Tag Archive | "Adobe"

Dreamweaver CS4 Welcome Screen (Skrin Pengenalan)


Tutorial ini akan memperkenalkan anda tentang program Adobe Dreamweaver CS4. Ini meliputi pengenalan kepada antara muka Dreamweaver, fungsi toolbar yang terdapat di dalamnya serta elemen-elemen yang berkaitan.

Adobe Dreamweaver dipilih kerana perisian ini membolehkan pengguna membangunkan sesebuah halaman web tanpa mengetahui bagaimana hendak menggunakan kod HTML. Semua kod akan dihasilkan secara automatik oleh perisian tersebut.

Walaupun Adobe Dreamweaver CS4 tidak memerlukan seseorang itu mahir dalam bahasa HTML , pemahaman tentang HTML masih lagi dititikberatkan. Melalui pemahaman HTML, anda akan faham bagaimana sesebuah halaman web dibangunkan.

Antaramuka perisian Dreamweaver

Klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas.

Elemen-elemen yang terdapat pada skrin pengenalan

Open Recent Item - merupakan senarai fail yang anda sedang gunakan untuk pembangunan halaman web.

Create New - membolehkan anda membuat fail baru untuk HTML, PHP , CSS dan sebagainya.

Top Features - video tutorial tentang topik-topik tertentu dalam menggunakan Dreamweaver.

Getting Started, New Features, Resources - apabila anda klik pilihan arahan tersebut, ia akan membuka halaman web Adobe Dreamweaver serta ‘Help File’ yang lebih terperinci.

Elemen-elemen yang terdapat pada antara muka Adobe Dreamweaver CS4

Application Bar

applicationtoolbar

mengandungi pilihan menu seperti File, Edit, View, Insert, Modify, Format, Commands, Site, Window dan Help . Setiap pilihan mempunyai fungsi tertentu dan anda digalakkan untuk mencuba setiap pilihan.

Dalam versi terkini ini iaitu CS4, terdapat beberapa perubahan baru iaitu penambahan Quick Access Icons untuk ‘Layout’, ‘Extend Dreamweaver’ dan ‘Site’.

  • Layout - merupakan shortcut untuk mengubah paparan dokumen anda.
  • Extend Dreamweaver - membolehkan anda mendapatkan file extension bagi Dreamweaver daripada website Adobe
  • Site - untuk menguruskan fail dan direktori halaman web anda

Jika anda ingin mengubah paparan ruang kerja (workspace), anda boleh klik pada perkataan DESIGNER yang terdapat pada toolbar ini. Anda digalakkan untuk mencuba setiap pilihan untuk mengetahui perbezaan antara setiap ruang kerja. Seperti yang terdapat pada imej di bawah, ruang kerja adalah dalam bentuk Classic, iaitu ruang kerja yang biasa anda lihat dalam versi Dreamweaver yang terdahulu.

classicview

Document Toolbar

documenttoolbar

mengandungi butang serta pop-up menu di mana anda boleh memilih paparan dokumen halaman web yang anda sedang bina. Tiga bentuk paparan iaitu, Code , Split (menunjukkan paparan dalam bentuk code dan design) dan Design.

Paparan dalam bentuk Design View:

designview

Paparan dalam bentuk Code View:

codeview

Paparan dalam bentuk Split View:

splitview

Terdapat perubahan baru pada document toolbar ini iaitu, Live View. Liew View membolehkan anda melihat halaman web yang anda bina seperti yang akan dipaparkan pada browser, perbezaannya anda boleh melihat dalam perisian Dreamweaver.

Document Window, Properties Inspector, Window Size, Tag Selector

Document Window

Document Window - Ruangan untuk membina halaman web.

Properties Inspector - memaparkan spesifikasi tentang halaman web yang sedang anda bina seperti font, warna teks dan sebagainya.

Tag Selector - akan memaparkan status elemen berdasarkan kedudukan cursor terkini.

Window Size - memaparkan saiz paparan halaman web.

Panel Groups - mengandungi panel-panel yang diletakkan dalam satu kumpulan.

