Archive | Product

5 Komputer Riba Pelbagai Guna Paling Popular

Adakah anda sedang memikirkan membeli sebuah komputer riba baru pelbagai guna bagi menggantikan komputer riba yang sedia ada? Tentu anda menimbangkan pelbagai faktor sebelum membuat keputusan akhir. Untuk membantu anda, kami senaraikan 5 komputer riba yang paling popular mengikut Darren Gladstone dari PC World.

Berikut adalah senarainya;

1. Acer Travelmate 6293-688

acer-travelmate-6293-6899

CPU: 2.26-GHz Core 2 Duo P8400, Display Size (inches): 12.1″ Display, Wide Screen: Yes, Total HD Size (GB): 160GB Hard Drive, Min. Weight (lbs.): 4.6Lbs.,

2. Lenovo Thinkpad SL400

lenovo-thinkpand-sl400

CPU: 2.26-GHz Core 2 Duo P8400, Display Size (inches): 14.1″ Display, Wide Screen: Yes, Total HD Size (GB): 160GB Hard Drive, Min. Weight (lbs.): 6.1Lbs.,

3. Tosihba Satallite U405

toshiba-satellite-u405

CPU: 2-GHz Core 2 Duo T5750, Display Size (inches): 13.3″ Display, Wide Screen: Yes, Total HD Size (GB): 320GB Hard Drive, Min. Weight (lbs.): 4.6Lbs.,

4. Sony Viao VGN-NR485 E/L

sony-vaio-vgn-nr485el

CPU: 2-GHz Core 2 Duo T5750, Display Size (inches): 15.4″ Display, Wide Screen: Yes, Total HD Size (GB): 200GB Hard Drive, Min. Weight (lbs.): 6.2Lbs.

5. Samsung X460-44P

samsung-x460-44p

CPU: 2.26-GHz Core 2 Duo P8400, Display Size (inches): 14.1″ Display, Wide Screen: Yes, Total HD Size (GB): 320GB Hard Drive, Min. Weight (lbs.): 4.2Lbs.,

Possibly Related Posts:


Posted in ProductComments (0)

Google Voice - Gmail Peti Pesanan Suara

googleplex

Google akhirnya berjaya melancarkan Google Voice setelah 2 tahun lewat dari jadual asalnya. Usaha ini bermula semenjak tahun 2007 apabila Google mengambil alih Grandcentarl,  sekarang dikenali sebagai Google Voice.  Ia telah sedia untuk di pratonton oleh pelanggan Grandcentral dan sebilangan kecil mereka yang dipelawa menyertai pratonton ini.

Perkhidmatan ini banyak persamaan dengan Gmail. Ia  boleh dikatakan sebagai Gmail bersuara.  Anda tidak perlu menjadi pelanggan Gmail untuk menggunakannya. Anda boleh mencari semula transkrip pesanan suara anda, archive dan mencari semua SMS yang anda hantar atau terima. Anda juga boleh membuat panggilan menggunakan antara muka Google Voice. Kos panggilan adalah percuma di US dan caj yang kecil untuk panggilan antarabangsa.

Transkrip automatik merupakan ciri yang paling menarik pada Google Voice ini. Google telah melabur bergitu banyak untuk menghasilkan suara-ke-teks dan teks-ke-suara. Jika mahu, anda boleh setkan Google Voice menghantar transkrip melalui email atau SMS.

Google Voice membolehkan anda memilih satu nombor, dan menghantar pesanan suara, SMS dan membuat panggilan dari nombor yang lain. Teknologi ini dilihat sebagai satu ancaman besar kepada perkhidmatan pelanggan VoIP seperti Skype dan Spinvox.

Jika anda ingin dijemput oleh Google Voice, klik di sini.

https://services.google.com/fb/forms/googlevoiceinvite/

Juga lihatlah video ini.

