Posted on 03 March 2009. Tags: Microsoft Office, Microsoft Word, Ms Word, Task Pane

Task Pane merupakan jendela khusus yang berisi aplikasi dengan command yang umum dipakai.
Secara default, Task Pane terletak di sebelah kanan di mana kita dapat memilih pelbagai jenis command/aplikasi.
OK, sekarang mari kita eksplorasi Task Pane ini,
Untuk menunjukkan Task Pane :
1. Klik menu View, Pilih Task Pane
Untuk menghilangkan Taks Pane :
1. Klik menu View, Pilih Task Pane
Task Pane biasanya muncul secara automatik bila MS Word dibuka. Untuk disable supaya Task Pane tidak muncul semasa Ms Word dibuka anda boleh lakukan seperti berikut;
1. Klik menu Tools, Pilih Options
2. Klik Tab View dan hilangkan pilihan Startup Task Pane

Selamat mencuba…
Possibly Related Posts:
Posted in Word 2007
Posted on 03 March 2009. Tags: Background, Format, Microsoft Office, Microsoft Word, Ms Word, Options, Tools

Bekerja di depan komputer lama kelamaan akan membuat mata anda letih. Untuk mengurangkan keletihan mata…Tahukah anda, Microsoft Word menyediakan pilihan supaya anda boleh menukar warna latar belakang skrin.

Langkah:
Untuk menukarnya, sila ikuti 3 langkah berikut;
1. Klik menu Tools, Pilih Options
2. Dalam jendela Options, Pilih Tab General
3. Klik OK
Dokumen kerja akan menjadi warna biru tua dan teks pula akan menjadi warna putih.
Anda tak perlu risau, sebab dokumen anda tidak berubah ke warna biru bila di cetak. Warna tersebut hanya pada skrin saja, warna asalnya tetap tidak berubah. Untuk kembali kepada skrin asal, lakukan langkah di atas dan hilangkan pilihan pada Blue background, white text.
Rilekskan mata anda…dan selamat mencuba
Possibly Related Posts:
Posted in Word 2007
Posted on 03 March 2009. Tags: Footnote, Format, Microsoft Office, Microsoft Word, Ms Word

Nota Kaki / footnote adalah nota tambahan untuk menerangkan bahagian-bagian tertentu dengan lebih mendalam. Misalnya erti atau penjelasan sebuah istilah, rujukan suatu kutipan naskhah, keterangan tambahan dari seorang tokoh dan lain-lain.
Nota Kaki tidak dimasukkan dalam naskhah utama tapi ditulis terpisah di bawah halaman (sebab itu, ia diberi nama Nota Kaki).
Langkah:
Lihatlah beberapa langka di sini;
1. Tempatkan kursor di belakang kata/istilah yang hendak diberi catatan kaki
2. Klik tab ‘Reference’
3. Klik ‘Insert Footnote’
Perhatikan, sekarang muncul nombor Nota Kaki di tempat anda meletakkan kursor tadi, dan di bahagian bawah halaman ada ruang kosong untuk menulis Nota Kaki. (Nombor itu dipanggil sebagai “Note Reference Mark”)

Untuk menghapuskan(delete) Nota Kaki
Dalam dokumen/naskhah itu, pilih nombor Nota Kaki yang ingin anda hapuskan (note reference mark) dan tekan DELETE di papan kekunci.
Perhatikan, Note reference mark itu akan memberi nombor semula secara automatik jika anda hapuskan satu nombor (atau satu catatan kaki)
Kemaskan penampilan dokumen anda dan selamat mencuba.
Possibly Related Posts:
Posted in Word 2007
Posted on 03 March 2009. Tags: Caps Lock, Change Case, Font, Format, Huruf Kapital, Microsoft Office, Microsoft Word, Ms Word
Apa jadi kalau kita inginkan huruf besar dan kunci Caps Lock pada keyboard pula tak di “Turn –On”?
Ia menyebabkan kita membuang masa untuk klik dan mengedit satu per satu perkataan tersebut.
Jika anda menemui masalah seperti itu, selesaikan dengan menggunakan fungsi Change Case dalam Microsoft Word.
Langkah :
Perhatikan kepada beberapa langkah mudah berikut;
1. Blok terlebih dulu perkataan atau naskah yang ingin diubah formatnya.
2. Klik menu format dan klik menu Change Case.

3. Pilih salah satu model format huruf yang anda mahu.

4. Tekan OK, seluruh perkataan atau naskah itu telah diubah format hurufnya bertukar seperti yang anda inginkan.
Contoh :
Sentence case :
Beliau telah di hadiahkan anugerah pingat di raja. Beliau terimanya dengan penuh gembira.
lowercase :
beliau telah di hadiahkan anugerah pingat di raja. beliau terimanya dengan penuh gembira.
UPPERCASE:
BELIAU TELAH DI HADIAHKAN ANUGERAH PINGAT DI RAJA. BELIAU TERIMANYA DENGAN PENUH GEMBIRA.
Title Case:
Beliau Telah Di Hadiahkan Anugerah Pingat Di Raja. Beliau Terimanya Dengan Penuh Gembira.
Toggle Case :
bELIAU tELAH dI hADIAHKAN aNUGERAH pINGAT dI rAJA. bELIAU tERIMANYA dENGAN pENUH gEMBIRA.
Bergitu mudah dan menarik? Jimatkan masa anda dan bebas daripada kesalahan tatabahasa. Selamat mencuba….
Possibly Related Posts:
Posted in Word 2007
Posted on 03 March 2009. Tags: Equation, Matematik, Microsoft Word, Ms Word, Object, Sigma

Adakah anda pernah mengalami kebingungan untuk menulis rumusan matematik pada Microsoft Word? Bingung bagaimana cara menulis alpha, beta, sigma, kuadrat, bilangan pecahan, dan sebagainya?
Langkah:
Berikut adalah beberapa langkah yang anda perlu lakukan;
1. Yang pertama buka program microsoft word terlebih dahulu
2. Kemudian klik menu Insert dan klik Object,
3. Pada object type, pilih Microsoft Equation 3.0 dan klik OK

4. Jendela kerja equation 3.0 terbuka, tempat dimana boleh kita menulis rumus rumus matematik

5. Klik salah satu format rumus yang diperlukan. Sebagai contoh kita gunakan format bilangan pecahan : Klik icon format pecahan seperti gambar di bawah ini

6. Icon akan muncul di bawahnya, kemudian klik lagi bawah dan gambar kursor yang tadi akan menjadi seperti ini

7. Bila ia sudah menjadi seperti gambar diatasnya, masukkan angka di bahagian atas dan di bahagian bawah, seperti ini

8.Jika sudah selesai membuat rumus matematik, untuk keluar dari jendela kerja Microsoft equation, Tekan Esc(Escape) pada keyboard.
Selamat mencuba….
Possibly Related Posts:
Posted in Word 2007
Komen Terbaru