Posted on 31 May 2009.
Fail CSS (Cascading Style Sheet) membenarkan anda untuk mengasingkan kandungan halaman web (X)HTML anda daripada stail. Fail (X)HTML digunakan untuk menyusun atur kandungan, tetapi semua (font, warna, latarbelakang, border, format teks, pautan dan sebagainya) dilaksanakan dalam fail CSS.
Anda mempunyai pilihan untuk menggunakan CSS, samada secara dalaman (internally) ataupun luaran (externally).
Internal Stylesheet.
Kita akan mengkaji kaedah yang pertama.
Anda akan meletakkan kod CSS antara <head></head> yang terdapat pada fail (X)HTML yang anda hendak gunakan CSS.
Contoh adalah seperti berikut:
<head>
<title><title>
<style type=”text/css”>
Kandungan CSS di sini
</style>
</head>
<body>
Kaedah ini sesuai jika anda Cuma perlu membuat stail pada satu helaian web sahaja atau anda inginkan stail yang berlainan untuk helaian web yang berlainan.
External Stylesheet
Seterusnya, kaedah luaran (external). Satu fail CSS dapat dihasilkan dengan menggunakan Notepad atau Dreamweaver. CSS tidak mengandungi (X)HTML, Cuma CSS. Anda boleh menyimpan fail tersebut dengan diakhiri .css. Anda boleh membuat pautan kepada fail CSS tersebut dengan meletakkan pautan pada ruang head fail (X)HTML.
<link rel=”stylesheet” type=”text/css” href=“Path To
stylesheet.css” />
ATAU
<style type=”text/css”>@import url(Path To
stylesheet.css)</style>
Kedua-dua cara boleh digunakan, contoh seperti berikut.
<head>
<title><title>
<link rel=”stylesheet” type=”text/css”href=”style.css” />
</head>
<body>
Atau
<head>
<title><title>
<style type=”text/css”> @import url(Path To stylesheet.css)
</style>
</head>
<body>
Dengan menggunakan kaedah ini, kesemua pautan (X)HTML anda akan dihubungkan ke satu fail CSS. Ini bermaksud, apabila anda ingin mengubah fail CSS anda, anda Cuma perlu mengubah satu fail .css sahaja sekiranya ingin membuat perubahan pada keseluruhan halaman web.
Terdapat beberapa sebab mengapa kaedah ini adalah lebih baik:
- Senang untuk dikemaskini
- Mengurangkan saiz fail
- Mengurangkan bandwidth
- Menambah fleksibiliti
Terdapat satu lagi kaedah, di mana anda boleh menggabungkan kaedah internal dan external sekaligus. Ini dinamakan sebagai stail Inline.
Stail Inline
Stail Inline didefinisikan di sebelah kanan elemen yang anda ingin tukar dalam fail (X)HTML. Contoh seperti berikut:
<p style=”color: #ff0000;”>Some red text</p>
Some red text
Stail Inline tidak akan membenarkan pengguna untuk mengubah elemen atau teks untuk diformat dengan cara sedemikian.
Jadi, yang mana lebih bagus?
Ini sebenarnya terpulang kepada penilaian anda sendiri, sekiranya anda Cuma perlu ubah satu faiL, anda boleh gunakan kaedah Internal. Sekiranya anda mempunyai banyak fail, kaedah external adalah lebih baik.
Kita akan mempelajari kaedah CSS dengan lebih lanjut pada tutorial seterusnya.
Possibly Related Posts:
Komen Terbaru