Possibly Related Posts:


Posted in ProductComments (0)

Bagaimana Membeli Sebuah Komputer Riba

laptop013

Pengenalan

Bagaimanakah anda memilih dan membeli sebuah komputer riba yang benar-benar boleh menepati keperluan anda? Tentu anda tentu mengambil kira saiz, berat, saiz skrin, ketahanan bateri, kualiti papan kekunci dan juga wireless sedia ada (built-in wireless).

Jadi, sebelum anda ke Low Yatt Plaza atau mana-mana kedai komputer, pastikan anda sudah mengenal pasti tentang komputer riba idaman anda. Jika tidak, anda tentu sukar membuat keputusan terutamanya bila berdepan dengan juru jual yang mahu meyakinkan anda supaya membeli komputer riba dari mereka.

Berikut adalah perkara penting yang anda patut tahu;

Ciri Utama

Processor: Processor Intel dual-core telah banyak meningkatkan kuasa sebuah komputer riba. Terbukti, komputer riba yang menggunakan processor dual-core lebih cepat memproses berbanding dengan komputer riba yang menggunakan processor single-core. Ini ketara terutamanya bila melibatkan berbilang tugasan serentak.

Sesetengah komputer riba juga menggunakan processor AMD Athlon Turion 64 X2 dual-core. Seperti Intel dua-core, ini juga menambah prestasi sebuah komputer riba.. Kedua-dua processor, Turion 64 X2 dan Core 2 Dua menyokong 64-bit yang sangat berguna bila aplikasi 64-bit berada di pasaran nanti.

Bagi laptop yang berkuasa rendah pula kebanyakannya menggunakan processor Intel’s Celeron M. Kelajuannya kurang berbanding dengan processor Core 2 Duo.

Sistem Memori: Lazimnya komputer riba dipasang dengan sistem memori 2GB RAM. Walau bagaimanapun sekarang sudah banyak juga komputer riba mula dipasang dengan memori 3GB RAM atau lebih.

Jika komputer riba anda sudah dipasang dengan memori 2G dan bercadang menaik taraf kepada 3GB atau lebih, pastikan anda tahu versi Windows komputer riba anda. Jika komputer riba anda OS 32-bit, ia tidak boleh berfungsi dengan berkesan jika anda menggunakan 3GB RM.

Graphics memory: Anda perlu memberikan perhatian lebih kepada memori grafik terutama jika anda bercadang menggunakan komputer riba untuk permainan komputer (games). Biasanya terdapat dua jenis video chip sets: dedicated video atau integrated graphics. Pengeluar didicated video chip set ialah nVidia dan ATI/AMD manakala integrated graphics oleh Intel.

Permainan komputer memerlukan 3D graphic chip yang canggih berserta 512MB dedicated memory. Windows Vista juga memerlukan graphic subsystem yang lebih berkuasa untuk menyokong aplikasinya. Selain itu ada juga komputer riba ini dibekalkan dengan Scalable Link Interface (SLI) bagi melaksanakan pelbagai graphic chips dalam satu mesin.

Skrin: Semakin hari pengeluaran komputer riba semakin besar saiznya. Ini boleh menambah keselesaan anda melihat spreadsheets atau video. Di sebalik itu ada juga komputer riba yang semakin kecil saiznya, ini bagi menepati keperluan mobiliti pengguna. Walau bagaimanapun, sehingga hari ini kebanyakan pengeluar mengeluarkan masih memberi tumpuan mengeluarkan komputer riba berskrin besar - Anda boleh melihat lebih dari satu dokumen serentak dengan lebih mudah.

