Bagi penggemar produk keluaran Apple, mereka kagum dan terpesona dengan kehebatan dan kelebihannya. Lain pula bagi mereka yang baru cuba mendekati produk ini, mereka tidak pernah mempertikaikan kualiti produk tersebut tetapi lebih kepada keraguan bagaimana hendak menggunakan Mac dan aplikasinya dengan berkesan.
Di antara rungutan yang kerap kita dengar ialah kurang pilihan tempat belajar. Mereka membandingkan bagaimana mudahnya belajar, contohnya produk Microsoft, boleh didapati di mana-mana pusat latihan.
Walau bagaimanapun, trend semasa menujukan minat pengguna semakin meningkat terutamanya dengan keluaran pelbagai aplikasi baru Apple yang canggih. Ini termasuklah iMovie dan Final Cut Pro untuk Video editing, Grageband untuk muzik, iPhoto untuk foto dan bermacam-macam lagi pilihan pengguna.
Minat pengguna di Malaysia sebenarnya selari dengan peminat Apple seluruh dunia terutamanya di Amerika. Ini terbukti pada tahun 2008, Majalah Fortune telah menamakan Apple sebagai sebuah syarikat yang paling di kagumi di Amerika.
Untuk memenuhi permintaan semasa, kami telah menambah baik perkhidmatan dengan mempelbagaikan produk dan modus operandi latihan.
Antara usaha kami ialah mengadakan latihan secara individu atau “personal coaching” Contohnya, pada 23 hingga 25 Februari 2009, kami telah mengadakan personal coaching Mac OS X Support Essential untuk En Lim Mun Kwai dari Syarikat Megawisra Sdn Bhd.
En Mun Kwai sebagai IT Executive bertanggung jawab memberi sokongan kepada lebih dari 20 kaki tangan syarikat yang menggunakan teknologi Apple ini. Di akhir kursus, kami berjaya membantu beliau menambahbaikkan penguasaan menggunakan Mac dalam tugas harian
Testimonial beliau;
“Learn how to administrate Mac OS X and ready for the Certified Exam”.
Possibly Related Posts:
- Kursus Adobe Photoshop CS3 - SONY Malaysia
- Kursus Adobe Illustrator CS4 - SUK Terengganu
- Kursus Adobe Creative Suite 4 - UTHM, Batu Pahat
- Kursus SPSS (PASW) untuk MIROS
- Kursus Mac OS X









Komen Terbaru