perhatian saya:

1. Datuk Alimuddin berkata, projek itu satu perkembangan baik untuk kemajuan pendidikan yang bakal melonjakkan lagi pencapaian Terengganu dalam bidang pendidikan. Maknanya, dengan penggunaan e-Buku, pencapaian pendidikan di Terengganu akan melonjak.

2. Bagaimanapun beliau difahamkan ia agak mahal. Jadi, Kementerian Pelajaran akan melihat dahulu bagus atau tidaknya penggunaan e-Buku ini. Jika bagus, kata Datuk Alimuddin, kementerian akan mempertimbangkan penggunaannya untuk masa depan.

3. Datuk Alimuddin juga berkata, keberkesanan projek itu hanya dapat dilihat dalam tempoh dua tiga bulan sebaik ia mula digunakan oleh murid darjah lima di Terengganu Mei ini. Maknanya, dalam tempoh dua tiga bulan saja sudah dapat dilihat lonjakan hasil penggunaan projek itu.

4. Kementerian juga, kata Datuk Alimuddin, turut melihat projek e-Buku sebagai alternatif bagi mengatasi masalah beg sekolah berat yang dihadapi murid-murid.

5. Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said, pula berkata kilang pemasangan komputer riba itu yang bernilai RM8.5 juta di kawasan Perindustrian Gong Badak dekat sini dijangka siap Mac ini. Bagaimanapun laporan itu tidak menyebutkan kilang itu milik dan diusahakan oleh siapa.

6. Beliau juga berkata, seramai 23,000 hingga 25,000 murid tahun lima akan mula menerima komputer mulai Mei secara berperingkat-peringkat sebelum diperluaskan kepada murid darjah enam, empat, tiga, dua dan satu. Pelajar sekolah menengah di negeri itu diberitahu akan menerimanya pada fasa kedua.

7. Datuk Ahmad juga berkata, kerajaan negeri memperuntukkan RM30 juta setahun bagi projek itu. “Setiap komputer yang dibekalkan berharga kira-kira RM1,300 dan kita akan pastikan setiap murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah menerima e-Buku sebelum mengedarkannya ke negeri lain,” katanya. Datuk Ahmad berkata beberapa buah negeri telah menunjukkan minat untuk melaksanakan e-Buku dan membeli komputer dari Terengganu.

Saya percaya ramai ibu bapa tidak menentang penggunaan e-buku, komputer peribadi (PC) ataupun komputer riba di sekolah sama ada untuk tujuan pengurusan mahupun pengajaran dan pembelajaran. Malah kita mengalu-alukan penubuhan makmal komputer di sekolah untuk mengajar anak-anak kita menggunakan alat dan teknologi berkenaan. Ia sesuai dengan kata-kata Saidina Umar supaya kita mengajar anak-anak kita sesuai dengan zaman mereka.

Bagaimanapun, apabila komputer riba hendak diberikan kepada setiap pelajar bagi menggantikan buku sekolah, saya ada sedikit ‘reservation’. Ada beberapa persoalan yang bermain dalam fikiran saya:

1. Benarkah penggunaan komputer riba atau dalam konteks lebih luas, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), boleh membantu melonjakkan pencapaian pelajar? Maknanya, pelajar yang tidak pernah mendapat Gred A sebelum ini, tetapi dengan penggunaan ICT, boleh mendapat Gred A bagi semua subjek atau jika tidak pun, banyaklah subjek yang mendapat Gred A. Adakah begitu?

Seorang bekas pegawai tinggi di Kementerian Pelajaran pernah berkata kepada saya bahawa penggunaan ICT memang terbukti berjaya meningkatkan kecekapan pengurusan seperti dalam pembayaran gaji kerana kerja yang selama ini dibuat oleh lima enam orang, dengan kemudahan ICT, boleh dikendalikan oleh seorang saja. Tetapi, katanya, belum ada kajian menunjukkan penggunaan ICT boleh meningkatkan atau melonjakkan pencapaian akademik pelajar. Maknanya, belum ada testimoni menunjukkan dengan penggunaan komputer atau ICT, pelajar tercorot melonjak pencapaiannya!

2. Komputer riba itu dilaporkan berharga kira-kira RM1,300 sebuah. Dengan peruntukan RM30 juta setahun, bermakna seramai 23,077 pelajar di Terengganu akan menerima komputer riba setiap tahun. Terengganu mungkin tidak menghadapi masalah menyediakan peruntukan itu kerana ada banyak duit, terutama royalti minyak. Tetapi bagaimana negeri lain yang dikatakan berminat untuk mengikut jejak Terengganu itu? Jika Kementerian Pelajaran hendak meniru projek itu, kita perlu ingat ketika ini kita ada kira-kira lima juta pelajar di seluruh negara. Maknanya, kita memerlukan RM8.5 bilion untuk tujuan itu saja. Atau kita mulakan dengan murid tahun satu saja. Jika setiap tahun 420,000 murid masuk tahun satu (ambil statistik tahun ini), kementerian perlukan RM546 juta setahun itu. (Tahun ini kementerian itu dilaporkan membelanjakan RM180 juta untuk Skim Pinjaman Buku Teks).

