Nota Kaki / footnote adalah nota tambahan untuk menerangkan bahagian-bagian tertentu dengan lebih mendalam. Misalnya erti atau penjelasan sebuah istilah, rujukan suatu kutipan naskhah, keterangan tambahan dari seorang tokoh dan lain-lain.
Nota Kaki tidak dimasukkan dalam naskhah utama tapi ditulis terpisah di bawah halaman (sebab itu, ia diberi nama Nota Kaki).
Langkah:
Lihatlah beberapa langka di sini;
1. Tempatkan kursor di belakang kata/istilah yang hendak diberi catatan kaki
2. Klik tab ‘Reference’
3. Klik ‘Insert Footnote’
Perhatikan, sekarang muncul nombor Nota Kaki di tempat anda meletakkan kursor tadi, dan di bahagian bawah halaman ada ruang kosong untuk menulis Nota Kaki. (Nombor itu dipanggil sebagai “Note Reference Mark”)
Untuk menghapuskan(delete) Nota Kaki
Dalam dokumen/naskhah itu, pilih nombor Nota Kaki yang ingin anda hapuskan (note reference mark) dan tekan DELETE di papan kekunci.
Perhatikan, Note reference mark itu akan memberi nombor semula secara automatik jika anda hapuskan satu nombor (atau satu catatan kaki)
Kemaskan penampilan dokumen anda dan selamat mencuba.
Possibly Related Posts:
- Tutorial 5: Task Pane MS Word 2007
- Tutorial 4: Gunakan Skrin Biru – Agar Mata tak Letih
- Tutorial 2:Mengubah Format Huruf Besar atau Kecil dengan Cepat
- Tutorial 1: Cara Menulis Rumusan Matematik dalam MS Word










Komen Terbaru