Tujuan tutorial ini adalah untuk membentuk sesuatu butang 3D melalui penggunaan warna (gradient)
Langkah 1
Disebelah kiri skrin, klik dan jangan lepaskan Tetikus pada “Rectangle tool” dan pilih Elipse Tool ![]()
Langkah 2
Dengan Elipse tool, klik sekali pada mana-mana tempat kosong pada skrin. Anda akan memasukkan nilai dan memilih opsyen seperti di bawah dan klik OK

Langkah 3
Anda akan mendapat satu bentuk Bulat berukuran 3″ diameternya. Seterusnya, anda akan melukis satu lagi Bulatan yang saiznya 75% daripada bulatan pertama tadi.
Disebelah kiri skrin, klik sekali pada”Scale tool”
. Posisikan “Scale Tool” pada titik tengah bulatan. Tekan butang ALT atau Option (Mac) dan jangan lepas, dan klik pada tetikus sekali untuk mendapat panel seperti di bawah.

Masukkan nilai-nilai seperti diatas, klik pada “COPY” untuk mendapatkan bulatan yang kedua (75% lebih kecil) diatas bulatan pertama.
Langkah 4
Anda akan mendapat dua bentuk bulat seperti di bawah

Klik pada bulatan yang besar sekali untuk mengaktifkannya. Kemudian, alihkan perhatian di sebelah kanan skrin dan pilih Panel Gradient seperti di bawah.

Tekan pada Jalur Gradient (hitam putih) sekali dan bulatan tersebut akan bertukar stail warna seperti jalur gradient.
Langkah 5
Sekarang anda akan menukar warna hitam pada jalur itu kepada warna merah. Dwi-Klik pada ikon
dan tukar kepada warna merah.
Langkah 6
Ulangi langkah 4 pada bulatan kecil tersebut. Apabila siap mewarnakan Gradient tersebut, sekarang kita akan songsangkan arah gradient tersebut.
Pada Toolbox di sebelah kiri, klik Gradient Tool
sekali. Dengan bulatan kecil masih aktif, tekan dan heretkan Gradient Tool dari Kanan bulatan ke sebelah Kiri bulatan kecil itu.
Langkah 7
Aktifkan kedua-dua bulatan itu dan hilangkan Outline bulatan tersebut.
Klik pada butang
pada ![]()
Anda akan mendapat ilusi butang 3D seperti di bawah

Selamat mencuba
Possibly Related Posts:











































































Komen Terbaru