Selamat datang ke Blog MindaSys - Membantu anda menambah pengetahuan dan kemahiran dalam ICT.
Nama saya, Zahari Sharit, pengurus projek dalam membangunkan Blog MindaSys. Mindasys Training Centre, ialah Pusat Latihan Menambah Nilai Modal Insan khususnya dalam bidang ICT.
Mendaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah bidang Tenaga Pengajar - kod 220502
Sudah ramai mendapat faedah dari pelbagai program yang kami laksanakan. Walau bagaimana pun kami percaya, masih ramai lagi yang belum berpeluang. Oleh itu, semenjak pertengahan tahun 2008, kami memikirkan bagaimana memberi peluang untuk semua orang belajar.
Usaha ini dipandu oleh soalan “apa dan bagaimana kami boleh menyumbang kepada masyarakat? ” Pada awal November 2008, kami mengorak langkah pertama, melakukannya melalui blog. Objektif utama - anda boleh belajar bersama kami.
Pada 5/12/2008, kami telah melancarkan blog ini secara resmi bersama peserta kurus dari Institut Perguruan Perlis di Hotel Emerld Puteri, Sungai Petani, Kedah. Ini diikuti dengan peserta kursus dari Politeknik Kuching dan Universiti Malaysia Pahang.
Kumpulan kami terdiri dari mereka yang arif dan pakar dalam menyediakan bahan tutorial. Anda boleh menambah pengetahuan am berkaitan dunia ICT melalui artikel & berita yang kami siarkan. Kami sentiasa berusaha menyampaikan maklumat dalam bentuk yang mudah, senang dan praktikal. Anda boleh dapat dan menggunakan tutorial dan artikel secara PERCUMA.
Jika anda ingin memberi sebarang cadangan atau bertanya, sila hubungi kami, info@mindasys.com.my atau e-mel terus kepada zahari@mindasys.com.my atau hubungi telefon bimbit no.013-333 9798
AHLI PANEL
Ahli kumpulan projek ini terdiri daripada pelbagai latarbelakang, pengalaman dan kemahiran. Gabungan ini memberikan senergi dalam membangunkan blog ini untuk faedah pembaca semua. Sumbangan mereka termasuklah menyelia arah tuju dan menyediakan kandungan blog ini;
Zahari Sharit - Pengurus Projek
Berkelulusan MSc Project Management, University of Sunderland, United Kingdom. Mula menceburi perniagaan dalam tahun 1995. Berpengalaman menguruskan pelbagai projek di antaranya Projek Pembangunan Kuala Lumpur City Centre (KLCC) , Komplek Kediaman Rasmi Perdana Menteri dan Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya. Melibatkan diri dalam projek dan perniagaan ICT semenjak tahun 2001 sehingga kini.
Mohamed Zackeriya
Berpengalaman hampir 20 tahun dalam bidang latihan. Bermula sebagai pensyarah di Cosmopolitant Institute of Informmation Technology pada 1989. Pernah menjadi editor kepada Majalah PC dan Editorial Consultant kepada Majlis Teknologi Maklumat Kebangsaan.
Certified Adobe Expert Prefosional, Certified Flash MX Designer, Microsoft Certified Professional (MCP), dan Microsoft Office Specialist (MOS)
Kelvin Ng
Seorang ahli profesional, berpengalaman luas dalam latihan dan terlibat dalam pelbagai industri berkaitan ICT. Mahir dan certified dalam banyak bidang antaranya; Adobe Certified Expert, Apple Certified Pro (Final Cut Pro), Apple Certifed Pro (Motion), Microsoft Certified Professional,(MCP) Microsoft Office Specialist (MOS), Microsoft Office User Specialist Master - MOUS Master dan MOUS Authorised Instructor.
Azman Jantan
Berkelulusan Degree of Electronic Engineering dari University of Manchester, UK . Kelayakan/latihan profesional beliau termasuklah sebagai RedHat Certified Engineer RHCE 3 & 5 - pencapaian 100%. Juga berkelayakan dalam Network Security Essential, Hacking & Securing Windows Masterclass, Huawei - COM Certified Network Engineer, RHCE “Rapid Track Course” RH300 for RHEL5, dan AIX 5L Jumpstart for Unix Profesionals.
Mula kerjaya di Universiti Kebangsaan Malaysia pada 1998. Pernah menjadi pensyarah di German-Malaysian Institute, diikuti dengan GreenSilicon Technology dan SHELL IT International Sdn Bhd.













Komen Terbaru