Posted on 03 March 2009. Tags: Autoshape, Format, Microsoft Excel, Microsoft Office, Ms Excel
Bagaimanakah anda boleh menampilkan satu teks secara dinamik?
Penampilan teks dalam auto shape boleh dibuat secara dinamik dan berubah dengan perubahan nilai dalam suatu sel. Ini ditunjukkan seperti imej di bawah ini.
Langkah untuk mendapatkan Autoshape Toolbar:
- Klik Menu View, Klik Toolbars dan pilih Drawing
- Toolbar drawing keluar seperti dibawah ini
- Klik AutoShapes dan pilih Autoshape yang diinginkan dan melukis di excel
(cursor akan bertukar menjadi symbol + ) untuk memudahkan melukis.


Langkah untuk menjadikan Autoshape dinamik:
Ikutilah 3 langkah seperti berikut;
1. Klik autoshape yang telah anda lukis tadi
2. Kemudian letak cursor di formula bar(fx), isikan formulanya pada formula bar, contohnya : =D8
3. Bila data dalam sel D8 berubah, penampilan teks dalam autoshape pun berubah
Possibly Related Posts:
Posted in Excel 2007
Posted on 03 March 2009. Tags: Format, Microsoft Excel, Microsoft Office, Ms Excel, Paste Special, Transpose

Bagaimana mencari penyelesaian dalam hal merubah posisi tabel matriks dari :
Data Kolum menjadi Data Baris
ATAU
Data Baris menjadi Data Kolum
Data Kolum

Data Baris
Gunakan teknik copy paste, dengan pilihan paste special, dan jangan lupa gunakan pilihan “transpose”.
Langkah:
1. Pilih data dalam kolom.
2. Tekan Copy
3. Pilih cell kosong untuk di paste
4. Pilih Tab Home and Pilih Menu Paste
5. Kemudian pilih command Transpose.

ATAU
Klik butang tetikus kanan, Pilih -> Paste Special -> Transpose -> OK.
Selamat Mencuba…
Possibly Related Posts:
Posted in Excel 2007
Posted on 03 March 2009. Tags: Background, Format, Microsoft Office, Microsoft Word, Ms Word, Options, Tools

Bekerja di depan komputer lama kelamaan akan membuat mata anda letih. Untuk mengurangkan keletihan mata…Tahukah anda, Microsoft Word menyediakan pilihan supaya anda boleh menukar warna latar belakang skrin.

Langkah:
Untuk menukarnya, sila ikuti 3 langkah berikut;
1. Klik menu Tools, Pilih Options
2. Dalam jendela Options, Pilih Tab General
3. Klik OK
Dokumen kerja akan menjadi warna biru tua dan teks pula akan menjadi warna putih.
Anda tak perlu risau, sebab dokumen anda tidak berubah ke warna biru bila di cetak. Warna tersebut hanya pada skrin saja, warna asalnya tetap tidak berubah. Untuk kembali kepada skrin asal, lakukan langkah di atas dan hilangkan pilihan pada Blue background, white text.
Rilekskan mata anda…dan selamat mencuba
Possibly Related Posts:
Posted in Word 2007
Posted on 03 March 2009. Tags: Footnote, Format, Microsoft Office, Microsoft Word, Ms Word

Nota Kaki / footnote adalah nota tambahan untuk menerangkan bahagian-bagian tertentu dengan lebih mendalam. Misalnya erti atau penjelasan sebuah istilah, rujukan suatu kutipan naskhah, keterangan tambahan dari seorang tokoh dan lain-lain.
Nota Kaki tidak dimasukkan dalam naskhah utama tapi ditulis terpisah di bawah halaman (sebab itu, ia diberi nama Nota Kaki).
Langkah:
Lihatlah beberapa langka di sini;
1. Tempatkan kursor di belakang kata/istilah yang hendak diberi catatan kaki
2. Klik tab ‘Reference’
3. Klik ‘Insert Footnote’
Perhatikan, sekarang muncul nombor Nota Kaki di tempat anda meletakkan kursor tadi, dan di bahagian bawah halaman ada ruang kosong untuk menulis Nota Kaki. (Nombor itu dipanggil sebagai “Note Reference Mark”)

Untuk menghapuskan(delete) Nota Kaki
Dalam dokumen/naskhah itu, pilih nombor Nota Kaki yang ingin anda hapuskan (note reference mark) dan tekan DELETE di papan kekunci.
Perhatikan, Note reference mark itu akan memberi nombor semula secara automatik jika anda hapuskan satu nombor (atau satu catatan kaki)
Kemaskan penampilan dokumen anda dan selamat mencuba.
Possibly Related Posts:
Posted in Word 2007
Posted on 03 March 2009. Tags: Caps Lock, Change Case, Font, Format, Huruf Kapital, Microsoft Office, Microsoft Word, Ms Word
Apa jadi kalau kita inginkan huruf besar dan kunci Caps Lock pada keyboard pula tak di “Turn –On”?
Ia menyebabkan kita membuang masa untuk klik dan mengedit satu per satu perkataan tersebut.
Jika anda menemui masalah seperti itu, selesaikan dengan menggunakan fungsi Change Case dalam Microsoft Word.
Langkah :
Perhatikan kepada beberapa langkah mudah berikut;
1. Blok terlebih dulu perkataan atau naskah yang ingin diubah formatnya.
2. Klik menu format dan klik menu Change Case.

3. Pilih salah satu model format huruf yang anda mahu.

4. Tekan OK, seluruh perkataan atau naskah itu telah diubah format hurufnya bertukar seperti yang anda inginkan.
Contoh :
Sentence case :
Beliau telah di hadiahkan anugerah pingat di raja. Beliau terimanya dengan penuh gembira.
lowercase :
beliau telah di hadiahkan anugerah pingat di raja. beliau terimanya dengan penuh gembira.
UPPERCASE:
BELIAU TELAH DI HADIAHKAN ANUGERAH PINGAT DI RAJA. BELIAU TERIMANYA DENGAN PENUH GEMBIRA.
Title Case:
Beliau Telah Di Hadiahkan Anugerah Pingat Di Raja. Beliau Terimanya Dengan Penuh Gembira.
Toggle Case :
bELIAU tELAH dI hADIAHKAN aNUGERAH pINGAT dI rAJA. bELIAU tERIMANYA dENGAN pENUH gEMBIRA.
Bergitu mudah dan menarik? Jimatkan masa anda dan bebas daripada kesalahan tatabahasa. Selamat mencuba….
Possibly Related Posts:
Posted in Word 2007
Komen Terbaru