Posted on 10 December 2008. Tags: Asas, Project 2007

Topik : Ms Project 2007
Level : Intermediate
Setelah setiap tugasan telah diisi dengan maklumat lengkap pada setiap baris pada ruangan bahagian kiri, susunan pada bahagian tugasan (subtask) boleh dikumpulkan dengan tugas utama (task).

Langkah 1
LANGKAH 1
Klik atau pilih tugasan pada baris pertama dan klik kanan pada mouse. Pilih New Task.

Langkah 2
LANGKAH 2
Taip nama tugasan utama yang sesuai bagi tugasan berikutnya. Ini bagi mengumpulkan tugasan-tugasan kecil kepada tugasan yang lebih besar dan berfokus. Contohnya taip Fasa 1 pada ruangan Name dan abaikan pilihan / ruangan yang lain serta klik OK.

Langkah 3
LANGKAH 3
Pilih tiga baris tugasan yang rasa difikirkan sesuai untuk dikumpulkan sebagai dalam satu fasa. Klik kanan mouse dan pilih Indent.

Langkah 4
LANGKAH 4
Rajah Langkah 4 menunjukkan Task Fasa 1 telah menumpulkan 3 tugasan berikutnya dalam satu kumpulan dan berdirektori. Pada palang masa Timeline kelihatan palang hitam besar seperti pada garisan merah sebelah kanan rajah, palang tersebut menunjukkan palang masa bagi Fasa 1.

Langkah 5
LANGKAH 5
Sila ulangi langkah 4 pada setiap baris tugasan. Ini bagi memudahkan pengurus projek melihat secara keseluruhan jangka masa sesebuah projek.

Langkah 6
LANGKAH 6
Rajah Langkah 6 menunjukkan setiap Fasa siap didirektori pada setiap tugasan.
Pada tutorial akan datang, anda akan ditunjukkan pembelajaran tutorial yang lebih mendalam termasuklah mengatur bajet kewangan, mereka bentuk carta Gantt dsb.
Possibly Related Posts:
Posted in Microsoft, Project 2007
Posted on 10 December 2008. Tags: Asas, Project 2007
Tutorial kali ini menunjukkan langkah-langkah menggunakan Ms Office Project 2007 bagi menentukan setiap tugasan berpadanan pada Timeline.

Langkah 1
LANGKAH 1
Sila double click pada baris pertama untuk mengisi ruang pada nama tugasan. Anda juga mengisi atau mengisi ruang informasi tugasan dengan menghalakan cursor anda kepada column tertentu seperti Task Name, Duration, Start, Finish dsb.

Langkah 2
LANGKAH 2
Taip nama tugasan yang dikehendaki pada ruangan Name. Setkan :
- durasi / jangkamasa tugasan tersebut pada ruangan Duration,
- Peratus Kerja Sempurna pada ruangan Percent complete,
- Keutamaan Tugasan pada ruangan Priority,
- Tarikh Mula dan Tamat pada Start dan End Date.

Langkah 3
LANGKAH 3
Setelah informasi tugasan setiap baris diisi, paparan palang biru(durasi tugasan) + hitam (progress kerja) ditunjukkan pada Timeline.
Perhatian : Jika terdapat ikon Warning pada baris tugasan seperti pada rajah Langkah 3 (dalam bulatan merah), double click pada ikon tersebut dan pastikan tarikh mula dan tarikh tamat adalah betul pada logiknya. Contohnya, Tarikh Mula mesti sebelum Tarikh Tamat tiba.

Langkah 4
LANGKAH 4
Rajah Langkah 4 menunjukkan palang masa pada Timeline tidak dipaparkan pada hari tidak bekerja iaitu pada hari Sabtu dan Ahad. Jika mahu menggunakan hari Sabtu / Ahad sebagai hari tugasan, palang masa tersebut boleh diedit iaitu : Pilih Tools > Options > General.

