Posted on 24 April 2009.
Menggunakan Adobe Illustrator salah satu skil yang sangat penting bagi seorang pereka cipta miliki. Ia boleh membantu anda mencipta lukisan yang unik. Banyak perkara berkaitan garisan yang tidak terdapat pada Photoshop dan perisian bitmap.
Disertakan 7 link koleksi tutorial vector hebat yang boleh membantu anda menambah kemahiran menggunakan Adobe Illustrator.
Bagaimana Mencipta Vektor Landskap

Bagaimana Mencipta Text di bawah Kanta Pembesar

Teknik Lukisan Bulatan yang Kompleks

Bagaimana Mencipta Vektor Keraktor Kartun

Bagaimana Mencipta Karektor Kartun dengan Garisan Expressi

Bagaiman Mencipta Vektor Kotak Hadiah
Tutorial Vexel



Possibly Related Posts:
Posted in Illustrator
Posted on 11 March 2009.
Tutorial ini akan memperkenalkan cara pintas untuk membuat salinan objek tanpa menggunakan Copy dan Paste. Dengan adanya pengawalan penggunaan butang pada papan kekunci (Keyboard) dengan kombinasi tetikus (mouse)yang kemas, anda dapat membuat salinan dalam masa yang singkat dan senang.
Contoh lukisan yang akan ditunjukkan adalah di bawah.

Langkah 1
Lukis satu Bulatan merah pada skrin anda dan pastikan ianya aktif
Langkah 2
Tekan Butang “Shift” dan “ALT” ( “OPTION”-Mac) dan jangan lepaskan. Sambil itu, guna Tetikus untuk Mengalihkan Objek Bulatan itu ke kanan supaya ia mempunyai jarak yang lebih kurang 1/3 objek bulat itu. Sila rujuk ke gambarajah di bawah.

Nota : Butang Shift akan menentukan pergerakan objek itu berada di satu garisan yang lurus yakni dari kiri ke kanan dan Butang ALT (OPTION-mac) adalah untuk menbuat salinan objek asal ke posisi yang baru
Langkah 3
Pada Papan Kekunci, Tekan butang CTRL (Command-Mac) dan jangan lepaskannya + D (huruf D) sekali (untuk menbuat satu salinan. Ulangi proses ini untuk mendapatkan satu lagi salinan.

Langkah 4
Aktifkan keempat-empat bulatan merah ini. (CTRL A)
Tekan Butang “Shift” dan “ALT” ( “OPTION”-Mac) dan jangan lepaskan. Sambil itu, guna Tetikus untuk Mengalihkan Objek Bulatan itu ke bawah supaya ia mempunyai jarak yang lebih kurang 1/3 objek bulat itu. Sila rujuk ke gambarajah di bawah.

Langkah 5
Pada Papan Kekunci, Tekan butang CTRL (Command-Mac) dan jangan lepaskannya + D (huruf D) sekali (untuk menbuat satu salinan. Ulangi proses ini untuk mendapatkan satu lagi salinan
Selamat Mencuba.
Possibly Related Posts:
Posted in Adobe, Illustrator, Tutorial
Posted on 11 March 2009.
Tutorial ini akan memperkenalkan fungsi “Text Wrap”. Dengan menggunakan fungsi ini, anda tidak perlu bimbang yang teks pada dokumen anda akan di tutup oleh objek yang dilukis atas teks tersebut. Susunan teks akan secara otomatik mengelakkan objek daripada menutup sebahagian daripada teks dibawahnya.
Andaian: Anda telah mengetahui cara memasukkan teks.
Langkah 1
Masukkan teks anda dan lukis sebuah bulatan berwarna merah seperti di bawah.

Langkah 2
Aktifkan bulatan merah ini. Klik pada menu Object — Text Wrap –> Make

Langkah 3
Alihkan Bulatan merah ini supaya ianya bertindih diatas teks seperti di bawah

Nota: Anda akan nampak bahawa teks yang sedia ada akan secara otomatik mengelak daripada di tutup objek merah itu.
Selamat mencuba
Possibly Related Posts:
Posted in Adobe, Illustrator, Tutorial
Posted on 11 March 2009.
Tujuan tutorial ini adalah memberi sedikit tips cara menggunakan berbagai bentuk objek untuk menghasilkan sesuatu bentuk objek. Contoh ringkas yang akan ditunjukkan adalah diantara satu bentuk segiempat tepat dengan satu bulatan bujur.

Andaian : Anda telah tahu cara menggunakan Toolbox untuk melukis bentuk yang diperlukan.
Langkah 1
Lukiskan dua bentuk seperti yang di tunjukkan di atas.
Langkah 2
Alihkan bentuk bulatan bujur supaya ia bertindih di atas bentuk segiempat tepat seperti di bawah.

Langkah 3
Anda perlu mendapatkan panel “PathFinder” dari menu Windows –> Pathfinder

Langkah 4
Pastikan anda telah mengaktifkan kedua-dua bentuk diatas dan klik pada Merge pada Panel Pathfinder seperti di bawah

Apabila anda menggunakan “Merge” pada Pathfinder, anda telah menyatukan dua bentuk yang di lukis berasingan menjadi satu bentuk khas seperti yang dikehendaki. Lihat bentuk akhir yang dibentuk melalui tutorial di atas.

Selamat mencuba
Possibly Related Posts:
Posted in Adobe, Illustrator, Tutorial
Posted on 10 March 2009.
Tujuan Tutorial ini adalah menunjukkan cara mengubahsuai bentuk-bentuk abjab untuk tujuan mereka sebuah logo yang mempunyai bentuk asal sesuatu abjab.
Langkah 1.
Pastikan anda mempunyai satu fail yang baru dan perhatikan Tool Palette di sebelah kiri skrin anda. Tekan pada “Type Tool” sekali untuk memililhnya.

Langkah 2.
Sebelum anda menaip sebarang perkataan di atas dokumn, anda perlu memilih jenis fonts, saiz font dan warna kegemaran anda pada panel yang terletak di bawah Bar Menu skrin anda.
Langkah 3.
Posisikan type tool pada dokumen anda dan klik sekali dan taip perkataan LOGO

Langkah 4.
Pastikan perkataan LOGO ini masih aktif. Tekan pada menu Type –> Create Outline

Anda akan mendapat

Langkah 5
Sekarang, anda boleh mengubah bentuk asal perkataan LOGO kepada bentuk yang anda kehendaki. Mulakan dengan memilih “Direct Selection tool”
yang berada di sebelah kiri skrin anda. Ia terletak bersebelahan dengan Selection tool.
Mula-mula, kilk pada kawasan putih di luar perkataan LOGO untuk menyahpilihkan (deselect) perkataan itu. Selepas itu, Klik pada mana-mana tepi perkataan LOGO dan anda akan dapat melihat “Node” (titik segiempat yang berwarna putih) pada perkataan LOGO seperti di bawah
Sekarang, dengan menggunakan Direct Selection Tool, anda boleh mengalihkan kedudukan asal salah satu Node untuk menbentuk suatu bentuk yang baru. sila rujuk ke gambarajah dibawah sebagai contoh.

Selamat mencuba.
Possibly Related Posts:
Posted in Adobe, Illustrator, Tutorial
Komen Terbaru