Di pasaran, komputer riba mempunyai pelbagai saiz. Untuk kebebasan bergerak sepenuhnya, saiz yang dikeluarkan bermula dari 10.2” ke 13.3” Walau bagaimanapun, jika anda mementingkan skrin pelbagai guna, saiz 13.3 inci ke 17 inci adalah lebih sesuai untuk anda miliki. Anda juga boleh mempertimbangkan skrin baru pelbagai guna bersaiz 16” yang boleh mendapatkan resolusi gambar resolusi sebenar 1090p (1920-by-1080 resolution)

Bateri: Pengeluar sentiasa berusaha menambah jangka hayat bateri laptop. Purata bateri laptop yang menggunakan processor Core Duo atau Core 2 boleh tahan selama 3 hingga 3.5 jam setelah bateri di caj. Pastikan juga sama ada ia bateri biasa atau bateri yang ditambah jangka hayat (extended-life battery). Ingat, biasanya lebih ringan komputer riba semakin lama baterinya boleh bertahan.

Papan Kekunci : Cara terbaik, pastikan anda mencuba papan kekunci sebelum anda membeli sebuah komputer riba. Biasanya komputer riba yang kecil dan nipis mempunyai saiz kekunci yang kecil, rapat dan susun atur juga mungkin berbeza dari papan kekunci biasa. Yang penting, pastikan anda selesa menggunakannya.

Optikal: Kebanyakan pengeluar menawarkan komputer riba bersama pemacu rewritable DVD. Pada masa ini, teknologi Blu-ray telah mengatasi teknologi HD DVD dalam menyediakan format berdefinisi tinggi. Ini menyebabkan semakin banyak komputer riba yang dikeluarkan juga boleh berkonfigurasi dengan pemacu Blu-ray drive.

Hard drive: Kebanyakan mesin pelbagai guna menawarkan pemacu hard disk (HDD) dari 200GB ke 320GB. Bagi mesin “ultraportables” pula ia dibekalkan dengan pemacu solid-state (SDD). Walaupun SDD lebih ringan dan cepat dari HDD tetapi kapasitinya rendah (purata 128GB) dan harganya lebih mahal. Jadi anda perlu mempertimbangkan antara kelajuan dan berat berbanding harga dan kapasiti simpanan.

Komunikasi: Hampir semua komputer riba dibekalkan dengan PS/2 ports untuk tetikus, papan kekunci dll. Kebanyakannya mempunyai satu slot kad PC dan banyak juga yang menawarkan slot ExpressCard. Dengan GPU baru, semakin banyak komputer riba dipasang dengan output HDMI.

Kebanyakan komputer riba mempunyai sekurang-kurangnya dua USB 2.0 ports. Semakin banyak juga yang menawarkan empat dan ada juga enam USB 2.0 ports. Hampir semua kemputer riba mengandungi four-pin FireWire (IEEE 1394) port untuk menyambung kepada pemacu luar (enternal drive) atau camcorder video digital. Lain-lain termasuk eSATA ports untuk pemindahan data kelajuan kuasa tinggi.

Banyak model telah siap ada dengan gigabit ethernet dan Bluetooh. Bagi komputer riba yang menggunakan Intel Core Duo atau Core 2 Dua processors atau AMD Turion 64 X2 - tersedia pasang Intel wireless 802.11 a/b/g chip set.

Hampir semua komputer riba memiliki satu multiformat flash card reader yang boleh membaca Secure Digital, MultiMediaCard, Memory Stick, Memery Stick Duo dan format xD.

laptop021

Tip Membeli Komputer Riba

Anda sudah sedia untuk membeli komputer riba? Berikut adalah tip yang sesuai untuk pengguna biasa.

A 2.0-GHz Core 2 Duo processor: Untuk tugasan harian seperti word processing, spreadsheets, email anda tidak perlukan processor yang terkini dan tercanggih. Dengan Core Dua anda sudah mendapat prestasi yang tinggi di samping jangka hayat bateri yang lebih panjang.

Memori 2GB atau lebih : Jika memori anda kurang dari itu, akan memperlahankan kerja anda. Hanya mesin netbooks sahaja yang masih menggunakan memori kurang dari 2GB RAM. Anda perlu menambah baik kepada 64-bit OS jika anda mahu menambah lebih dari 3GB pada komputer riba anda.