3. Jika komputer riba yang diberikan kepada pelajar itu rosak, siapa akan menanggung kos penyengaraannya? Kerajaan negeri, Kementerian Pelajaran atau pelajar dan ibu bapa sendiri? Laporan Bernama tidak menyatakan sama ada peruntukan RM30 juta setahun yang disediakan Kerajaan Terengganu itu meliputi kos penyenggaraan. Jika kementerian laksanakan program itu, sanggupkah kementerian memikulnya? Kita ada 5 juta pelajar!

Saya ragu-ragu jika ibu bapa pelajar sendiri yang perlu menanggungnya. Mungkin ramai yang tidak kisah kerana komputer riba pun dah percuma. Cuma kita lihat, dalam keadaan sekarang, walaupun buku teks percuma diberikan kepada semua pelajar, yuran khas RM4.50 seorang (di sekolah) dan RM9.50 seorang (di sekolah) dah dimansuhkan, nak bayar yuran tambahan sebanyak RM20, RM30 atau RM50 setahun bagi satu keluarga kepada PIBG pun ada riuh rendah satu negara. Ada pengetua kata, termasuk yang buat riuh rendah tu, pegawai pendidikan sendiri! Jadi, bagaimanalah agaknya jika ibu bapa macam tu kena keluarkan duit kocek sendiri untuk penyenggaraan komputer riba itu?

4. Benarkah keberkesanan projek itu dapat dilihat dalam tempoh dua tiga bulan? Keberkesanan dari segi apa? Dari segi kemahiran pelajar menggunakan komputer riba itu sewaktu pembelajaran atau dari segi lonjakan pencapaian pelajar dalam pelajaran? Kalau yang pertama mungkin, tetapi yang kedua, saya tak pasti!

Saya dapati kita di Malaysia terkenal dengan projek perintis yang pantas ini. KBSR misalnya, dicuba setahun, kemudian tahun berikutnya, terus dilaksanakan di seluruh negara. Begitu juga apabila subjek Sains diperkenalkan semula di sekolah rendah menggantikan Alam dan Manusia, selepas setahun dibuat projek rintis di beberapa sekolah, tahun berikutnya terus dilaksanakan di seluruh negara. PPSMI (pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris) lagi hebat, tanpa sebarang projek perintis, terus dilaksanakan di seluruh negara.

5. Bolehkah ia menyelesaikan masalah beg berat? Rupa-rupanya isu ini masih belum selesai sejak ia hangat diperkatakan dan dilaporkan dalam media massa pada zaman Tan Sri Sulaiman Daud menjadi menteri pendidikan kali kedua. Isu yang sama juga timbul zaman Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Musa Mohamed memegang portfolio yang sama. Ya, mungkin menggantikan buku teks tetapi untuk atasi masalah beg berat, saya rasa bergantung kepada berapa berat komputer riba yang nak dipikul oleh pelajar nanti, terutama murid tahun satu!

Saya bimbang masalah beg berat tak selesai, timbul masalah lain pula. Maklumlah, alat elektronik - sensitif. Silap pikul, jatuh beg atas jalan, dibuatnya tak boleh berfungsi, dah timbul masalah lain pula. Nak baiki, siapa nak tanggung kosnya? Atau boleh dapat ganti yang baru? Sekarang, jika buku teks rosak atau hilang, ibu bapa kena bayar. Jika komputer komputer riba tu rosak atau hilang, macam mana?

6. Benarkah program e-Buku ini untuk melonjakkan kecemerlangan akademik dan mengatasi masalah beg berat, atau ada agenda lain? Sekarang ini pun ada banyak makmal komputer yang dibina dan dibuka di sekolah yang tak dapat berfungsi dan dimanfaatkan sepenuhnya. Begitu juga dengan komputer peribadi dan LCD projector yang dibekalkan kepada guru, berapa ramai yang menggunakannya sewaktu pengajaran? Bagaimana pula dengan LCD projector yang dipasang dalam kelas, tak memadaikah untuk pengajaran?

Saya rasa soal lonjakan pendidikan, tidak ada kaitan dengan penggunaan buku teks atau tidak. Yang pentingnya bagaimana kita mendorong anak-anak kita tekun belajar. Adakah ibu bapa sendiri jelas tujuan mereka menghantar anak-anak ke sekolah? Dan adakah mereka juga memastikan anak-anak mereka jelas tujuan itu? Adakah sekolah dan guru-guru menjadi faktor yang berjaya menarik pelajar untuk datang ke sekolah setiap hari dan pendorong untuk pelajar tekun belajar?