Insert Bar

insertbar

mengandungi ikon serta butang untuk memasukkan imej, jadual, media dan sebagainya ke dalam halaman web yang sedang anda bina. Perbezaan antara CS3 & cs4, dalam CS3, Insert Bar terletak pada bahagian bawah Application toolbar, manakala dalam CS4, Insert Bar terletak pada sebelah kanan tetingkap.

Insert Bar juga mengandungi pelbagai kumpulan objek seperti Common, Layout, Forms, Data, Spry, Incontext Editing, Text, Favourites.

Sekiranya anda ingin lebih tahu lagi tentang antaramuka perisian Adobe Dreamweaver, anda boleh klik pada butang Help yang terdapat pada Application toolbar atau shortcut : F1.

Pelajari lagi elemen lain yang terdapat pada tetingkap Dreamweaver CS4.

Possibly Related Posts:


Posted in Adobe, Dreamweaver, TutorialComments (0)

Pengenalan kepada Halaman Web


Bagaimanakah sesebuah halaman web berfungsi?

HTTP Request

  1. Pengguna akan menaip alamat halaman web pada browser.
  2. Browser tersebut kemudian akan memohon laman web tersebut dari server dengan menggunakan HyperText Transfer Protocol (HTTP).
  3. Web server akan menghantar maklumat yang dikehendaki dalam bentuk HTML.
  4. Browser kemudiannya akan menterjemah HTML tersebut dan pengguna akan dapat melihat halaman web dalam format yang lebih difahami.

Perisian Pembangunan Halaman Web

Terdapat pelbagai perisian yang digunakan dalam membangunkan sesebuah halaman web.
Antaranya adalah:

  • Adobe Dreamweaver (yang akan digunakan dalam tutorial yang akan datang)
  • Microsoft Frontpage
  • Wordpad atau Notepad
  • Netscape Composer

HTML

Hypertext Markup Language atau HTML, merupakan bahasa yang digunakan untuk mereka dan mengatur format laman web. HTML adalah satu set arahan yang memberitahu web browser bagaimana untuk membuat struktur dan memaparkan kandungan halaman web, termasuk teks dan grafik. Sebuah halaman web dapat berhubung dengan sebuah halaman web yang terdapat pada World Wide Web melalui pautan hiperteks HTML.

Format dalam bentuk HTML:

htmlformat

Apa yang akan dipaparkan pada skrin:

Paparan pada skrin

Jika dilihat pada kod HTML yang sebelumnya, ia dikelilingi oleh dua elemen tambahan iaitu HEAD dan BODY. Elemen-elemen ini merupakan kod asas HTML dalam setiap dokumen HTML.

Struktur asas kod HTML biasanya disusun seperti berikut:
<html>
<head>
</head>
<body>
</body>
</html>

Bahasa HTML mengandungi tag dan beroperasi secara berpasangan. Contoh seperti berikut:
<italic>Teks ini dalam bentuk italic</italic>

Hasil yang akan dipaparkan pada skrin:
Teks ini dalam bentuk italic

Jelas bahawa bahasa HTML digunakan untuk menyusun atur teks dan imej. Bahasa HTML amat penting untuk dipelajarari dalam memastikan sesebuah laman web dapat diubah suai mengikut keperluan masing-masing.
Disertakan di bawah adalah antara contoh-contoh tag yang sering digunakan serta penerangan fungsi.

Tag untuk struktur:

Tag Fungsi Tag Penutup
<html> Memulakan dokumen HTML </html>
<head> Memulakan fail header </head>
<title> Tajuk untuk dokumen HTML </title>
<body> Memulakan kandungan dalam HTML. Antara yang boleh ditambah antara tag ini adalah:

background=”nama fail”

text=”kod warna”

</body>
<div> Nilai atribut boleh diletak dalam tag ini, seperti:

align=”left, center or right”

</div>
<– Digunakan untuk meletakkan komen, tapi tidak akan dipaparkan pada skrin –>

Tag untuk teks:

Tag Fungsi Tag Penutup
<b> Teks tebal </b>
<i> Teks dalam bentuk italic </i>
<u> Garisan bawah teks </u>
<br> Pemisah barisan (line break) </br>
<p> Memulakan kandungan dalam bentuk perenggan </p>
<hr> Menghasilkan garisan di sepanjang halaman web </hr>
<font> Mengubah nilai font, seperti warna, saiz, jenis font </font>
<small> Teks menjadi kecil </small>
<big> Teks menjadi besar </big>
<h1> Menetapkan saiz teks berdasarkan format piawai yang telah ditetapkan.

