Tujuan tutorial ini adalah menggunakan kebijaksanaan layer, eraser dan filter untuk mengubahsuai gambar model yang asalnya mempunyai paras muka yang kasar. contohnya gambar dibawah.

Langkah 1:
Buka gambar portret sesiapa yang mempunyai paras muka yang kasar.
Langkah 2:
Perhatikan Panel Layer anda. Klik dan heretkan layer background ke ikon “New Layer” di sebelah bawah kanan panel Layer seperti gambar rajah di bawah.

Langkah 3:
Tekan pada menu Filter –> Blur –> Gaussian Blur…

Tukarkan nilai Radius kepada 3 pixels ataupun ke tahap yang anda suka; asalkan paras muka kulit gambar itu menjadi lembut.
Langkah 4:
Pada Tool Palette, klik pada Eraser tool, dan ubahkan saiz berus dan tukarkan nilai hardness ke 0 (kosong)
Anda perlu melakukan langkah seterusnya secara berhati-hati dan penuh kesabaran.
Langkah 5:
Dengan menggunakan Eraser too yang biasa, padamkan kawasan seperti rambut, Mata, bulu kening, hidung, telinga, baju, rantai perhiasan(jika ada), mulut dan sebagainya. Anda tidak perlu padamkan muka atau paras kulit pada gambar tersebut.
Jika anda melakukan secara betul, anda akan mendapat hasil seperti di bawah:

Perhatikan bahawa segala pixel asal gambar ini masih Sharp dan cuma pada paras muka model dalam gambar ini yang menjadi lembut dan licin. Bandingkan sebelum dan selepas proses-proses facial diatas.
Sebelum:

Selepas:

Possibly Related Posts:








Komen Terbaru