Possibly Related Posts:


Posted in Berita, Press releaseComments (0)

Apple Mula Mengedar MacBook 17 inci Baru

features17-hero200901061

Apple telah mula mengedarkan MacBook Pro berwajah baru dengan rekaan “unibody” kemasan aluminium. Komputer riba ini mula diperkenalkan di Macworld Expo, San Francisco, Januari 2009.

Ciri baru MacBook Pro 17 inci lebih ringan dan nipis dari versi sebelumnya. Ini menjadikannya komputer riba yang paling ringan dan nipis bersaiz 17-inci di pasaran pada masa kini. Beratnya 6.6 pound atau 2.99 kg dan tebal kurang dari 1 inci. Di US harganya bermula dari US$ 2,799.00. Sehingga hari ini Apple Malaysia belum mengumumkan harga jualannya.

“Penghantaran Apple ini tertangguh dari jadual asalnya pada penghujung Januari”…kami sekarang menjangkakan penghantaran bermula pada pertengahan Februari” kata jurucakap Apple di Macworld.

Komputer riba 17 inci baru ini dipasang dengan Intel Core 2 Dua processor, 2.66GHz, 4GB RAM, Nvidia GeForce 9400M grafik dan GeForce 9600MT grafik dedicated. 320GB cakra liat dan pemacu DVD SuperDrive

Model 17 inci ini juga mempunyai skrin 1920 x 1200 pixel LED dan Mini DisplayPort untuk menghubung dengan skrin seperti Apple’s LED Cinema Display. Ia mengekalkan Fire Wire 800 port dan terdapat tiga USB 2.0 port, ExpressCard3/4 slot dan Gigabit Ethernet port

Tidak seperti model terdahulu, penjelmaan semula MacBook 17 inci ini tidak mempunyai bateri mudah alih - bateri siap pasang. Menurut Apple, bateri baru ini 40 peratus lebih besar dari model generasi sebelumnya. Selepas di caj, bateri boleh tahan sehingga ke 8 jam Tambahan lagi, bateri ini boleh di caj semula sehingga 1000 kali berbanding 200 atau 300 kali bagi bateri komputer riba biasa.

Possibly Related Posts:


Posted in Berita, Press releaseComments (2)

Serangan Baru ke atas Kecacatan Internet Explorer

3199884878_856345ec2e4

Minggu lepas, Microsoft telah memberi amaran browser Internet Explorer mereka terdedah kepada ancaman serangan bugs baru; sekarang ia telah berlaku.

Selasa 17 Februari 2009, vendor keselamatan ternama, Trend Micro berkata mereka telah melihat serangan pertama terhadap dua kecacatan Internet Explorer tersebut pada minggu lepas. Ini sebagaimana yang dinyatakan Microsoft, kecacatan ini terdedah kepada bahaya serangan atas talian.

Penyelidik di Trend Micro telah mendapati serangan ini bersekala kecil, menyasarkan kepada kecacatan dalam pemasangan spy software, kata Paul Ferguson, penyelidik anti-virus. “Ia dilakukan melalui port 443 dan berlaku kepada beberapa laman web di China”.

Sehingga kini, Microsoft belum memberi respons segera terhadap laporan Trend Micro tersebut.

Ferguson sendiri tidak dapat memastikan siapa penulis kod serangan ini. Menurutnya ia kelihatan seperti perisian yang pernah dihantar kepada pro-Tibetan pada tahun lepas. Tujuannya mengumpul maklumat intelek.

Serangan ini tercetus bila pengguna membuka dokumen Word. Dokumen ini mengandungi objek Active X yang menghubungkan IE ke laman web palsu - menyerang dan kemudian memasang spy software.

Sebenarnya, penjenayah siber ini tidak memerlukan Word sahaja untuk mengeksploitasi kecacatan ini. Serangan juga boleh berlaku jika mangsa di pedanya untuk melawat laman web palsu ini. Sama ada serangan ini boleh merebak kepada siri serangan lain dalam Internet Explorer belum dapat dipastikan lagi, kata Ferguson.

Bagi Verisign iDefense pula, kemungkinan besar lebih banyak serangan akan berlaku. “Walaupun serangan ini dalam skop terhad dan menyasarkan kepada beberapa organisasi sahaja, tetapi dalam masa yang singkat kod ini juga akan ditemui oleh ramai orang lain. dan seterusnya boleh meningkatkan serangan yang dapat disaksikan dalam beberapa minggu ini”.

Possibly Related Posts:


Posted in Press releaseComments (0)

50 Kerjaya ICT yang Paling Popular di Dunia (Bahagian 1)

graduation02

Sudahkah anda memilih kerjaya yang anda ingin setelah menamatkan pengajian dalam jurusan ICT dari kolej atau universiti nanti? Bidang kerjaya dalam ICT sangat luas dan ini kadang kala menyebabkan sukar bagi anda merancang kerjaya dari awal lagi.