Contoh lain:

<h2><h3><h4>

<h1>

Tag lain:

Tag Fungsi Tag Penutup
<img src=” “> Memasukkan imej tiada
<a href= > Mewujudkan pautan ke halaman web yang lain </a>
<table> Memulakan jadual </table>

Tutorial yang seterusnya: Pengenalan kepada Adobe Dreamweaver CS4.

Possibly Related Posts:


Posted in Adobe, DreamweaverComments (0)


advert

Our Flickr Photos - See all photos

Katogeri

Pelawat Terkini

Kalender

September 2010
M T W T F S S
« Nov    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  
PHVsPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19hZHNfcm90YXRlPC9zdHJvbmc+IC0gdHJ1ZTwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX2FkX2ltYWdlXzE8L3N0cm9uZz4gLSBodHRwOi8vYmxvZy5taW5kYXN5cy5jb20ubXkvd3AtY29udGVudC91cGxvYWRzLzIwMDkvMjAwOS8wNi9kZWV6YmFubmVyLmpwZzwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX2FkX2ltYWdlXzI8L3N0cm9uZz4gLSBodHRwOi8vYmxvZy5taW5kYXN5cy5jb20ubXkvd3AtY29udGVudC91cGxvYWRzLzIwMDkvMjAwOS8wNy90ZWFtYnVpbGRpbmd2MjEuanBnPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fYWRfaW1hZ2VfMzwvc3Ryb25nPiAtIGh0dHA6Ly9ibG9nLm1pbmRhc3lzLmNvbS5teS93cC1jb250ZW50L3VwbG9hZHMvMjAwOS8yMDA5LzA4L2tlbGFiX2ljdF9teS0xLnBuZzwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX2FkX2ltYWdlXzQ8L3N0cm9uZz4gLSBodHRwOi8vYmxvZy5taW5kYXN5cy5jb20ubXkvd3AtY29udGVudC91cGxvYWRzLzIwMDkvMjAwOS8wOC90bW5uZWdhcmFfZmFjZWJvb2suanBnPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fYWRfbXB1X2Fkc2Vuc2U8L3N0cm9uZz4gLSA8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19hZF9tcHVfZGlzYWJsZTwvc3Ryb25nPiAtIGZhbHNlPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fYWRfbXB1X2ltYWdlPC9zdHJvbmc+IC0gaHR0cDovL2Jsb2cubWluZGFzeXMuY29tLm15L3dwLWNvbnRlbnQvdXBsb2Fkcy8yMDA5LzIwMDkvMDcvYmFubmVyYm13LTEyLmpwZzwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX2FkX21wdV91cmw8L3N0cm9uZz4gLSBodHRwOi8vd3d3LmJtdy5jb20ubXkvY29tL2VuL2luZGV4Lmh0bWw8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19hZF9wYWdlPC9zdHJvbmc+IC0gU2VsZWN0IGEgcGFnZTo8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19hZF90b3BfYWRzZW5zZTwvc3Ryb25nPiAtIDwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX2FkX3RvcF9kaXNhYmxlPC9zdHJvbmc+IC0gZmFsc2U8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19hZF90b3BfaW1hZ2U8L3N0cm9uZz4gLSBodHRwOi8vYmxvZy5taW5kYXN5cy5jb20ubXkvd3AtY29udGVudC91cGxvYWRzLzIwMDkvMjAwOS8wMy9taW5kYXN5c2Fkcy5qcGc8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19hZF90b3BfdXJsPC9zdHJvbmc+IC0gaHR0cDovL3d3dy5taW5kYXN5cy5jb20ubXk8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19hZF91cmxfMTwvc3Ryb25nPiAtIGh0dHA6Ly9kZWV6aGFybWFuLmNvbTwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX2FkX3VybF8yPC9zdHJvbmc+IC0gaHR0cDovL3d3dy5qdXN0ZXhwbG9yZS5jb20ubXkvdGVhbWJ1aWxkaW5nLmh0bWw8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