Bateri tambahan: Jika anda mahu lebih menggunakan laptop tanpa bekalan kuasa elektrik, belilah satu bateri berkapasiti tinggi bila membeli komputer riba anda atau laptop yang ada bay modul sebagai bekalan kuasa tambahan.

Skrin lebar 13.3-inch: Skrin yang lebih besar dari 12.1” membekalkan resolusi yang lebih tinggi. Ini bererti, jika anda tidak benar-benar memerlukan satu komputer riba yang kecil dan nipis, pastikan anda mendapatkan komputer riba yang lebih besar – biasanya lebih besar skrin lebih baik.

Hard drive: Minimum 160GB HHD.

Touchpad dan pointing: Kebayakan orang mendapati menggunakan touchpad lebih mudah dari menggunakan pointing stick.

USB port: Hampir semua komputer riba tersedia dua atau lebih USB 2.0 port, sangat penting untuk menyambung kepada perkakasan lain-lain.

Possibly Related Posts:


Posted in Artikel, Berita, How to, ProductComments (0)

HP TouchSmart IQ526, Desktop 22” Semua - Dalam – Satu.

hpiq526touchsreen9

HP ialah salah satu syarikat yang menawarkan satu produk skrin sentuh sistem semua-dalam-satu. Siri TouchSmart telah melalui beberapa kali penambah baikkan bagi menghasilkan antara muka asas yang sempurna. Versi perisiannya yang terkini telah mencapai beberapa kemajuan ketara. Ia semakin mudah digunakan dan fungsi skrin sentuh ini juga semakin bertambah.

Ringkasan

HP TouchSmart IQ 526 menyediakan satu kesempurnaan yang padat dengan semua-dalam-satu desktop. Ia unik kepada dunia pengkomputeran. Prestasinya telah di tambah baik daripada generasi sebelumnya. Ia sangat sesuai dalam hampir semua tugasan. Sistem tersebut juga boleh digunakan sebagai pusat media seperti menjadi penala TV dan sistem bunyi. Terdapat sedikit kecacatan dalam sistem ini, walau bagaimanapun kebanyakan orang tidak akan begitu perasan tentangnya.

Skrin 22” ini menggunakan resolusi 1680 x 1050. Ini bukanlah satu perkara biasa untuk satu skrin yang bersaiz begini, oleh itu ia kurang dari 1080p – definisi resolusi tinggi. Ini boleh menimbulkan sedikit masalah kepada anda jika memikirkan untuk menjadikanya sebagai skrin TV berdigital.

Prestasi IQ526 telah di tambah baik dari generasi pertama. Sistemnya dilengkapi dengan Intel Core 2 Dua T6600, yang lebih baik dari siri T5850. Walau bagaimanapun keupayaan ini belum cukup untuk menandingi prosesor yang ada dalam Apple iMac. Walaupun begitu, ia berupaya melaksanakan dengan sempurna dalam hampir semua tugasan. Lagipun HP menyediakan memory 4GB dalam sistem ini.

Ciri utama dalam siri skrin sentuh HP semua-dalam-satu skrin ini ialah antara mukanya. HP telah menambah baik perisian TouchSmart bagi melancar dan memudahkan menggunakannya. Sangat mudah menggunakan hujung jari untuk melayari program dan laman sesawang. Sedikit keburukannya, sistem ini akhirnya akan menghasilkan banyak kesan cap jari pada skrin dan perlukan kerap dicuci. Oleh kerana skrin ini berdasarkan tekanan, stylus boleh digunakan untuk mengurangkan kesan jari seterusnya mengurangkan kerja mencuci.

Secara keseluruhan, TouchSmart IQ526 ialah satu pilihan yang menarik bagi desktop semua-dalam satu, untuk dipertimbangkan. Selain menjadi pusat media ia juga tidak memerlukan ruang yang besar.

