Sudahkah anda memilih kerjaya yang anda ingin setelah menamatkan pengajian dalam jurusan ICT dari kolej atau universiti nanti? Bidang kerjaya dalam ICT sangat luas dan ini kadang kala menyebabkan sukar bagi anda merancang kerjaya dari awal lagi.
Dari pengamatan kami, maklumat kerjaya berkaitan bidang ICT agak terhad. Walau bagaimanapun buku tulisan Muhamad Ali – Kerjaya Dalam Bidang ICT, terbitan PTS Profesional adalah salah satu buku lengkap bagi memberi jawapan tentang jawatan yang anda boleh sandang dalam kerjaya ICT.
Ikutilah 50 jenis jawatan serta bidang tugasan dalam kerjaya ICT yang paling popular di dunia masa kini. Ia disusun mengikut abjad dan bukan mengikut popularitinya.
1. Arkitek ICT
- · Menentukan penyelesaian strategik dan operasi keseluruhan infrastruktur ICT organisasi.
- · Skop tanggung jawab termasuk Server, LAN, WAN, dan telekomunikasi
- · Menentukan dan menganalisis keperluan serta bekerjasama dengan seksyen operasi
- · Memberi khidmat perunding kepada organisasi terhadap projek organisasi yang diperlukan.
- · Terlibat aktif dalam perolehan perkakasan dan perisian organisasi
2. Arkitek Sistem
- Merangka dan melaksana sistem secara strategik dan membuat pelaksanaan dalaman bagi sistem maklumat dan rangkaian perisian.
- Menyediakan kepimpinan teknikal keseluruhan organisasi bagi keputusan perancangan strategik.
3. Juru analisa Sistem
- Mengkaji, mereka bentuk, membangun dan melaksanakan sistem ICT
- Menyelesaikan masalah secara analitis bagi mengenal pasti masalah pengguna dan mencadangkan sistem ICT yang berkesan bagi meningkatkan produktiviti organisasi
4. Juru analisa Sistem Pangkalan Data
- · Mengkaji, menilai dan mengurus sumber-sumber pangkalan data secara perkhidmatannya bagi keseluruhan organisasi dan memastikan kualiti data yang tinggi
- · Bertanggung jawab membangun, melaksana dan menilai polisi dan tatacara pangkalan data bagi memastikan integriti dan kebersediaan perkhidmatan maklumat organisasi
- · Memasang, memantau dan menyelenggarakan prestasi sistem pangkalan data.
5. Juruanalisis Jaminan Mutu
- · Membangun dan menubuhkan piawaian jaminan mutu dan pengukuhannya bagi ICT bagi kegunaan organisasi
- · Menganalisis data bagi menyokong kes bisnes dan keperluan sistem bagi cadangan projek organisasi
- · Menulis pelan ujian dan skrip ujian bagi menilai mutu pembangunan sistem aplikasi
6. Juruteknik Audio Visual
- ·Mengelenggarakan dan mengoperasi peralatan dan perisian audio visual seperti projektor, mikrofon dan alat pandang dengar.
7. Juruteknik Desktop
- · Menyediakan perkhidmatan setempat bagi pengguna mengadu masalah komputer mereka dan mendapat sokongan serta penyelenggaraan bagi organisasi
- · Memasang, menilai, mengkaji, membaiki, menyelenggarakan dan menaik taraf semua PC dan perkakasan lain yang berkaitan
8. Juruteknik Meja Bantuan
- · Memberi bantuan teknikal terhadap perkhidmatan meja bantuan seperti konfigurasi, memantau dan menyenggara PC, pencetak, perisian dan sebagainya yang dilaporkan ke meja bantuan
9. Juruteknik PC
- · Menyokong dan menyenggara sistem komputer dalaman, desktop dan perantinya
- · Memasang, membaiki kerosakan kecil, dan menaik taraf kesemua perkakas dan peralatan bagi memastikan prestasinya memuaskan
10. Juruteknik Perkakasan
- · Bertanggung jawab dalam penyenggaraan dan operasi terhadap semua perkakasan di organisasi
- · Mengenal pasti masalah yang di hadapi dan memberi penyelesaian dalam masa yang munasabah
- · Latihan dan bantuan penggunaan komputer juga adalah perlu diberikan kepada pengguna apabila diperlukan.
Tunggu, 40 lagi kerjaya akan kami kemukakan dalam bahagian seterusnya nanti….
Possibly Related Posts:
- 50 Kerjaya ICT yang Paling Popular di Dunia
- Awas, Selamatkan Data Anda!
- 50 Kerjaya ICT yang Paling Popular di Dunia (Bahagian 2)
- MySpace Tandatangan Perjanjian dengan Palm dan Nokia
- Bila komputer riba ganti buku teks









Komen Terbaru