Dari pengamatan kami, maklumat kerjaya berkaitan bidang ICT agak terhad. Walau bagaimanapun buku tulisan Muhamad Ali – Kerjaya Dalam Bidang ICT, terbitan PTS Profesional adalah salah satu buku lengkap bagi memberi jawapan tentang jawatan yang anda boleh sandang dalam kerjaya ICT.

Ikutilah 50 jenis jawatan serta bidang tugasan dalam kerjaya ICT yang paling popular di dunia masa kini. Ia disusun mengikut abjad dan bukan mengikut popularitinya.

1. Arkitek ICT

  • · Menentukan penyelesaian strategik dan operasi keseluruhan infrastruktur ICT organisasi.
  • · Skop tanggung jawab termasuk Server, LAN, WAN, dan telekomunikasi
  • · Menentukan dan menganalisis keperluan serta bekerjasama dengan seksyen operasi
  • · Memberi khidmat perunding kepada organisasi terhadap projek organisasi yang diperlukan.
  • · Terlibat aktif dalam perolehan perkakasan dan perisian organisasi

2. Arkitek Sistem

  • Merangka dan melaksana sistem secara strategik dan membuat pelaksanaan dalaman bagi sistem maklumat dan rangkaian perisian.
  • Menyediakan kepimpinan teknikal keseluruhan organisasi bagi keputusan perancangan strategik.

3. Juru analisa Sistem

  • Mengkaji, mereka bentuk, membangun dan melaksanakan sistem ICT
  • Menyelesaikan masalah secara analitis bagi mengenal pasti masalah pengguna dan mencadangkan sistem ICT yang berkesan bagi meningkatkan produktiviti organisasi

4. Juru analisa Sistem Pangkalan Data

  • · Mengkaji, menilai dan mengurus sumber-sumber pangkalan data secara perkhidmatannya bagi keseluruhan organisasi dan memastikan kualiti data yang tinggi
  • · Bertanggung jawab membangun, melaksana dan menilai polisi dan tatacara pangkalan data bagi memastikan integriti dan kebersediaan perkhidmatan maklumat organisasi
  • · Memasang, memantau dan menyelenggarakan prestasi sistem pangkalan data.

5. Juruanalisis Jaminan Mutu

  • · Membangun dan menubuhkan piawaian jaminan mutu dan pengukuhannya bagi ICT bagi kegunaan organisasi
  • · Menganalisis data bagi menyokong kes bisnes dan keperluan sistem bagi cadangan projek organisasi
  • · Menulis pelan ujian dan skrip ujian bagi menilai mutu pembangunan sistem aplikasi

6. Juruteknik Audio Visual

  • ·Mengelenggarakan dan mengoperasi peralatan dan perisian audio visual seperti projektor, mikrofon dan alat pandang dengar.

7. Juruteknik Desktop

  • · Menyediakan perkhidmatan setempat bagi pengguna mengadu masalah komputer mereka dan mendapat sokongan serta penyelenggaraan bagi organisasi
  • · Memasang, menilai, mengkaji, membaiki, menyelenggarakan dan menaik taraf semua PC dan perkakasan lain yang berkaitan

8. Juruteknik Meja Bantuan

  • · Memberi bantuan teknikal terhadap perkhidmatan meja bantuan seperti konfigurasi, memantau dan menyenggara PC, pencetak, perisian dan sebagainya yang dilaporkan ke meja bantuan

9. Juruteknik PC

  • · Menyokong dan menyenggara sistem komputer dalaman, desktop dan perantinya
  • · Memasang, membaiki kerosakan kecil, dan menaik taraf kesemua perkakas dan peralatan bagi memastikan prestasinya memuaskan

10. Juruteknik Perkakasan

  • · Bertanggung jawab dalam penyenggaraan dan operasi terhadap semua perkakasan di organisasi
  • · Mengenal pasti masalah yang di hadapi dan memberi penyelesaian dalam masa yang munasabah
  • · Latihan dan bantuan penggunaan komputer juga adalah perlu diberikan kepada pengguna apabila diperlukan.

Tunggu, 40 lagi kerjaya akan kami kemukakan dalam bahagian seterusnya nanti….

Possibly Related Posts:


Posted in Press releaseComments (0)

Bagaimana Membeli Sebuah Komputer Riba

laptop013

Pengenalan

Bagaimanakah anda memilih dan membeli sebuah komputer riba yang benar-benar boleh menepati keperluan anda? Tentu anda tentu mengambil kira saiz, berat, saiz skrin, ketahanan bateri, kualiti papan kekunci dan juga wireless sedia ada (built-in wireless).

Jadi, sebelum anda ke Low Yatt Plaza atau mana-mana kedai komputer, pastikan anda sudah mengenal pasti tentang komputer riba idaman anda. Jika tidak, anda tentu sukar membuat keputusan terutamanya bila berdepan dengan juru jual yang mahu meyakinkan anda supaya membeli komputer riba dari mereka.