19hZF91cmxfMzwvc3Ryb25nPiAtIGh0dHA6Ly93d3cuZmFjZWJvb2suY29tL2hvbWUucGhwPyMvZ3JvdXAucGhwP2dpZD0xMTIwOTI2MTI4NzQmcmVmPXRzPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fYWRfdXJsXzQ8L3N0cm9uZz4gLSBodHRwOi8vd3d3LmZhY2Vib29rLmNvbS9ob21lLnBocD8jL2dyb3VwLnBocD9naWQ9MTA4NjYyNDY2MzgzJnJlZj10czwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX2FsdF9zdHlsZXNoZWV0PC9zdHJvbmc+IC0gZGVmYXVsdC5jc3M8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19hcmNoaXZlczwvc3Ryb25nPiAtIFNlbGVjdCBhIHBhZ2U6PC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fYXNpZGVzX2NhdGVnb3J5PC9zdHJvbmc+IC0gU2VsZWN0IGEgY2F0ZWdvcnk6PC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fYXNpZGVzX2VudHJpZXM8L3N0cm9uZz4gLSBTZWxlY3QgYSBudW1iZXI6PC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fYXV0aG9yPC9zdHJvbmc+IC0gZmFsc2U8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19hdXRvX2ltZzwvc3Ryb25nPiAtIGZhbHNlPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fYmFubmVyX2ltYWdlPC9zdHJvbmc+IC0gaHR0cDovL2Jsb2cubWluZGFzeXMuY29tLm15L3dwLWNvbnRlbnQvdXBsb2Fkcy8yMDA5LzIwMDkvMDMvbWluZGFzeXNhZHMuanBnPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fYmFubmVyX3VybDwvc3Ryb25nPiAtIGh0dHA6Ly93d3cubWluZGFzeXMuY29tLm15PC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fYmdyPC9zdHJvbmc+IC0gbGlnaHRibHVlLmNzczwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX2Jsb2NrX2ltYWdlPC9zdHJvbmc+IC0gaHR0cDovL2Jsb2cubWluZGFzeXMuY29tLm15L3dwLWNvbnRlbnQvdXBsb2Fkcy8yMDA5LzIwMDkvMDcvYmFubmVyYm13LTEyLmpwZzwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX2Jsb2NrX3VybDwvc3Ryb25nPiAtIGh0dHA6Ly93d3cuYm13LmNvbS5teTwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX2N1c3RvbV9jc3M8L3N0cm9uZz4gLSA8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19jdXN0b21fZmF2aWNvbjwvc3Ryb25nPiAtIGh0dHA6Ly9ibG9nLm1pbmRhc3lzLmNvbS5teS93cC1jb250ZW50L3VwbG9hZHMvMS1mYXZpY29uLmdpZjwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX2ZlYXR1cmVkX2NhdGVnb3J5PC9zdHJvbmc+IC0gU2VsZWN0IGEgY2F0ZWdvcnk6PC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fZmVhdHVyZWRfZW50cmllczwvc3Ryb25nPiAtIFNlbGVjdCBhIG51bWJlcjo8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19mZWF0X2VudHJpZXM8L3N0cm9uZz4gLSAxMjwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX2ZlZWRidXJuZXJfaWQ8L3N0cm9uZz4gLSAyODIyNjY0PC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fZmVlZGJ1cm5lcl91cmw8L3N0cm9uZz4gLSBodHRwOi8vZmVlZHMuZmVlZGJ1cm5lci5jb20vQmxvZ01pbmRhc3lzPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fZmxpY2tyX2VudHJpZXM8L3N0cm9uZz4gLSA5PC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fZmxpY2tyX2lkPC9zdHJvbmc+IC0gMzM5OTM0MzFATjA3PC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fZmxpY2tyX3VybDwvc3Ryb25nPiAtIGh0dHA6Ly93d3cuZmxpY2tyLmNvbS9waG90b3MvbWluZGFzeXMvPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fZ29vZ2xlX2FuYWx5dGljczwvc3Ryb25nPiAtIDxzY3JpcHQgdHlwZT0idGV4dC9qYXZhc2NyaXB0Ij4NCnZhciBnYUpzSG9zdCA9ICgoImh0dHBzOiIgPT0gZG9jdW1lbnQubG9jYXRpb24ucHJvdG9jb2wpID8gImh0dHBzOi8vc3NsLiIgOiAiaHR0cDovL3d3dy4iKTsNCmRvY3VtZW50LndyaXRlKHVuZXNjYXBlKCIlM0NzY3JpcHQgc3JjPSciICsgZ2FKc0hvc3QgKyAiZ29vZ2xlLWFuYWx5dGljcy5jb20vZ2EuanMnIHR5cGU9J3RleHQvamF2YXNjcmlwdCclM0UlM0Mvc2NyaXB0JTNFIikpOw0KPC9zY3JpcHQ+DQo8c2NyaXB0IHR5cGU9InRleHQvamF2YXNjcmlwdCI+DQp0cnkgew0KdmFyIHBhZ2VUcmFja2VyID0gX2dhdC5fZ2V0VHJhY2tlcigiVUEtMTgwNjQzNC01Iik7DQpwYWdlVHJhY2tlci5fdHJhY2tQYWdldmlldygpOw0KfSBjYXRjaChlcnIpIHt9PC9zY3JpcHQ+PC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29faG9tZTwvc3Ryb25nPiAtIGZhbHNlPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29faG9tZV90aHVtYl9oZWlnaHQ8L3N0cm9uZz4gLSA1NzwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX2hvbWVfdGh1bWJfd2lkdGg8L3N0cm9uZz4gLSAxMDA8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19pbWFnZV9zaW5nbGU8L3N0cm9uZz4gLSBmYWxzZTwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX2xheW91dDwvc3Ryb25nPiAtIGRlZmF1bHQucGhwPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fbG9nbzwvc3Ryb25nPiAtIGh0dHA6Ly9ibG9nLm1pbmRhc3lzLmNvbS5teS93cC1jb250ZW50L3VwbG9hZHMvMjAwOS8yMDA5LzAzL2Jsb2doZWFkZXIuanBnPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fbWFudWFsPC9zdHJvbmc+IC0gaHR0cDovL3d3dy53b290aGVtZXMuY29tL3N1cHBvcnQvdGhlbWUtZG9jdW1lbnRhdGlvbi9nYXpldHRlLWVkaXRpb24vPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fb3RoZXJfZW50cmllczwvc3Ryb25nPiAtIDEyPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fb3RoZXJfaGVhZGxpbmVzPC9zdHJvbmc+IC0gNTwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX3Jlc2l6ZTwvc3Ryb25nPiAtIHRydWU8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19zaG9ydG5hbWU8L3N0cm9uZz4gLSB3b288L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19zaG93X2Fkc190b3A8L3N0cm9uZz4gLSB0cnVlPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fc2hvd19jYXJvdXNlbDwvc3Ryb25nPiAtIHRydWU8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19zaG93X3ZpZGVvPC9zdHJvbmc+IC0gdHJ1ZTwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX3NpbmdsZV9oZWlnaHQ8L3N0cm9uZz4gLSAxODA8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb19zaW5nbGVfd2lkdGg8L3N0cm9uZz4gLSAyNTA8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb190YWJzPC9zdHJvbmc+IC0gZmFsc2U8L2xpPjxsaT48c3Ryb25nPndvb190aGVtZW5hbWU8L3N0cm9uZz4gLSBHYXpldHRlPC9saT48bGk+PHN0cm9uZz53b29fdXBsb2Fkczwvc3Ryb25nPiAtIGE6Mjp7aTowO3M6NjA6Imh0dHA6Ly9ibG9nLm1pbmRhc3lzLmNvbS5teS93cC1jb250ZW50L3VwbG9hZHMvMS1mYXZpY29uLmdpZiI7aToxO3M6NjA6Imh0dHA6Ly9ibG9nLm1pbmRhc3lzLmNvbS5teS93cC1jb250ZW50L3VwbG9hZHMvMS1mYXZpY29uLmljbyI7fTwvbGk+PGxpPjxzdHJvbmc+d29vX3ZpZGVvX2NhdGVnb3J5PC9zdHJvbmc+IC0gVmlkZW88L2xpPjwvdWw+