Pro

  • Skrin Sentuh jenis Wall Mountable
  • Perisian Antara muka yang sangat sempurna
  • Banyak kelebihan fungsi Multimedianya

Kontra

  • Tiada PocketMedia sebagaimana model IQ800
  • Panel LCD tidak menyokong Video 1080p HD
  • Sukar untuk melaraskan pada rangka penyokong

Spesifikasi

  • Intel Core 2 Duo T6600 Dual Core Mobile Processor
  • 4GB PC2-6400 DDR2 Memory
  • 640GB 7200rpm SATA Hard Drive
  • 8x DVD+/-RW Dual Layer Burner With LightScribe
  • 22″ WSXGA+ (1680×1050) Wide LCD Touch Screen Display With 1.3 Megapizel Webcam
  • NVIDIA GeForce 9300M GS Graphics Processor With 256MB Memory
  • Gigabit Ethernet, 802.11b/g/n Wireless and Bluetooth
  • Five USB 2.0, FireWire, 5-in-1 Card Reader, Digital/Analog TV Tuner
  • 21″ x 17.4″ x 2.6″
  • Vista Home Premium 64-bit, TouchSmart Suite, Works, muvee Reveal Premium, CyberLink DVD Suite, Norton Internet Security

Harga

Diantara RM 5,500.00 - RM5,800.00


Possibly Related Posts:


Posted in Berita, ProductComments (0)

Tutorial 1 : Mencipta Sebuah Table dari Sebuah Pangkalan Data

apple

Topik : Ms Access 2007
Level : Beginner

Dalam sebuah pangkalan mungkin terdapat beberapa Table yang menguruskan setiap data mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Contohnya:

Pangkalan Data : Fakulti

Table : Senarai Pelajar, Subjek, Senarai Pensyarah, Senarai Staf Bukan Akademik dsb.

Berikut merupakan langkah-langkah asas dalam mencipta sebuah table dalam pangkalan data.

Langkah 1

Langkah 1

LANGKAH 1

Klik pada ikon Blank Database pada ruangan New Blank Database dan taip nama pangkalan data (Contoh : Fakulti). Klik Create.

Langkah 2

Langkah 2

LANGKAH 2

Setelah sebuah pangkalan data dicipta dan dinamakan, Ms Access 2007 akan memaparkan tetingkap utama Table pada pangkalan data tersebut. Untuk menamakan Table tersebut, klik kanan pada ikon Table 1 : Table.

Langkah 3

Langkah 3

LANGKAH 3

Taipkan (contoh : Senarai Pelajar) pada tetingkap tersebut dan klik OK. Ini bagi memudahkan Table yang dinamakan dapat diasingkan mengikut fungsi yang dikehendaki.

Langkah 4

Langkah 4

LANGKAH 4

Tetingkap Design View bagi Table tersebut akan dipaparkan. Di sinilah Fields akan dinamakan dengan mengisi segala info untuk Table tersebut. Info berkaitan :

  1. Nama Fields : Nama baris menegak (Column) pada Table.
  2. Data Types : Jenis data yang diumpukkan pada setiap Column.
  3. Description : Penerangan secara ringkas bagi setiap Column.
Langkah 5

Langkah 5

LANGKAH 5

Taipkan setiap Fields, Data Type dan Description mengikut kehendak anda. Pastikan baris melintang (Row) pertama adalah Primary Key.

Primary Key adalah data utama yang unik dan boleh dijadikan panduan pada data yang lain (data yang berkaitan) pada setiap Row.

Langkah 6

Langkah 6

*Klik pada Rajah untuk melihat dengan lebih jelas

LANGKAH 6

Pastikan Data Type / Jenis Data pada setiap Fields adalah logik dan tepat. Contohnya :

  • ID Pelajar : Data Type - AutoNumber (nombor automatik dijana oleh perisian)
  • No Matrik : Data Type - Number (nombor dari 1-9 dan kombinasi nombor tersebut)
  • Nama Pelajar : Data Type - Text (aksara atau abjad atau kombinasi aksara, nombor dan abjad)
  • Tarikh Mendaftar : Data Type - Date / Time (data berformat masa atau tarikh)