Berikut adalah perkara penting yang anda patut tahu;

Ciri Utama

Processor: Processor Intel dual-core telah banyak meningkatkan kuasa sebuah komputer riba. Terbukti, komputer riba yang menggunakan processor dual-core lebih cepat memproses berbanding dengan komputer riba yang menggunakan processor single-core. Ini ketara terutamanya bila melibatkan berbilang tugasan serentak.

Sesetengah komputer riba juga menggunakan processor AMD Athlon Turion 64 X2 dual-core. Seperti Intel dua-core, ini juga menambah prestasi sebuah komputer riba.. Kedua-dua processor, Turion 64 X2 dan Core 2 Dua menyokong 64-bit yang sangat berguna bila aplikasi 64-bit berada di pasaran nanti.

Bagi laptop yang berkuasa rendah pula kebanyakannya menggunakan processor Intel’s Celeron M. Kelajuannya kurang berbanding dengan processor Core 2 Duo.

Sistem Memori: Lazimnya komputer riba dipasang dengan sistem memori 2GB RAM. Walau bagaimanapun sekarang sudah banyak juga komputer riba mula dipasang dengan memori 3GB RAM atau lebih.

Jika komputer riba anda sudah dipasang dengan memori 2G dan bercadang menaik taraf kepada 3GB atau lebih, pastikan anda tahu versi Windows komputer riba anda. Jika komputer riba anda OS 32-bit, ia tidak boleh berfungsi dengan berkesan jika anda menggunakan 3GB RM.

Graphics memory: Anda perlu memberikan perhatian lebih kepada memori grafik terutama jika anda bercadang menggunakan komputer riba untuk permainan komputer (games). Biasanya terdapat dua jenis video chip sets: dedicated video atau integrated graphics. Pengeluar didicated video chip set ialah nVidia dan ATI/AMD manakala integrated graphics oleh Intel.

Permainan komputer memerlukan 3D graphic chip yang canggih berserta 512MB dedicated memory. Windows Vista juga memerlukan graphic subsystem yang lebih berkuasa untuk menyokong aplikasinya. Selain itu ada juga komputer riba ini dibekalkan dengan Scalable Link Interface (SLI) bagi melaksanakan pelbagai graphic chips dalam satu mesin.

Skrin: Semakin hari pengeluaran komputer riba semakin besar saiznya. Ini boleh menambah keselesaan anda melihat spreadsheets atau video. Di sebalik itu ada juga komputer riba yang semakin kecil saiznya, ini bagi menepati keperluan mobiliti pengguna. Walau bagaimanapun, sehingga hari ini kebanyakan pengeluar mengeluarkan masih memberi tumpuan mengeluarkan komputer riba berskrin besar - Anda boleh melihat lebih dari satu dokumen serentak dengan lebih mudah.

Di pasaran, komputer riba mempunyai pelbagai saiz. Untuk kebebasan bergerak sepenuhnya, saiz yang dikeluarkan bermula dari 10.2” ke 13.3” Walau bagaimanapun, jika anda mementingkan skrin pelbagai guna, saiz 13.3 inci ke 17 inci adalah lebih sesuai untuk anda miliki. Anda juga boleh mempertimbangkan skrin baru pelbagai guna bersaiz 16” yang boleh mendapatkan resolusi gambar resolusi sebenar 1090p (1920-by-1080 resolution)

Bateri: Pengeluar sentiasa berusaha menambah jangka hayat bateri laptop. Purata bateri laptop yang menggunakan processor Core Duo atau Core 2 boleh tahan selama 3 hingga 3.5 jam setelah bateri di caj. Pastikan juga sama ada ia bateri biasa atau bateri yang ditambah jangka hayat (extended-life battery). Ingat, biasanya lebih ringan komputer riba semakin lama baterinya boleh bertahan.

Papan Kekunci : Cara terbaik, pastikan anda mencuba papan kekunci sebelum anda membeli sebuah komputer riba. Biasanya komputer riba yang kecil dan nipis mempunyai saiz kekunci yang kecil, rapat dan susun atur juga mungkin berbeza dari papan kekunci biasa. Yang penting, pastikan anda selesa menggunakannya.

Optikal: Kebanyakan pengeluar menawarkan komputer riba bersama pemacu rewritable DVD. Pada masa ini, teknologi Blu-ray telah mengatasi teknologi HD DVD dalam menyediakan format berdefinisi tinggi. Ini menyebabkan semakin banyak komputer riba yang dikeluarkan juga boleh berkonfigurasi dengan pemacu Blu-ray drive.

Hard drive: Kebanyakan mesin pelbagai guna menawarkan pemacu hard disk (HDD) dari 200GB ke 320GB. Bagi mesin “ultraportables” pula ia dibekalkan dengan pemacu solid-state (SDD). Walaupun SDD lebih ringan dan cepat dari HDD tetapi kapasitinya rendah (purata 128GB) dan harganya lebih mahal. Jadi anda perlu mempertimbangkan antara kelajuan dan berat berbanding harga dan kapasiti simpanan.

