Di era dunia Internet, menjana pendapatan jauh lebih mudah dari yang pernah kita lihat dalam apa cara tradisi sebelum ini. Pelbagai cara, barang atau perkhidmatan boleh di jual bagi menjana pendapatan. Dan yang lebih menarik lagi, semua orang berpeluang melakukannya.
Bagaimana mereka yang berjaya di dunia atas talian ini melakukannya? YA, mereka melakukan melalui laman web dan blog. Tetapi tentu anda juga tahu, terdapat puluhan juta web dan blog! Soalannya, apa yang membezakan di antara mereka yang berjaya dan gagal dalam dunia Internet ini?
Percaya atau tidak, kunci kepada segala-galanya ialah bagaimana mereka menyampaikan mesej melalui PENULISAN. Lihatlah beberapa personaliti besar dalam dunia atas talian sekarang ini seperti John Clayton, Dan Lok, Yanik Silver, Darren Rowse, Brian Clark dan ramai lagi yang telah berjaya mencapai impian hidup mereka melalui penulisan. Lihat dan kajilah bagaimana cara mereka menulis.
Melalui penulisan, mereka berjaya mempengaruhi ramai orang bertindak ke arah apa yang mereka mahu. Melalui penulisan di web atau blog mereka berjaya memenuhi impian hidup mereka. Mereka boleh menjual idea, barangan dan perkhidmatan atau apa sahaja melalui penulisan yang berkesan.
Pengalaman sebenar kami di Mindasys dan sahabat di sekeliling, menujukan semakin hari semakin meningkat perniagaan yang dijalankan berpunca dari aktiviti atas talian. Mendapat pelanggan baru dan membuat jualan melalui hasil penulisan.
Kami juga menjadi pelanggan kepada perniagaan di atas talian. Di antara perkhidmatan yang kami dapatkan ialah freelance. Kami berurusan dengan ramai freelance. Soalannya bagaimana kami memilih seorang freelance?
Semestinya kerana kami mengenali dan menilai freelance melalui tulisan di laman web ataupun blog mereka.
Berikut adalah beberapa laman web dan blog terbaru yang kami kunjungi sebelum melantik mereka sebagai Freelance.
Bak kata David Meerrman Scott dalam bukunya The New Rules of Marketing & PR - “You are what you write” Kami mendapat mutu perkhidmatan yang memuaskan sebagaimana kualiti yang ditunjukkan dalam penulisan web atau blog mereka
Akhir kata, untuk menjana wang dalam dunia Internet anda mestilah mula MENULIS SEKARANG. Tingkat kebolehan menulis dari masa ke semasa. Carilah platform yang sesuai untuk mempamerkan hasil tulisan anda, contohnya dengan mula menghantar artikel anda ke Blog Mindasys.
Lihat dan kaji setiap respons pembaca kepada tulisan anda. Tunjukkan kepada bakal pelanggan, kualiti anda melalui hasil tulisan.
Ingat, semakin tinggi nilai hasil penulisan anda, semakin besarlah keupayaan anda menjana pendapatan di atas talian. Semoga berjaya
Possibly Related Posts:
- 5 Komputer Riba Pelbagai Guna Paling Popular
- Google Voice - Gmail Peti Pesanan Suara
- 50 Kerjaya ICT yang Paling Popular di Dunia
- Awas, Selamatkan Data Anda!
- 50 Kerjaya ICT yang Paling Popular di Dunia (Bahagian 2)













Komen Terbaru