Langkah 5
LANGKAH 5
Rajah Laangkah 5 menunujukkan garis hitam dalam palang biru. Garis hitam tersebut menunjukkan peratus penyempurnaan kerja. Ini bagi memudahkan pengurus projek melihat perkembangan setiap tugasan.
Possibly Related Posts:
Posted in Microsoft
Posted on 10 December 2008. Tags: Asas, Project 2007
Topik : Ms Project 2007
Level : Beginner
Tutorial ini menunjukkan langkah asas yang digunakan untuk memulakan Ms Office Project 2007.

Langkah 1
LANGKAH 1
Sebelum kita menggunakan Ms Office Project ini, kita setkan Project Information untuk pengurusan projek anda. Pilih Project > Project Information.

Langkah 2
LANGKAH 2
Paparan tetingkap Project Information akan dibuka. Anda dikehendaki menentukan tarikh permulaan – Start Date dan tarikh akhir – End Date projek anda. Ini bagi memudahkan Ms Office Project memaparkan Scaleline masa untuk dipadankan dengan pengurusan masa projeka anda.

Langkah 3
Langkah 3
Sekarang kita setkan dahulu pandangan / View pada Timeline untuk memudahkan kita melihat secara keseluruhan projek kita. Pastikan cursor anda berada pada atas Timeline untuk mengedit seperti ada rajah Langkah 3 (Garisan Merah).

Langkah 4
Langkah 4
Klik kanan pada tetikus / mouse untuk mengedit Timeline projek anda dan pilih Timescale.

Langkah 5
Langkah 5
Paparan Timescale akan terbuka. Di sini anda boleh menentukan Units iaitu ukuran masa pada Timescale. Ini bergantung pada skala masa pengurusan projek anda sama ada mengikut mingguan, minggu ke3 setiap bulan, suku tahunan dan tahun.
Possibly Related Posts:
Posted in Microsoft, Project 2007
Posted on 10 December 2008. Tags: Microsoft Office 2007, Project 2007

Ms Office Project 2007
Pengurusan projek sama ada berskala kecil, sederhana atau besar di sesebuah organisasi memerlukan penelitian dan pemantauan dari segi kos yang terhad, sumber yang ada dan masa yang ditetapkan. Bagi memudahkan para pengurus projek menyusun atur dan melihat secara keseluruhan projek tersebut maka sebuah perisian / perkakasan yang efisien dan efektif diperlukan bagi memenuhi keperluan tersebut.
Oleh itu, Microsoft Office Project 2007 merupakan perisian yang pengurusan projek paling terkini dan paling ramai digunakan di seantero dunia. Pengurusan projek boleh dilaksanakan dalam situasi berikut:
- Projek Pembinaan – Kejuruteraan
- Pembangunan Perisian / Sistem
- Parti Tahunan Syarikat
- Program Pelajar
- Target / Pelan Sesebuah Organisasi / Syarikat
Paparan lebih kemas dan organik yang dipanggil stail ‘Ribbon User Interface‘ memukau dan menawan hati pengguna perisian tersebut. Mari kita lihat senarai ciri-ciri dan keistimewaan Microsoft Office Project 2007 ini :
- Berkupayaan untuk mengubah sendiri template projek
- Perubahan akan di ‘highlight‘kan bagi mengenalpasti sebarang pertukaran atau pengeditan
- Analisis (masa, kos dan sumber) dilakukan secara automatik atau manual boleh disetkan
- Data-data dalam projek boleh ditukarkan ke bentuk carta Gantt atau bentuk-bentuk carta lain sama ada dari Microsoft Office Excel atau Microsoft Office Visio
- Projek jadual boleh diterjemhkan dalam bentuk carta Gantt berdimensi 3D
- Penstrukturan dan perkongsian projek boleh diintegrasi menggunakan SharePoint Services (salah satu perkhidmatan Ms Office dalam mengintegrasikan kesemua aplikasi Ms Office 2007)
Possibly Related Posts:
Posted in Microsoft, Project 2007
Komen Terbaru