Komunikasi: Hampir semua komputer riba dibekalkan dengan PS/2 ports untuk tetikus, papan kekunci dll. Kebanyakannya mempunyai satu slot kad PC dan banyak juga yang menawarkan slot ExpressCard. Dengan GPU baru, semakin banyak komputer riba dipasang dengan output HDMI.

Kebanyakan komputer riba mempunyai sekurang-kurangnya dua USB 2.0 ports. Semakin banyak juga yang menawarkan empat dan ada juga enam USB 2.0 ports. Hampir semua kemputer riba mengandungi four-pin FireWire (IEEE 1394) port untuk menyambung kepada pemacu luar (enternal drive) atau camcorder video digital. Lain-lain termasuk eSATA ports untuk pemindahan data kelajuan kuasa tinggi.

Banyak model telah siap ada dengan gigabit ethernet dan Bluetooh. Bagi komputer riba yang menggunakan Intel Core Duo atau Core 2 Dua processors atau AMD Turion 64 X2 - tersedia pasang Intel wireless 802.11 a/b/g chip set.

Hampir semua komputer riba memiliki satu multiformat flash card reader yang boleh membaca Secure Digital, MultiMediaCard, Memory Stick, Memery Stick Duo dan format xD.

laptop021

Tip Membeli Komputer Riba

Anda sudah sedia untuk membeli komputer riba? Berikut adalah tip yang sesuai untuk pengguna biasa.

A 2.0-GHz Core 2 Duo processor: Untuk tugasan harian seperti word processing, spreadsheets, email anda tidak perlukan processor yang terkini dan tercanggih. Dengan Core Dua anda sudah mendapat prestasi yang tinggi di samping jangka hayat bateri yang lebih panjang.

Memori 2GB atau lebih : Jika memori anda kurang dari itu, akan memperlahankan kerja anda. Hanya mesin netbooks sahaja yang masih menggunakan memori kurang dari 2GB RAM. Anda perlu menambah baik kepada 64-bit OS jika anda mahu menambah lebih dari 3GB pada komputer riba anda.

Bateri tambahan: Jika anda mahu lebih menggunakan laptop tanpa bekalan kuasa elektrik, belilah satu bateri berkapasiti tinggi bila membeli komputer riba anda atau laptop yang ada bay modul sebagai bekalan kuasa tambahan.

Skrin lebar 13.3-inch: Skrin yang lebih besar dari 12.1” membekalkan resolusi yang lebih tinggi. Ini bererti, jika anda tidak benar-benar memerlukan satu komputer riba yang kecil dan nipis, pastikan anda mendapatkan komputer riba yang lebih besar – biasanya lebih besar skrin lebih baik.

Hard drive: Minimum 160GB HHD.

Touchpad dan pointing: Kebayakan orang mendapati menggunakan touchpad lebih mudah dari menggunakan pointing stick.

USB port: Hampir semua komputer riba tersedia dua atau lebih USB 2.0 port, sangat penting untuk menyambung kepada perkakasan lain-lain.

Possibly Related Posts:


Posted in Artikel, Berita, How to, ProductComments (0)