Possibly Related Posts:


Posted in Access 2007, Product, TutorialComments (0)


advert

Our Flickr Photos - See all photos

Katogeri

Pelawat Terkini

Kalender

September 2010
M T W T F S S
« Nov    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  
PHVsPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19hZHNfcm90YXRlPC9zdHJvbmc+IC0gdHJ1ZTwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX2FkX2ltYWdlXzE8L3N0cm9uZz4gLSBodHRwOi8vYmxvZy5taW5kYXN5cy5jb20ubXkvd3AtY29udGVudC91cGxvYWRzLzIwMDkvMjAwOS8wNi9kZWV6YmFubmVyLmpwZzwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX2FkX2ltYWdlXzI8L3N0cm9uZz4gLSBodHRwOi8vYmxvZy5taW5kYXN5cy5jb20ubXkvd3AtY29udGVudC91cGxvYWRzLzIwMDkvMjAwOS8wNy90ZWFtYnVpbGRpbmd2MjEuanBnPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fYWRfaW1hZ2VfMzwvc3Ryb25nPiAtIGh0dHA6Ly9ibG9nLm1pbmRhc3lzLmNvbS5teS93cC1jb250ZW50L3VwbG9hZHMvMjAwOS8yMDA5LzA4L2tlbGFiX2ljdF9teS0xLnBuZzwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX2FkX2ltYWdlXzQ8L3N0cm9uZz4gLSBodHRwOi8vYmxvZy5taW5kYXN5cy5jb20ubXkvd3AtY29udGVudC91cGxvYWRzLzIwMDkvMjAwOS8wOC90bW5uZWdhcmFfZmFjZWJvb2suanBnPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fYWRfbXB1X2Fkc2Vuc2U8L3N0cm9uZz4gLSA8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19hZF9tcHVfZGlzYWJsZTwvc3Ryb25nPiAtIGZhbHNlPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fYWRfbXB1X2ltYWdlPC9zdHJvbmc+IC0gaHR0cDovL2Jsb2cubWluZGFzeXMuY29tLm15L3dwLWNvbnRlbnQvdXBsb2Fkcy8yMDA5LzIwMDkvMDcvYmFubmVyYm13LTEyLmpwZzwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX2FkX21wdV91cmw8L3N0cm9uZz4gLSBodHRwOi8vd3d3LmJtdy5jb20ubXkvY29tL2VuL2luZGV4Lmh0bWw8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19hZF9wYWdlPC9zdHJvbmc+IC0gU2VsZWN0IGEgcGFnZTo8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19hZF90b3BfYWRzZW5zZTwvc3Ryb25nPiAtIDwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX2FkX3RvcF9kaXNhYmxlPC9zdHJvbmc+IC0gZmFsc2U8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19hZF90b3BfaW1hZ2U8L3N0cm9uZz4gLSBodHRwOi8vYmxvZy5taW5kYXN5cy5jb20ubXkvd3AtY29udGVudC91cGxvYWRzLzIwMDkvMjAwOS8wMy9taW5kYXN5c2Fkcy5qcGc8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19hZF90b3BfdXJsPC9zdHJvbmc+IC0gaHR0cDovL3d3dy5taW5kYXN5cy5jb20ubXk8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19hZF91cmxfMTwvc3Ryb25nPiAtIGh0dHA6Ly9kZWV6aGFybWFuLmNvbTwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX2FkX3VybF8yPC9zdHJvbmc+IC0gaHR0cDovL3d3dy5qdXN0ZXhwbG9yZS5jb20ubXkvdGVhbWJ1aWxkaW5nLmh0bWw8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19hZF91cmxfMzwvc3Ryb25nPiAtIGh0dHA6Ly93d3cuZmFjZWJvb2suY29tL2hvbWUucGhwPyMvZ3JvdXAucGhwP2dpZD0xMTIwOTI2MTI4NzQmcmVmPXRzPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fYWRfdXJsXzQ8L3N0cm9uZz4gLSBodHRwOi8vd3d3LmZhY2Vib29rLmNvbS9ob21lLnBocD8jL2dyb3VwLnBocD9naWQ9MTA4NjYyNDY2MzgzJnJlZj10czwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX2FsdF9zdHlsZXNoZWV0PC9zdHJvbmc+IC0gZGVmYXVsdC5jc3M8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19hcmNoaXZlczwvc3Ryb25nPiAtIFNlbGVjdCBhIHBhZ2U6PC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fYXNpZGVzX2NhdGVnb3J5PC9zdHJvbmc+IC0gU2VsZWN0IGEgY2F0ZWdvcnk6PC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fYXNpZGVzX2VudHJpZXM8L3N0cm9uZz4gLSBTZWxlY3QgYSBudW1iZXI6PC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fYXV0aG9yPC9zdHJvbmc+IC0gZmFsc2U8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19hdXRvX2ltZzwvc3Ryb25nPiAtIGZhbHNlPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fYmFubmVyX2ltYWdlPC9zdHJvbmc+IC0gaHR0cDovL2Jsb2cubWluZGFzeXMuY29tLm15L3dwLWNvbnRlbnQvdXBsb2Fkcy8yMDA5LzIwMDkvMDMvbWluZGFzeXNhZHMuanBnPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fYmFubmVyX3VybDwvc3Ryb25nPiAtIGh0dHA6Ly93d3cubWluZGFzeXMuY29tLm15PC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fYmdyPC9zdHJvbmc+IC0gbGlnaHRibHVlLmNzczwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX2Jsb2NrX2ltYWdlPC9zdHJvbmc+IC0gaHR0cDovL2Jsb2cubWluZGFzeXMuY29tLm15L3dwLWNvbnRlbnQvdXBsb2Fkcy8yMDA5LzIwMDkvMDcvYmFubmVyYm13LTEyLmpwZzwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX2Jsb2NrX3VybDwvc3Ryb25nPiAtIGh0dHA6Ly93d3cuYm13LmNvbS5teTwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX2N1c3RvbV9jc3M8L3N0cm9uZz4gLSA8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19jdXN0b21fZmF2aWNvbjwvc3Ryb25nPiAtIGh0dHA6Ly9ibG9nLm1pbmRhc3lzLmNvbS5teS93cC1jb250ZW50L3VwbG9hZHMvMS1mYXZpY29uLmdpZjwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX2ZlYXR1cmVkX2NhdGVnb3J5PC9zdHJvbmc+IC0gU2VsZWN0IGEgY2F0ZWdvcnk6PC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fZmVhdHVyZWRfZW50cmllczwvc3Ryb25nPiAtIFNlbGVjdCBhIG51bWJlcjo8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19mZWF0X2VudHJpZXM8L3N0cm9uZz4gLSAxMjwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX2ZlZWRidXJuZXJfaWQ8L3N0cm9uZz4gLSAyODIyNjY0PC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fZmVlZGJ1cm5lcl91cmw8L3N0cm9uZz4gLSBodHRwOi8vZmVlZHMuZmVlZGJ1cm5lci5jb20vQmxvZ01pbmRhc3lzPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fZmxpY2tyX2VudHJpZXM8L3N0cm9uZz4gLSA5PC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fZmxpY2tyX2lkPC9zdHJvbmc+IC0gMzM5OTM0MzFATjA3PC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fZmxpY2tyX3VybDwvc3Ryb25nPiAtIGh0dHA6Ly93d3cuZmxpY2tyLmNvbS9waG90b3MvbWluZGFzeXMvPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fZ29vZ2xlX2FuYWx5dGljczwvc3Ryb25nPiAtIDxzY3JpcHQgdHlwZT0idGV4dC9qYXZhc2NyaXB0Ij4NCnZhciBnYUpzSG9zdCA9ICgoImh0dHBzOiIgPT0gZG9jdW1lbnQubG9jYXRpb24ucHJvdG9jb2wpID8gImh0dHBzOi8vc3NsLiIgOiAiaHR0cDovL3d3dy4iKTsNCmRvY3VtZW50LndyaXRlKHVuZXNjYXBlKCIlM0NzY3JpcHQgc3JjPSciICsgZ2FKc0hvc3QgKyAiZ29vZ2xlLWFuYWx5dGljcy5jb20vZ2EuanMnIHR5cGU9J3RleHQvamF2YXNjcmlwdCclM0UlM0Mvc2NyaXB0JTNFIikpOw0KPC9zY3JpcHQ+DQo8c2NyaXB0IHR5cGU9InRleHQvamF2YXNjcmlwdCI+DQp0cnkgew0KdmFyIHBhZ2VUcmFja2VyID0gX2dhdC5fZ2V0VHJhY2tlcigiVUEtMTgwNjQzNC01Iik7DQpwYWdlVHJhY2tlci5fdHJhY2tQYWdldmlldygpOw0KfSBjYXRjaChlcnIpIHt9PC9zY3JpcHQ+PC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29faG9tZTwvc3Ryb25nPiAtIGZhbHNlPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29faG9tZV90aHVtYl9oZWlnaHQ8L3N0cm9uZz4gLSA1NzwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX2hvbWVfdGh1bWJfd2lkdGg8L3N0cm9uZz4gLSAxMDA8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19pbWFnZV9zaW5nbGU8L3N0cm9uZz4gLSBmYWxzZTwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX2xheW91dDwvc3Ryb25nPiAtIGRlZmF1bHQucGhwPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fbG9nbzwvc3Ryb25nPiAtIGh0dHA6Ly9ibG9nLm1pbmRhc3lzLmNvbS5teS93cC1jb250ZW50L3VwbG9hZHMvMjAwOS8yMDA5LzAzL2Jsb2doZWFkZXIuanBnPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fbWFudWFsPC9zdHJvbmc+IC0gaHR0cDovL3d3dy53b290aGVtZXMuY29tL3N1cHBvcnQvdGhlbWUtZG9jdW1lbnRhdGlvbi9nYXpldHRlLWVkaXRpb24vPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fb3RoZXJfZW50cmllczwvc3Ryb25nPiAtIDEyPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fb3RoZXJfaGVhZGxpbmVzPC9zdHJvbmc+IC0gNTwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX3Jlc2l6ZTwvc3Ryb25nPiAtIHRydWU8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19zaG9ydG5hbWU8L3N0cm9uZz4gLSB3b288L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19zaG93X2Fkc190b3A8L3N0cm9uZz4gLSB0cnVlPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fc2hvd19jYXJvdXNlbDwvc3Ryb25nPiAtIHRydWU8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19zaG93X3ZpZGVvPC9zdHJvbmc+IC0gdHJ1ZTwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX3NpbmdsZV9oZWlnaHQ8L3N0cm9uZz4gLSAxODA8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19zaW5nbGVfd2lkdGg8L3N0cm9uZz4gLSAyNTA8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb190YWJzPC9zdHJvbmc+IC0gZmFsc2U8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb190aGVtZW5hbWU8L3N0cm9uZz4gLSBHYXpldHRlPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fdXBsb2Fkczwvc3Ryb25nPiAtIGE6Mjp7aTowO3M6NjA6Imh0dHA6Ly9ibG9nLm1pbmRhc3lzLmNvbS5teS93cC1jb250ZW50L3VwbG9hZHMvMS1mYXZpY29uLmdpZiI7aToxO3M6NjA6Imh0dHA6Ly9ibG9nLm1pbmRhc3lzLmNvbS5teS93cC1jb250ZW50L3VwbG9hZHMvMS1mYXZpY29uLmljbyI7fTwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX3ZpZGVvX2NhdGVnb3J5PC9zdHJvbmc+IC0gVmlkZW88L2xpPjwvdWw+