advert

Our Flickr Photos - See all photos

Katogeri

Pelawat Terkini

Kalender

September 2010
M T W T F S S
« Nov    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  
PHVsPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19hZHNfcm90YXRlPC9zdHJvbmc+IC0gdHJ1ZTwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX2FkX2ltYWdlXzE8L3N0cm9uZz4gLSBodHRwOi8vYmxvZy5taW5kYXN5cy5jb20ubXkvd3AtY29udGVudC91cGxvYWRzLzIwMDkvMjAwOS8wNi9kZWV6YmFubmVyLmpwZzwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX2FkX2ltYWdlXzI8L3N0cm9uZz4gLSBodHRwOi8vYmxvZy5taW5kYXN5cy5jb20ubXkvd3AtY29udGVudC91cGxvYWRzLzIwMDkvMjAwOS8wNy90ZWFtYnVpbGRpbmd2MjEuanBnPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fYWRfaW1hZ2VfMzwvc3Ryb25nPiAtIGh0dHA6Ly9ibG9nLm1pbmRhc3lzLmNvbS5teS93cC1jb250ZW50L3VwbG9hZHMvMjAwOS8yMDA5LzA4L2tlbGFiX2ljdF9teS0xLnBuZzwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX2FkX2ltYWdlXzQ8L3N0cm9uZz4gLSBodHRwOi8vYmxvZy5taW5kYXN5cy5jb20ubXkvd3AtY29udGVudC91cGxvYWRzLzIwMDkvMjAwOS8wOC90bW5uZWdhcmFfZmFjZWJvb2suanBnPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fYWRfbXB1X2Fkc2Vuc2U8L3N0cm9uZz4gLSA8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19hZF9tcHVfZGlzYWJsZTwvc3Ryb25nPiAtIGZhbHNlPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fYWRfbXB1X2ltYWdlPC9zdHJvbmc+IC0gaHR0cDovL2Jsb2cubWluZGFzeXMuY29tLm15L3dwLWNvbnRlbnQvdXBsb2Fkcy8yMDA5LzIwMDkvMDcvYmFubmVyYm13LTEyLmpwZzwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX2FkX21wdV91cmw8L3N0cm9uZz4gLSBodHRwOi8vd3d3LmJtdy5jb20ubXkvY29tL2VuL2luZGV4Lmh0bWw8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19hZF9wYWdlPC9zdHJvbmc+IC0gU2VsZWN0IGEgcGFnZTo8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19hZF90b3BfYWRzZW5zZTwvc3Ryb25nPiAtIDwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX2FkX3RvcF9kaXNhYmxlPC9zdHJvbmc+IC0gZmFsc2U8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19hZF90b3BfaW1hZ2U8L3N0cm9uZz4gLSBodHRwOi8vYmxvZy5taW5kYXN5cy5jb20ubXkvd3AtY29udGVudC91cGxvYWRzLzIwMDkvMjAwOS8wMy9taW5kYXN5c2Fkcy5qcGc8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19hZF90b3BfdXJsPC9zdHJvbmc+IC0gaHR0cDovL3d3dy5taW5kYXN5cy5jb20ubXk8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19hZF91cmxfMTwvc3Ryb25nPiAtIGh0dHA6Ly9kZWV6aGFybWFuLmNvbTwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX2FkX3VybF8yPC9zdHJvbmc+IC0gaHR0cDovL3d3dy5qdXN0ZXhwbG9yZS5jb20ubXkvdGVhbWJ1aWxkaW5nLmh0bWw8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19hZF91cmxfMzwvc3Ryb25nPiAtIGh0dHA6Ly93d3cuZmFjZWJvb2suY29tL2hvbWUucGhwPyMvZ3JvdXAucGhwP2dpZD0xMTIwOTI2MTI4NzQmcmVmPXRzPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fYWRfdXJsXzQ8L3N0cm9uZz4gLSBodHRwOi8vd3d3LmZhY2Vib29rLmNvbS9ob21lLnBocD8jL2dyb3VwLnBocD9naWQ9MTA4NjYyNDY2MzgzJnJlZj10czwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX2FsdF9zdHlsZXNoZWV0PC9zdHJvbmc+IC0gZGVmYXVsdC5jc3M8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19hcmNoaXZlczwvc3Ryb25nPiAtIFNlbGVjdCBhIHBhZ2U6PC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fYXNpZGVzX2NhdGVnb3J5PC9zdHJvbmc+IC0gU2VsZWN0IGEgY2F0ZWdvcnk6PC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fYXNpZGVzX2VudHJpZXM8L3N0cm9uZz4gLSBTZWxlY3QgYSBudW1iZXI6PC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fYXV0aG9yPC9zdHJvbmc+IC0gZmFsc2U8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19hdXRvX2ltZzwvc3Ryb25nPiAtIGZhbHNlPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fYmFubmVyX2ltYWdlPC9zdHJvbmc+IC0gaHR0cDovL2Jsb2cubWluZGFzeXMuY29tLm15L3dwLWNvbnRlbnQvdXBsb2Fkcy8yMDA5LzIwMDkvMDMvbWluZGFzeXNhZHMuanBnPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fYmFubmVyX3VybDwvc3Ryb25nPiAtIGh0dHA6Ly93d3cubWluZGFzeXMuY29tLm15PC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fYmdyPC9zdHJvbmc+IC0gbGlnaHRibHVlLmNzczwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX2Jsb2NrX2ltYWdlPC9zdHJvbmc+IC0gaHR0cDovL2Jsb2cubWluZGFzeXMuY29tLm15L3dwLWNvbnRlbnQvdXBsb2Fkcy8yMDA5LzIwMDkvMDcvYmFubmVyYm13LTEyLmpwZzwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX2Jsb2NrX3VybDwvc3Ryb25nPiAtIGh0dHA6Ly93d3cuYm13LmNvbS5teTwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX2N1c3RvbV9jc3M8L3N0cm9uZz4gLSA8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19jdXN0b21fZmF2aWNvbjwvc3Ryb25nPiAtIGh0dHA6Ly9ibG9nLm1pbmRhc3lzLmNvbS5teS93cC1jb250ZW50L3VwbG9hZHMvMS1mYXZpY29uLmdpZjwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX2ZlYXR1cmVkX2NhdGVnb3J5PC9zdHJvbmc+IC0gU2VsZWN0IGEgY2F0ZWdvcnk6PC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fZmVhdHVyZWRfZW50cmllczwvc3Ryb25nPiAtIFNlbGVjdCBhIG51bWJlcjo8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19mZWF0X2VudHJpZXM8L3N0cm9uZz4gLSAxMjwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX2ZlZWRidXJuZXJfaWQ8L3N0cm9uZz4gLSAyODIyNjY0PC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fZmVlZGJ1cm5lcl91cmw8L3N0cm9uZz4gLSBodHRwOi8vZmVlZHMuZmVlZGJ1cm5lci5jb20vQmxvZ01pbmRhc3lzPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fZmxpY2tyX2VudHJpZXM8L3N0cm9uZz4gLSA5PC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fZmxpY2tyX2lkPC9zdHJvbmc+IC0gMzM5OTM0MzFATjA3PC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fZmxpY2tyX3VybDwvc3Ryb25nPiAtIGh0dHA6Ly93d3cuZmxpY2tyLmNvbS9waG90b3MvbWluZGFzeXMvPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fZ29vZ2xlX2FuYWx5dGljczwvc3Ryb25nPiAtIDxzY3JpcHQgdHlwZT0idGV4dC9qYXZhc2NyaXB0Ij4NCnZhciBnYUpzSG9zdCA9ICgoImh0dHBzOiIgPT0gZG9jdW1lbnQubG9jYXRpb24ucHJvdG9jb2wpID8gImh0dHBzOi8vc3NsLiIgOiAiaHR0cDovL3d3dy4iKTsNCmRvY3VtZW50LndyaXRlKHVuZXNjYXBlKCIlM0NzY3JpcHQgc3JjPSciICsgZ2FKc0hvc3QgKyAiZ29vZ2xlLWFuYWx5dGljcy5jb20vZ2EuanMnIHR5cGU9J3RleHQvamF2YXNjcmlwdCclM0UlM0Mvc2NyaXB0JTNFIikpOw0KPC9zY3JpcHQ+DQo8c2NyaXB0IHR5cGU9InRleHQvamF2YXNjcmlwdCI+DQp0cnkgew0KdmFyIHBhZ2VUcmFja2VyID0gX2dhdC5fZ2V0VHJhY2tlcigiVUEtMTgwNjQzNC01Iik7DQpwYWdlVHJhY2tlci5fdHJhY2tQYWdldmlldygpOw0KfSBjYXRjaChlcnIpIHt9PC9zY3JpcHQ+PC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29faG9tZTwvc3Ryb25nPiAtIGZhbHNlPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29faG9tZV90aHVtYl9oZWlnaHQ8L3N0cm9uZz4gLSA1NzwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX2hvbWVfdGh1bWJfd2lkdGg8L3N0cm9uZz4gLSAxMDA8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19pbWFnZV9zaW5nbGU8L3N0cm9uZz4gLSBmYWxzZTwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX2xheW91dDwvc3Ryb25nPiAtIGRlZmF1bHQucGhwPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fbG9nbzwvc3Ryb25nPiAtIGh0dHA6Ly9ibG9nLm1pbmRhc3lzLmNvbS5teS93cC1jb250ZW50L3VwbG9hZHMvMjAwOS8yMDA5LzAzL2Jsb2doZWFkZXIuanBnPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fbWFudWFsPC9zdHJvbmc+IC0gaHR0cDovL3d3dy53b290aGVtZXMuY29tL3N1cHBvcnQvdGhlbWUtZG9jdW1lbnRhdGlvbi9nYXpldHRlLWVkaXRpb24vPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fb3RoZXJfZW50cmllczwvc3Ryb25nPiAtIDEyPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fb3RoZXJfaGVhZGxpbmVzPC9zdHJvbmc+IC0gNTwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX3Jlc2l6ZTwvc3Ryb25nPiAtIHRydWU8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19zaG9ydG5hbWU8L3N0cm9uZz4gLSB3b288L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19zaG93X2Fkc190b3A8L3N0cm9uZz4gLSB0cnVlPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fc2hvd19jYXJvdXNlbDwvc3Ryb25nPiAtIHRydWU8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19zaG93X3ZpZGVvPC9zdHJvbmc+IC0gdHJ1ZTwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX3NpbmdsZV9oZWlnaHQ8L3N0cm9uZz4gLSAxODA8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19zaW5nbGVfd2lkdGg8L3N0cm9uZz4gLSAyNTA8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb190YWJzPC9zdHJvbmc+IC0gZmFsc2U8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb190aGVtZW5hbWU8L3N0cm9uZz4gLSBHYXpldHRlPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fdXBsb2Fkczwvc3Ryb25nPiAtIGE6Mjp7aTowO3M6NjA6Imh0dHA6Ly9ibG9nLm1pbmRhc3lzLmNvbS5teS93cC1jb250ZW50L3VwbG9hZHMvMS1mYXZpY29uLmdpZiI7aToxO3M6NjA6Imh0dHA6Ly9ibG9nLm1pbmRhc3lzLmNvbS5teS93cC1jb250ZW50L3VwbG9hZHMvMS1mYXZpY29uLmljbyI7fTwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX3ZpZGVvX2NhdGVnb3J5PC9zdHJvbmc+IC0gVmlkZW88L2xpPjwvdWw+